29 December 2012

susah nak bangun pagi ? ni ubat mujarab !!!!!!

 
 
Sfera Alarm Clock
Jam ini digantung atas siling bilik tido. Apabila alarm dah bunyi…anda kena cepat-cepat bangun dan matikan alarm dia sebelum dia naik makin lama makin tinggi sehingga mencecah siling bilik anda.

 
 
Jigsaw Puzzle Alarm Clock
Jam yang ini pulak… bile dia start bunyi alarm, dia akan campakkan puzzle itu di merata-rata tempat dan bersepah-sepah. Anda kena bangun dan kutip puzzle-puzzle tersebut dan kemudian susun puzzle itu satu demi satu pada jam tersebut untuk mematikan alarm dia. Hehehe…bagus jugak jam ini sebenarnya… pagi-pagi lagi dah ajar kita buat exercise otak.
 
 
 
Nobby
Jam ini unik sikit sebab dia boleh bercakap. Apabila sudah tiba time untuk bangun dia akan cakap pada anda dengan lemah-lembut, “Rise and shine, it’s time to get up!” Tapi kalau korang buat bodoh jer, dia akan sound, “Take your fingers out of your ears!” Makin lama masa yang anda ambil untuk matikan alarm ini, makin banyak lagi jam ini menyumpah seranah korang.
 

 
 
ClearSounds Wake & Shake Alarm Clock
Jam yang ini ada vibrator dengan bunyi sekuat 95db (bunyi jackhammer yang orang gunakan untuk buat lubang pada jalan raya sekitar 100db) Bayangkan kekuatannya. Jam ini siap disertakan lampu polis yang amatlah terang dan silau. Kalau anda masih lagi tidak bangun jugak… tak taulah nak cakap apa lagi.
 
 
 
Kuku Alarm Clock
Jam yang ini cute sangat. Apabila bunyi alarm dia akan keluarkan telur-telur ayam yang mana anda perlu mengutip telur-telur tersebut semua sekali dan kemudian masukkan balik ke dalam jam tersebut. Hehehe…leceh kan!
 
 
 
 
 
Flying Alarm Clock
Jam loceng ini boleh terbang! Dia akan terbang satu bilik sambil bunyikan alarm yang sangat kuat. Anda perlu kejar dan kemudian tangkap jam ini untuk dimatikan alarmnya.
 
 
 
Clocky
Jam yang ini pula suka main sorok-sorok(sembunyi-sembunyi) dengan anda. Alarm yang pertama dia akan bunyi seperti biasa seperti mana jam loceng yang lain. Jika anda masih tidak bangun lagi dari katil anda… dia akan jatuhkan diri dia dari meja/katil/mana2 tempat yang anda letak dan kemudian dia akan bergolek-golek di atas lantai sambil bunyikan alarm. Jadi untuk hentikan bunyi bising alarm ini anda kenalah berusaha bangun dari katil dan cari ia. Ia akan terus bergolek-golek lari kesana-sini hingglah anda dapat menangkapnya.
 
 
 
 
 hahaa.. hope u guys enjoy la yer.... !!!
 
 

28 December 2012

Amalan sunat dilakukan di hari Jumaat untuk lelaki



Amalan sunat dilakukan di hari Jumaat :

  • Mandi sunat hari jumaat paling afdhal sebelum berangkat ke masjid.
  • Memakai pakaian bersih, kemas dan baik.
  • Memakai bau bauan
  • Mengerat kuku ,mengandam misai dan janggut
  • Bersegera ke masjid dengan tujuan mendapatkan saf depan dan iktikaf
  • Perbanyakkan istighfar ( Hari jumaat terdapat satu waktu yang sangat mustajab )
  • Beri perhatian pada khutbah ( Jangan tidur apatah lagi bersembang! )
  • Tidak segera tinggalkan masjid ( zikir dan solat sunat )

Untuk si perempuan ?

Indahnyer bila si isteri atau anak perempuan anda sendiri, tolong persiapkan anda sebelum pergi sembahyang jumaat, tolong gosok baju anda, tolong potong kuku anda , sediakan makanan n ape2 lagi yang boleh mnyenangkan hati anda wahai kaum adam.....
 
 
 
 
 

26 December 2012

Airtangan orang tak solat

 
 


 
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”
 
 Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.
 
Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
 
 Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
 
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat.
 
Tak gamak ‘ kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware ngan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~



25 December 2012

pernah fikir camaner plat kereta dtentukan ???

 
 
            Dalam dunia yang semakin canggih dan hebat ini pengangkutan memainkan peranan yang penting kepada mobilisasi manusia. Setiap hari kita menyaksikan ratusan ribu juta ratus kenderaan di jalanraya dengna plat kereta yang pelbagai sebagai mewakili sesebuah negeri atau negara.
 
          Pernahkah anda terfikir bagaiamana penentuan sesebuah plat kereta berdasarkan negeri itu ditentukan. Di Malaysia (Tanah Melayu) sejarah pendaftaran kenderaan ini bermula selepas kedatangan British iaitu menjelang Perang Dunia 1. Pemberian no plat pendaftaran "A", "B", "C" atau "D" ditentukan berdasarkan kemampuan mana-mana penduduk sesebuah negeri pada masa itu untuk memiliki kenderaan.
 
           Plat kereta negeri Perak bermula dengan huruf A adalah kerana penduduk di Perak merupakan pemilik pertama kenderaaan dan kebetulan pula negeri itu mencatat jumlah pemilikan kereta yang paling tinggi. Ia didorong oleh perkembangan ekonomi Perak yang lebih maju berbanding dengan negeri-negeri lain kerana bijih timahnya. Kebanyakkan kereta-kereta ini dipakai oleh golongan pemerintah Inggeris yang bertugas di negeri tersebut.

 
nomb rekaan semata mata..sekadar perhiasan ...hahaha
 
 
       Bagaimana pun pemakaian kenderaan ini terbatas di kawasan Lembah Kinta hingga Taiping sahaja. Pada tahun 1914 jalanraya baru telah dibina untuk menghubung ke Kinta dan menyebabkan penggunaan kereta di Perak semakin meluas. Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).
 
        Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri. Begitulah awalnya nombor plat (pendaftaran) kenderaan, dan sekarang pergerakan nombor plat begitu pantas menunjukkan kenderaan semakin banyak. Sedar tidak sedar semalam huruf 'H' esok sudah 'J' cepat betul. Nanti sudah banyak apa huruf hendak diletak lagi? Letak gambar tuan punya kenderaan kottt... hihi
 
 
 
 

24 December 2012

Bila isteri tidur suami buat apa ......


 
 
 
 

       Sebuah keluarga dari golongan pertengahan di sebuah negara Timur Jauh, di mana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah dikendalikan oleh seorang pembantu rumah Filipina.
 
         Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?" Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?"
 
        Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay."
 
         Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama George itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur.
 
         Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang ****** dengan si pembantu Filipina itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.
 
          Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?" Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, "Jadi apa dia politik tu?". Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. "Sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik". ---------
 
MORAL: Soalan yang sukar akan mendapat jawapan yang juga sukar untuk difahami hinggalah bertemu sesuatu yang boleh dikiaskan. .. hihihihi....
 
 
 
 
 
 

23 December 2012

Akhirnya mati dicium awek..misteri bola hitam dan putih

 
Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh.
 
           Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya.... "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal...apa tuan tak segan?" Lantas...... . si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagi tau, "Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..." Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?" "Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je." Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.
 
                                                
 

 
          Masa berlalu kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor.. Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...". Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?" Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

        Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya. Trend baru.... Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya... Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu...........Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.

        Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller bladebaru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu". Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya." "Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!? Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya. Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih" Masa berlalu....

      Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah... Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.

       Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! . Tetapi si bapa masih kesal........ Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih...

       Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru. Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je. Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee.. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

       Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih? Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!! Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya .

       Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2.. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

       Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?" Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.. sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.." Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya. "Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia....akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya...

       Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih" "Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak.. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

       Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?" Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"

(anda semua pun ingin tahu kan knapa??????? ...?)

        Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba.... "sebabnya .........saya.. saya.... saya...." *hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih. Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma paste cerita, lagi la tak tau ape ape... MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih.

Isk!Isk! Isk!........ ...Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward emel ni kat aku.hihihi MORAL: Jangan buat benda2 tak elok, balasan dapat cash time tu juga ...






22 December 2012

Beza antara telefon rosak dan hati rosak...


 

KALAU telefon bimbit kita rosak, secepat kilat kita baiki. Maklumlah penting sangat  untuk berkomunikasi. Kalau rosak siang tak tunggu malam, kalau rosaknya waktu malam  tak sempat siang mesti nk baiki gak...
 
Dalam banyak perkara penting, kita lupa perkara yang tersangat penting dalam hidup kita iaitu hati. Kita lupa nak jaga dan pimpin hati. Hati di sini ialah hati rohani, iaitu  ‘al-qalb’. Hati qalbu iaitu hati nurani tempat letaknya iman dan Islam.
“Jagalah hati jangan kau kotori, jagalah hati lentera hidup kamu”. Itu antara lagu berkaitan hati. Salah satu penyakit yang merosakkan kehidupan beriman kita ialah sifat takbur aka riak .Wajib kita jaga hati supaya jangan sampai takbur merosakkan kita. Di sini slimut ingin berkongsi bahaya dan cara merawat penyakit takbur berdasarkan kata-kata dari  ustaz yang tidak asing lagi.. ust Mohd.Zawawi Jusoh ..

Sifat takbur (sombong) adalah mazmumah yang wajib sangat dikikis segera. Kalau tidak ia akan menutup semua jalan kebaikan yang mungkin dilakukan seseorang.
Hampir semua manusia ada sifat ego atau sombong. Untuk membuangnya,  amat susah sekali. Imam Ghazali berkata, bahawa sifat ego itu hampir mustahil dapat dibuang semuanya dari jiwa manusia. Bagaimanapun, kita perlu berusaha mengurangkannya. Kita mesti cuba merendah diri dengan memaksa hati merasa dan mengakui kelemahan dan kekurangan kita sebagai manusia biasa.

Dalam perselisihan pendapat atau pergaduhan kita dengan orang lain misalnya, cuba rasakan kesilapan itu di pihak kita. Atau paling tidak, akuilah bahawa kita juga turut bersalah.

Bukankah ada pepatah mengatakan, “Bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi.”Kalau kita mampu dan berani mengakui kesalahan, mampulah kita meminta maaf. Hanya dengan meminta maaf sahaja dosa kita sesama manusia akan terhapus.Oleh itu, kita perlu melatih diri melawan sifat sombong atau takbur itu. Latihan yang ebih berkesan lagi ialah biasakan diri tinggal bersama dengan orang yang dipandang rndah oleh masyarakat.

Orang susah, peminta sedekah, orang cacat dan siapa sahaja yang setaraf, kita dampingi dan gauli. Duduk, bercakap, minum dan tidur baring bersama mereka hingga kita rasa sama seperti mereka.

Waktu itu jiwa ego kita akan berasa kesal, terhina dan terseksa sekali kerana kita merasakan orang lain semua mengejek dan merendah-rendahkan kita. Biarkan. Bisikkan di hati, “Memang awak ini asalnya miskin dan hina. Berasal dari tanah dan akan menjadi tanah. Datang ke dunia dulu tanpa seurat benang dan sesen wang.”

Kalaulah amalan itu dibiasakan, Insya-Allah sifat ego sedikit demi sedikit dapat kita buang. Alah bisa tegal biasa dan yakinlah ular menyusur akar idak akan hilang bisanya.

Dan ingatlah selalu firman Allah: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dngan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka seseorang yang sombong lgi membangga diri.” (Surah Luqman ayat 18).

Allah berfirman lagi: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah satu golongan menghina golongan yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihina lebih baik dri mereka yang menghina. Dan jangan pula wanita (menghina) wanita-wanita lain kerana boleh jadi wanita yang dihina lebih baik dari wanita yang menghina.” (Surah Al Hujurat ayat 11).

Janganlah kita berjalan di muka bumi dengan sombong kerana kekayaan kita. Kekuatan kita tentu tidak dapat membelah bumi dan ketinggian kita tetap tidak dapat menyamai bukit.

Imam Syafie pernah berkata, “Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri dan tdak akan hina orang yang merendah diri.” Sifat berkasih sayang sesama manusia adalah sifat terpuji yang dituntut Allah.

Ia adalah lawan kepada sifat sombong, hasad dengki dan berdendam sesama manusia. Untuk mendapatkannya, kita kena melakukan latihan. Untuk menyayangi orang yang kita sayang itu mudah. Itu bukan latihan namanya. Untuk sayang ayah dan ibu kita, ia tidak perlukan latihan. Memang fitrah semula jadi kita sayang kepada ibu dan ayah.

Tetapi yang memerlukan latihan ialah untuk berbuat baik kepada orang yang tidak pernah berbuat baik kepada kita atau berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita.

Latihan itu sangat susah hendak dilakukan kerana ia sangat bertentangan dengan nafsu. Tetapi kita diminta juga untuk mengusahakannya. Sebab itu Rasulullah bersabda: “Hendaklah buat baik kepada orang yang buat jahat kepada kamu.” Biasanya kita hanya boleh berbuat baik dengan orang yang
 berbuat baik kepada kita sahaja.

Kalau ada kawan yang menyinggung kita, kita tidak sanggup berbuat baik kepadanya.Sebab itulah kita kena latih melawan kemahuan jahat itu. Caranya, orang yang kita tidak suka itu, kita ajak makan bersama, ajak berbual, ajak bermesra, ajak berjalan dan lain-lain lagi. Hal ini memanglah boleh membuatkan hati susah sedikit. Tidak mungkin sekali dua kita usahakan, kita terus mendapat hasilnya. Kita kena lakukan latihan itu sepanjang masa. Bila ada peluang melakukannya, teruslah bertindak.

Sanggupkah kita membuat latihan seperti yang disebutkan tadi? Kalau kita mampu berbuat, kitalah rijal. Kitalah wira kerana sanggup memerangi nafsu. Ertinya sanggup memerangi diri sendiri. Namun, ia bukannya perkara mudah.

Amat susah sekali, terseksa kita dibuatnya. Adakalanya hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat baik kepada kita pun amat susah. Betapa pula hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat jahat kepada kita. Tentu lebih sulit lagi. Namun, melalui latihan yang bersungguh-sungguh, Insya-Allah ia akan dipermudahkan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Surah Al Ankabut ayat 69).
 
buat sahabat-sahabat slimut diluar sana.. menjelang 2013 yang bakal tiba nanti..ayuh kita sama-sama perlahan-lahan bersihkan sisa-sisa hati kita yang masih kotor .. dan buat sahabat diluar sana ampun maaf dipinta dari slimut diatas segala kekhilafan diri...
 
 
 
 
 

Telinga terkulai ditetak di kelantan



mangsa terlantar dengan kecederaan di kepala,telinga dan tangan yg berbalut
 
 
KOTA BHARU – Seorang peniaga makanan haiwan hampir putus telinga kirinya akibat ditetak seorang lelaki dalam kejadian cubaan samun di Bukit Marak, Bachok, awal pagi semalam. Lebih malang, mangsa yang baru sahaja menutup kedainya itu turut cedera di kepala dan lengan kiri ketika usaha dia menyelamatkan diri.
 
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Mohd Kamaruzaman Ibrahim diserang seorang lelaki tidak dikenali dipercayai cuba menyamun hasil perniagaannya pada hari terbabit. Katanya, sebelum itu, dia yang menuju ke keretanya di hadapan kedai tidak menyedari kehadiran lelaki berkenaan. “Sampai di tepi kereta lelaki bertopi keledar itu membaling serbuk lada ke dalam mata saya. “Dalam keadaan mata yang pedih, saya lari menyelamatkan diri, bagaimanapun dikejar lelaki itu sebelum dia menetak saya dengan senjata dipercayai pedang,” katanya ditemui Sinar Harian di wad Hospital Universiti Sains Malaysia di sini, semalam.
 
Menurutnya, sejurus serangan itu, lelaki berkenaan melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal yang ditunggang seorang lagi lelaki lain. Mohd Kamaruzaman kemudian mengagah akan dirinya menandu ke hospital sejauh lapan kilometer dari tempat kejadian. “Pada masa itu, keadaan sunyi, tidak ada orang untuk saya minta tolong jadi saya terpaksa memandu sendiri dalam keadaan berlumuran darah untuk sampai ke hospital setengah jam kemudian,” katanya.
 
Akibat kejadian itu, mangsa menerima 15 jahitan. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis daerah Bachok, Deputi Superintenden Ab Rahim Che Ghani berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian.
 
sumber :
 
 
 

21 December 2012

Jom muhasabah diri ~ kepentngan Al-quran lebih dr Hp





Sedar tak sedar handphone sudah menjadi budaya org kita malah di seluruh dunia. Bayangkan jika kita buat apa yang kita buat dengan handphone sama dengan kitab suci Al-Quran. Walau pun begitu, jangan lupa Al-Quran itu tersangat tinggi darjatnya dan tak layak langsung dibandingkan dengan handphone.


1. Jikalau kita membawanya ke mana sahaja kita pergi.

2. Kita menyelaknya beberapa kali dalam satu hari.

3. Kita berpatah balik ke rumah, jika kita tertinggal.

4. Jikalau kita menerima dan mengikut text mesej yang disampaikan.

5. Jikalau membuatkan kita seperti tak boleh hidup tanpanya.

6. Jikalau kita menghadiahkan kepada anak-anak.

7. Jikalau kita menggunakannya semasa kita sedang dalam perjalanan.

8. Jikalau kita mememerlukannya semasa dalam kecemasan.
9. Menjadi kan kita berkata….hmm…eh di mana Al-Quran saya? Dan lagi satu,Tak seperti handphone , kita tidak perlu risau Al-Quran kita akan disconnect,
tiada coverage...then.. Al-quran juga tidak perlu di TOPUP kreditnya... Jom berfikir sejenak  “yang mana keutamaan kita?” dan jangan kite drops calls!" ~Renung-renungkan dan selamat beramal !!




20 December 2012

Perah kudrat angkat mayat berat di Johor




TRAGEDI...mayat bot pancung karam bergelimpangan di pantai, semalam.
TRAGEDI...mayat bot pancung karam bergelimpangan di pantai, semalam.
19 Disember 2012
 

KOTA TINGGI: Keanehan berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan sembilan mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar Penawar, di sini, malam kelmarin apabila mayat mereka gagal diangkat kerana terlalu berat.Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil untuk membantu.

Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa mayat ke hospital bertambah sukar.

Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

“Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka.
 

19 December 2012

tutorial transparentkan gambar by GIMP 2~ aka buang background

 
 
best plak bile dah reti transparentkan gmbar kita..
means kasi buang background gambar  yang
kite xmo.... huhu... punyelah lame duk godek2 GIMP 2...
akhirnya suatu hari... misi success jugak....
so.. let me share with u what is successfully !!
~ guna GIMP 2 ~
tp sorry yer.. mutu gambor x cun sangat... ni snap je
bukan printscreen... saje bosan....... heee
 
first .. sape yg xder software GIMP 2.. leh download dlu la...
then.. open GIMP tu...
then...ikutlah step kat bawah ni...
 


gambar yg di open tu akan keluar mcm ni....



 

 
guna free select tool untuk buat garisan putus2 pada area
yang nak dibuang tu....
 
 
 



bila dh tekan 'clear' .. kawasan yg nk dbuang jadi petak2 mcm kat bawah ni..
kire menjadi lah tu ... so wat kat area lain plak step td...
 
 



bila dah siap "clear" mane yg patut... then pergi kat ~ file- export


 





 
 
KALO X PAHAM tuto ni
.. BUAT2 PAHAM JELA ....
try n error ~~
BEST OF LUCK !!!!
 
 


15 December 2012

kita dan syaitan adalah sahabat jika ....................


Allah swt menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh dan sesungguhnya
syaitan itu adalah musuh bagimu,maka anggaplah ia musuh(mu) ..
(surah Al-Fatir 6:35)

 
 
 

tak ramai yg mengetahui bagaimana caranya untuk menghadapi syaitan dan
disini slimut akan berkongsi serba sedikit berdasarkan pembacaan yang tak
seberapa dan harap semuanya berguna untuk kita semua bagi menghadapi syaitan...


syaitan bermalam dalam lubang hidung
Apabila seseorang kamu bangun dr tidur, hendaklah kamu memasukkan
dan mengeluarkan air dr  hidungmu 3kali.sesungguhnya syaitan bermalam
di dalam lubang hidung kita (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

syaitan kencing dalam telinga
Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yg tak bangun tahajjud
 dan  ketika azan subuh.nabi saw bersabda :
"lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya"
( hadis bukhari dan muslim)
 
syaitan masuk dalam mulut yg terbuka menguap
"Apabila seseorang menguap,hendaklah dia menutup dengan tangannya.
Sesungguhnya syaitan masuk ke dalam mulutnya yg terbuka"
(Hadis sahih Muslim)
 
syaitan ketawa melihat manusia yg berkata "AAAHH" semasa menguap
Nabi saw berabda :
"dan janganlah seeorang itu mengeluarkan bunyi 'aaa' semasa menguap.
seungguhnya syaitan akan ketawa bila membuka mulut semasa menguap."
 (hadis riwayat Ahmad)
 
memaki orang membantu syaitan untuk merosakkan manusia
Seorang lelaki mencela seorang yg dikenakan hukuman sebat kerana minum arak.
Nabi saw bersabda :
janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yg dihukum &
janganlah kamu membantu merosakkan dia" (hadis sahih Bukhari)
 
syaitan tak akan masuk dalam rumah yg dibaca surah Al-Baqarah
Nabi saw bersabda :
Janganlah kamu jadikan rumah2 kamu sebagai kubur.sesungguhnya syaitan
akan lari dari rumah yang dibaca dgn surah Al-Baqarah" (hadis sahih muslim)
 
 
 syaitan makan dari makanan yg tak dibaca bismillah dan bermalam
pada rumah yg tak dimasuki dengan bismillah
"Apabila seorang lelaki memasuki rumhanya dan menyebut nama Allah semasa
masuk dan menyebut nama Allah semasa makan,sesungguhnya syaitan berkata
kepada kuncu2nya "kita tak ada tempat bermalam dan tak ada makan malam."
apabila dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah swt,syaitan berkata
 "kita semua mendapat tempat bermalam:.Apabila dia tak menyebut nama Alah
 ketika makan,syaitan akan berkata pula "kita mendpat makan malam dan tempat bermalam"
 (hadis muslim)
 
 
makanan jatuh yg dibiatkan adalah habuan syaitan
"Apabila jatuh sebahagian suapan makanan kamu,hendaklah kamu buang
kotoran yg melekat pada makanan dan hendaklah di makan .jangan biarkan
ia dbiarkan dan dimakan syaitan".(hadis muslim)
 
syaitan penggangu solat
Suatu hari Amru bin Abi Al As mengadu kpd Rasulullah saw :
"Ya rasulullah sesungguhnya syaitan telah menggangu solatkuu dan
menimbulkan was2 dalam bacaanku"
 
 Rasulullah pun menjawab :
"itulah syaitan yg dipanggil khinzab.apabila engkau merasa gangguannya
hendaklah engkau  meminta perlindungan dari Allah
 dan ludah ke kirimu 3kali"
 
Amru berkata :
"aku melakukan apa yg Rasulullah sarankan,lalu Allah menghilangkan
gangguan syaitan tersebut"(hadis muslim)


Minum berdiri bersama syaitan
Nabi saw bertanya kpd org yg minum berdiri :
"adakah engkau suka minum bersama kucing?"
Dia menjawab "tidak"
Nabi saw bersabda :
"sesungguhnya kamu telah minum dengan makhluk yg lebih teruk dr
kucing iaitu syaitan" (hadis ahmad)
 
 
syaitan semakin besar bila dimaki
seorang sahabat nabi saw telah memaki syaitan apabila tunggangannya terjatuh .
Nabi saw bersabda :
"janganlah kamu berkata "celaka syaitan" kalau kamu berkata sedemikian ,
syaitan akan berasa besar diri dan berkata"mendapat kekuatan ku",
tapi hendaklah kamu berkata" dengan nama Allah ." apabila berkata sedemikian
syaitan akan jadi sehina lalat".
 
 
 
 
 

14 December 2012

Amalan isteri spy sntsa dara

 
 
Salam malam Jumaat ~
entry kali ni khas buat ibu-ibu.. dan kaum2 hawa di luar sana...
mungkin berguna juga untuk kaum adam sebgai pengetahuan ...
slimut akan kongsikan sedikit ilmu ... iaitu
amalan2 isteri2 supaya sentiasa dara @ abqaro......
                               

menurut ayat dalam sirah al-waqiah, Abqaro bermaksud perawan yg sentiasa
menjadi perawan). Ayat ini sesuai untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu demi
kesihatan luar dan dalam... walaubagaimanpun surah al-waqiah mengandungi
banyak lagi kelebihan2 lain.....  renung2kan dan selamat beramal... ;=)


 caranya ialah :

selepas solat isyak, ambil segelas air ..baca Alfatiha sekali ,Ayat Kursi sekali dan surah al-waqiah ayat 35-38 sebanyak tujuh kali.Tiup dalam air dan minum .pastikan niat dlm hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.


                           maksud surah alwaqiah ayat 35-38:::

 
 
(35) sesuguhhnya kami telahmenciptakan isteri istero mereka dengan ciptaan istimewa
(36)serta kami jaidkan mereka sentiasa dara(yg tak pernah disentuh)
(37)yang tetap mencintia jodohnya ,serta yg sebaya umurnya,
(38)semuanya itu disediakn bagi puak kanan


30 November 2012

Tips diet yg tak ramai orang taw ~ slamat mencuba !!



Rasulullah s.a.w tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai
menjaga makanannya sehari-hari ..InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini,
anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.. wallahualam

                             #  Jangan makan SUSU bersama DAGING
                             #  Jangan makan DAGING bersama IKAN
                             #  Jangan makan IKAN bersama SUSU
                             #  Jangan makan IKAN bersama TELUR
                             #  Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
                             #  Jangan makan SUSU bersama CUKA
                             #  Jangan makan BUAH bersama SUSU (eg:koktel)


CARA MAKAN :
 
~ Jangn makan buah setelah makan nasi , tetapi makanlah buah terlebih dahulu baru makan nasi
~ Tidur 1 jam setelah makan tengahari
~ Jangan sesekali tinggal makan malam .Barangsiapa tinggal makan malam dia akn dimakan usia &  kolestrol dlm badan akan berganda.
~ Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersam susu .hal inikerana kita akan cepat mendapat penyakit .hal ini juga terbukti oleh para ilmuwan yg menemukan bahawa dalamdaging ayam mengandungi ion + sedangkan dlaam ikan mngandungi ion - .. jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan ..maka reaksi biokimia akan merosakkan usus kita...







28 November 2012

kenangan aku,bola & pasar siti khadijah ~ berat nanang




Alhamdulillah..akhirnya HARIMAU MALAYA dapat menutup mulut2 yg
memaki hamun mereka 2hari yg lalu dngn kmnangn 4-1 mnentang
laos sbentar td.. inilah kuasa Allah swt .. apakan daya..memang
 fitrah manusia or mungkin fitrah "rakyat malaysia" dmana
mereka akn menjulang tinggi seandaiya pasukan negara mmperoleh
kejayaan dan memijak2,memaki hamun,menyumpah seranah andai
kekalahan yg diperoleh negara .. bukan stakat dlm permainan bola sepak je.
.tetapi boleh dikatakan semua... (badminton n so on) mereka mnggelarkan
 diri mereka peminat negara..


tetapi orang2 seperti ini sebenarnya adalah pembunuh semangat negara tetapi
 alhamdulillah sifat positif pemain2 negara yg menjadikan cacian mereka
 itu sebagai satu cabaran dan pembakar semngat untuk mereka membuktikan
yg terbaik buat negara.. istilah "peminat/pemyokong" sebenarnya
 ialah mereka yg tetap bersama dalam jatuh bangun ssebuah pasukan itu..
ape jadi sekalipun, mereka tetap perlu mnjadi tulang belakang pasukan negara
 untuk memprsembahkn yg terbaik demi maruah negara..slimut kecewa
 melihat tingkahlaku penyokong2 harimau malasia yg menghalang
 bas pasukan itu untuk keluar dr perkarangan stadium ketika tewas
mnentang singapura tempohari... jelas menunjukan attitude rakyat malaysia
sangat di bawah tahap yg kritikal...ape2 pun slimut sentiasa doakan pasukan
negara memperoleh kejayaan... & abaikan segala tohmahan2 jahat dari "peminat" ..
 
 
eyh terpanjang plak intro.. heehe... actually arini slimut nk share pengalaman
 slimut p kota bharu semalam... mak oi... baru stahun kot x pergi
pasar siti khadijah..memag seriusssss !! rindu sngat ngn kueh mueh kat sana
 yg bermacam2 tu... dulu mase praktikal di Kota bharu..
tiap2 pagi mesti slimut singgah p pasar tu untuk beli kueh mueh...



 
 
smalam pergi n member n adik spupu jln2 sana ..tp tujuan asanya nk p SUK
antar borang mintak kerja..  slimut ni jenis yg lambat cket nk ingat jalan ni...
so,sesat lah kat kota bahru.. 3 kali duk pusing2 kat stadium..
still x jumpa pasar siti khadijah tu.. mak oi...

then,, ingat lah 1 peribahasa konon
( malu bertanya sesat jalan)..hurm.. berhentilah slimut kat
depan kedai runcit ni.. dlm pkul 9am .. tyme ni bnyak lg kdai x bukak...
tu je kdai yg bukak.. so, dngan penuh keyakinan lar ni melangkah kuar dr kete..
masuk2 je kedai.. waa..bau colok maaa... ni kdai olang cina...aiyooyo...

 
hurm.. lam hati ni.. cina pun cina lah.. dh pening dh nk crik sndiri..
punya lah tanya.. then , uncle tu bagi bahasa isyarat telinga dia xdngar...
aduhhh..rupa2nya uncle tu bisu+ pekak... pastu dtg plak wife dia kot..
rupa2nya wife dia sama mcm dia juga... dlm hati ni xtaw nk watpe dh.. dhla slimut ni
 bhasa isyarat x reti...tibe2 uncle tu amik kertas ngn pensil ..suruh slimut tulis...haaaa...
nak taw ape slimut tulis ??? hehe....(sempat lg mmber snap lam kete)
 
 
 
hehe... ni lah peta nya....
waktu ni kitorang ntah kaat mane2 ntah.. tp tgok peta tu mmg xpaham...
pnat cari maybank nya.. bile jumpa mcm pelik je bile dh compared ngn peta tu,,
tp xtawla kot2 kitorang yg xpndai tgok peta.. hehe..sbb kpala masing2 dh poning...
last2 jumpa laa jgak..  hurm..dapat la jgak slimut melepaskan kempunan nk
makan kueh mueh pasar siti khadijah ...  alhamdulillah...rase mcm nak
wat rumah je kat dalam pasar tu..so bleh hari2 makan kueh kat sana...
(kalau boleh la kannnnn )hehe nk ulang alik dari besut ke kota bharu..
 mak oiiii... 45 minit jugak.. smata2 nk makan kueh...
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



 
 
 
 
 
 
 

25 November 2012

Rahsia surah Al-kausar (108)



surah al-Kausar (108) adalah surah yg paling pendek dalam al quran.. hanya 3 ayat & diturunkan di mekah..Al-Kausar bermaksud kebaikan yg banyak dan ada para ulama mengistilahkannya sebagai sungai di syurga ..Kolam sungai ini  diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Airnya lebih manis dari madu dan lebih putih dari susu dau berbau lebih wangi dari kasturi... wahh..indahkan... meh kite sesame cuba bayangkan......

surah Ini juga dikatakan surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W
 kerana diturunkan ketika baginda bersedih  atas kematian 2 orang yg dikasihi
baginda iaitu anak lelakinya,Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib..
 antara khasiat yg terkandung dalam surah ini ialah ::
 
 
1.   Baca surah ini ketika hujan dan berdoa..mudah2an Allah makbulkan doa kita.
 
           2. Jika kita kehausan dan tiada air,baca surah ini dan gosok kat leher kita..InsyaAllah hilang     dahaganya nnti
 
3.  Jika kita sering sakit mata sprti berair ,gatal,bengkak,spaukan air mawar yg sudah dibacakan surah ini sebnayak 10x pada mata.
 
4.  Jika rumah dprcyai kena sihir.. baca surah ni 10x ..mudah2an akn dapat ilham dimana letaknya sihir itu..
 
5.  Jika rajin membacanya hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
 
6. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x ,Allah swt akan memberikan  bantuan kepadanya kerana dia tak bersalah dan dizalimi.
Allahualam ~
 
 
 
maksudnya :
sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu nikmat yg banyak.maka dirikanlah solat kerana tuhanmu dan berkorbanlah .sesungguhnya orang yg membenci kamu dialah yang terputus.

 


23 November 2012

bisikan hari jumaat ~ Ahlan Bina



salam jumaat...lai .....
hari jumaat yg mulia ni meh kita layan lagu ni...
seriously lagu ni best ...
1st tyme slimut terdengar terus jatuh hati ....
tapi sayangnya... smpai ke sudah slimut xtaw ape maksud sepenuhnya  lagu ni..
yg slimut taw ahlan bina tu maksud nye mari bersama kami..
tu je taw... if sahabat2 slimut ade yg taw ..
hope boleh lah share2 kat ruangn komen yer..
im really2 hope ....... alhamdulillah.. setelah sekian lama
menjadikan lagu ni sebagai halwa telinga..akhirnya slimut
dah pun dapat hafal liriknya...
(walaupun xpaham..apakan dayaaaa)






 

21 November 2012

Doa elak malas,kedekut ....



Allahuakbar !! ..
kenapa lahh 2,3 hari ni perasaan malas menguasai diri .... malas nk buat semua benda... yang rajinnye 1 je !! FACEBOOK !!  masyaAllah... kenapalah diri jadi sebegini... bangun tido facebook .... nk tido pun fb ... inilah yg betul2x dikatakan laghooo di dunia ... sahkan nk buat benda lain.. 2,3 hari ni nak tengok Tv pun malas... 1 salah 1 asbabnya yg slimut mals nk tengok tv adalh.. sebab media skrang ni dah makin TERUK !! naik menyampah dah kalau tengok berita skarang ni tak habes duk siar politik.. duk main kutuk2.. ape ni ?? ni ke berita yg rakyat malaysia nak dengar tiap2 malam?? org nk tengok isu-isu semasa laa... tp lain yg disiarnya... siaran yang memporak porandakan rakyat malaysia.... mungkin diorang ni nak malaysia jadi macam israel dan palestin kot... subhanallah..mintak jauh laa YA ALLAH.....
 
by the way.. entri slimut arini bukanlah nak suruh u all dengar slimut ceramah ke ape.. tapi nak share sikit doa2 yg patut... especially kalau kita selalu berasa malas... keluh kesah... dukacita..sifat kedekut.. & kalau kita ada sifat penakut pun boleh juga amalkan doa ni serta seandainya jika kita dizalimi ....doanya takdela pnjang mane pun... semua org boleh hafal .. bagi sesape yg selalu baca Al-Mathurat tu.. mmg xder masalah kalau setakat hafal doia ni....




 
maksudnya :
" Ya Allah Ya Tuhan kami,sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita ,aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kemahuan dan malas,  aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut,aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia ."

 
 
 

19 November 2012

save GAZA !!

  
selain doa... ini je yg slimut mampu bagi
untuk palestin ..
SAVE GAZA !!!!
ISRAEL LAKNATULLAH !!!
 
 



 sedeh tengok news .... arini ade 11 lg nyawa
terkorban disana... so dr xde nk buat ape2 tu...
it is better for me to hasilkan banner ni..
walaupun x cantik..takpe... asalkn ikhlas...
hehehee
 
 



 

14 November 2012

bayi dalam perut bayi



Afiah Syafina seorang bayi perempuan baru berusia 2 bulan merupakan anak pada pasangan dari indonesia ,Bambang sarianto & Syarifah .kedua2 pasangan suami isteri ini merupakan guru di sekolah tebing tinggi.bayi mereka mengalami perut buncit yg dianggap tumor yg harus segera dibedah.

operasi pembedahan dijalankan pada hari sabtu 19 januari 2008 dari jam 8pagi-11:30 malam .pembedahan yg memakan masa selama 11 jam ini cukup mengejutkan pasangan ini kerana ternyata yg disangkakan tumor itu adalah sebenarnya janin yg berusia 5 bulan .kini, si kecil Afiah dalam keadaan sihat.berikut adalah gambar si kecil Afiah dan janinnya.
(sumber : harian metro .Posted on the November 6th, 2012 under Luar Negara ))



 

12 November 2012

nak jadi pilot ketiak mesti wangi



dengar tajuk macam aneh kan?? aneh tak aneh..ini adalah satu
kenyataan..2,3 hari ni media duk citer pasal ni je... ni pun slimut
baru je lepas dngar kat radio malaysia kelantan..biasanya kalau seseorang
tu nak mohon ssuatu kerja... of coz la kan individu tu mesti memenuhi
 kriteria2 yg dpelukan oleh sesuatu organisasi tu...for example..
 nak jadik pilot... ape yg kite smua terbayang adalah...
 calon mesti tinggi... cantik... kurus... tampan... kan ??
 
 tapi tak bagi sbuah syarikat penerbangan HAINAN di china ni...
 mereka mencari calon juruterbang yg tak mempunyai bau ketiak...
 mmang mencetus kontroversi sebab syarat seperti ini...
 
 dalam temuduga yg diadakan ,, staf syarikat akan menghampiri
 calon mereka dan mencium ketiak kesemua mereka samaada ada
bau atau tidak... hurmmmmm ~~walaupun stiap stage lain mereka
berjaya.. tapi kalau ketiak berbau...mereka dikira FAILED dlm
temuduga tersebut dan harapan utuk mereka jadi pilot terkubur mati....
dasyatttt ~~  pegawai syarikat tersebut mendakwa ,staf di pesawat
sentiasa berinteraksi dengan orng ramai dan penumpang tak mahu
berurusan dengan seseorang yg mempunyai bau badan terutamanya
yg bertugas dalam pesawat.....ni gmbar sessi mencium ketiak bakal pilot...
                                     


 
 
   tapi kan.. bg slimut la..mmang wajar pun kalau
                diorang buat macam ni... nampak sngt kan mereka mementingkan kebersihan
diri ... walaupun muka cantik..hensem..muka licin..gebu..pandai... .. xsemestinya
indvdu tersebut bersih luar dan dalam... ade jgak indvdu yg comot...
tapi mungkin kebersihan dalaman dia jga betul2... cuma kecomotan tu
datang atas sbab2 yg tersendiri..wlaubagaimanapun.. kita sbagai umat islam...
kita perlu bersih luar dan dalam... bersih dalaman akan membutakan badan kita sentiasa sihat
.... susah untuk penyakit menghampiri dan bersih luaran adalah untuk menenangkan
mata yg melihat kita dan mengurangkan umpatan orang yg melihat personaliti kita...
sooooo.... jagalah kebbersihann dimana jua berada !!!!!! 
 
 
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...