21 April 2012

Hanya Allah yg Memahami aku ~~



tatkala diri ini diuji.....
kadangkala iman yg lemah ini hampir jatuh tersingkur
namun... Allah itu maha mengasihani.....

Dia telah memberikan aku satu kekuatan untuk hadapi ape yg berlaku.....
sesungguhnya Allah SWT xkan membebani hambanya di luar kemampuan 
hambanya itu.....


 TERIMA KASIH YA ALLAH....
kerana memilih aku untuk di uji....
aku sedar...tidak semua orang terpilih untuk menerima ujian dari mu....
tidak semua mempunyai nasib sepertiku....


TERIMA KASIH YA ALLAH 
kerana kekuatan ini......
kekuatan yg x mungkin semua orang dapat.....
aku berjaya cuba sedaya upaya untuk menahan 
linangan airmata dari keluar jatuh ke bumi tatkala diri ini diuji.....
aku tidak akan sesekali menangis dengan setiap dugaan yg Engkau berikan...
tetapi aku akan menangis tanda syukur dugaan yg dberikn  untuk aku....
 dugaan2 inilah yg telah menambahkan & menguatkan iman aku terhadapmu....


Ya ALLAh...
andainya tiba suatu saat aku betul2 tidak 
dapat mengharungi dugaan di dunia ini....
engkau ambillah nyawaku YA ALLAh.....






13 April 2012

aku diuji lagi ~~


Dalam kita melangkah,

terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,

hingga kita tertunduk dan menangis,
peritnya terasa seperti tak terdaya melangkah lagi,



Ketahuilah dan renungilah dalam diri,

kerana mungkin air mata tika itu hadir, 
kerana Dia mahu menjahit sejadah IMAN
yang kian terkoyak,
lantaran kerana ada langkah yang tersasar,
semoga diriku ini tabah dan sentiasa ditetapkan iman...

Biarlah aku kese0rangan tanpa berteman,
biarlah malamku tanpa sinar rembulan,
biarlah tidurku tanpa d hiasi mimpi indah,
TETAPI...
aku takkan biarkan hatiku sunyi 
TANPA
sepotong ayat al-quran...

12 April 2012

isteri dunia akhirat ~

buat sahabat2 blogger ~ 
baca lah cerita ini...sangat  menyentuh hati....


Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.







10 April 2012

maruaH segala-galanya ~


jual mahal ??? yer,,,memamg ...itu aku .. 
terima kaseh untk yg pernah ungkapkan azimat ini untuk aku... 
lebih baik tiada pakwe daripada terdesak...
kerana malu itu senjata org mukmin....


mmg aku jual mahal ..
ape yg aku ade hanyalah satu... MARUAH 
andai MARUAH ini tergadai...bermakna 
aku hidup dalam kekufuran....


Ya Allah ...
Jadikanlah  aku sebaik ummul solehah...secantik Siti Aishah dan Siti Khadijah..
sebagai wanita solehah .... sebagai mujahidah yg mendambakan cintamu Ya Allah 
 dan wanita terbaik disisimu ya Tuhan...
Engkau jadikan diriku sebaik pesuruhmu Muhammad s.a.w ..
tempatkan daku di syurgamau...


Ya Allah 
tempatkanlah aku dalam Jannah Mu yg kekal abadi..
sesungguhnya Engkaulah yg maha pengasih dan penyayang...



Ya Allah...
aku tidak mampu meminta yg terbaik untukku...
kerana aku tahu...kemampuanku...
aku sedar kekurangan dalam diriku
kacak.... kaya...berharta...
bukan itu yg aku inginkan....
CUMA.....
aku mohon kepada-Mu Ya Allah....
hadirkan seseorang yg benar2 ikhlas menerimaku...
benar2 mampu terima segala kekuranganku....
sesungguhnya Engkaulah yg maha pengasih dan penyayang...


Ya Allah.... ....
Engkau hadirkanlah aku ....
seorang yg mampu memimpinku unt mendekatimu....
seorang yg mampu memberikan aku seribu senyuman...
seorang yg mampu menerima diriku seadanya...
seorang yg mampu berikan aku kebahgaiaan dunia & akhirat...

sesungguhnya Engkaulah yg maha pengasih dan penyayang...







08 April 2012

~aku ingin kemBara ke SYURGA ~




salam hari ahad...salam hari minggu untk warga kota & salam hari 1st untk warga pntai timur ... 

memikirkan soal hidup... x pernah akan putus....
dugaan...rintangan...halangan...sentiasa akn mengiringi hidup kita yg kadangkala
akan membuatkan kite merasa untk berputus asa untuk mneruskan hidup..meneruskan perjuangan...
tetapi ingatlah..putus ase itu adlh bg orang2 yang lalai unt mengingati sang pencipta..
Allah S.W.T



Hidup adlh gabungan derita & bahagia.hidup adlh sebuah pengembaraan,kita x pernah tahu di mana destinasi kita yang terakhir. Sebelum mata terpejam rapat.Pengembaraan ini adalah sebuah perjalanan takdir yg sudah tertulis. Apa dan siapa yg menanti di sepanjang perjalanan adlh dluar jangkaan kita yang bergelar 'pengembara'.Di mana kita singgah  unt melepaskan lelah, hanya Tuhan  tahu.


Rasulullah SAW juga ade bersabda... hidup adalah seperti sebuah pengembara yg sedang berjalan jauh sambil bertongkat dlm menuju perjalanan ke suatu destinasi abadi yg jauh dan memerlukan banyak bekalan. Untuk mendapatkan bekalan itu pula memerlukan kesabaran dan ketabahan yg sgt tinggi. Dlm perjalanan ini kita mengisi kehidupan dengan 2 keadaan iaitu perasaan atau suasana, juga saat-saat gembira dan saat-saat kesedihan. Kedua-dua perasaan ini pernah dialami oleh para Nabi dan Rasul Allah, apatah lagi kita sebagai hamba yg kerdil lagi hina ini.


Sbg seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang tepat mengikut kompas yang telah diberikan dan ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Dan unt sampai ke destinasi cinta @ destinasi yg abadi itu, kite perlu pungut dan kumpul bekalan ketika berada d dunia sebanyak yg mungkin. kite letakkanlah segala keseronokan dan kenikmatan serta kekayaan d dunia ini d tangan kita dan anggaplah semua tu hanya bebanan yg bleh menjejaskan perjalanan menuju ke destinasi cinta abadi.



Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda“Demi Allah, DUNIA ini dibanding AKHIRAT ibarat seseorang yang mencelupkan JARINYA ke LAUT; air yang TERSISA di JARINYA ketika diangkat itulah NILAI DUNIA (AKHIRAT = LAUT)”. (HR Muslim)
Bagaimana untuk memahami hadis di atas?
Kenikmatan di akhirat adalah kenikmatan di SYURGA yang luasnya seluas LANGIT dan BUMI.
Allah SWT berfirman“Dan BERSEGERALAH bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”. (QS. Ali Imron : 133)


walau apa pun..kite masih blum terlambat untuk berubah,,,,berubah kearah yg lebih baik...
insyaAllah dengan izin yg maha Esa....kita mampu jadi yg terbaik diantara yg terbaik...
bagi slimut...biarlah luaran kita nmpak agk kurang baik...tetapi..dalaman hanya kite & Allah swt yg tahu....& hnya yg btul2 mngenali diri kite juga....abaikan apa orang cakap tntang kite...
yng penting kita istiqamah dalam melaksanakan sesuatu....

01 April 2012

~ AmaN kaMpus ~






urm..... sahabat2 lain tyme2 weekend ni smua sibuk ngn xtvt2 masing2....
ade yang p vacation.... ade yg p kursus kawen.... ade yang balik umah....

tapi slimut ????? urmmm..... 

slimut pun ade aktiviti juge.....
smalam slimut p dengar ceramah pasal akhlak sosial remaja...... sangat2 laa best.....
ustaz2 pun boleh tahan sporting.... mnggamitkan suasana audience...
then belah pagi plak,slimut p senamrobik...anjuran alumni AMAN KAMPUS...
yg jelajah 1 malaysia tue.....


 ntah nasib kurang baik cket arini sebab slimut ngn mmber di interview cket pagi tadi,...
kna spontan plak tue...urmmm ape lagi............
slimut n sorang mmber ni xlepaskan peluang mmbebel laa mcam org tua kunyah sireh....hehehe.....
mula2 malu jugak sbb diorng rakam kan... then bile fikir balik...
 watpe kite nak malu.. bukan diorng rakam kite wat bnda x elok..
bak kata orang malu biarlah bertempat kan...


diorng just tnya pendapat je pasal keberkesanan prgram aman kampus  urmmm.....
for me....sngat2 berkesan... bnyak input2 yg kite as a mahasiswa perlu taw n terokai...
yg paling penting.... !!!! sentiasa kena up to date ngn isu semasa
supaya otak kite lebeh berkembang .......


sahabat2ku yg pantang nmpak camera..hahaha


untk program aman kampus yg berkampung 2 hari kat unimap ni....
satu je slimut leh RESPECT compared ngn program2 lain.......
diorng  sepatah pun x mention pasal kerajaan...
means POLITIK....
input2 slama 2 hari ni smua pasal sosial remaja...
mmg cket pun x mnyentuh pasal politik....

xseperti program lain2 yg slimut ter'join'
dimana ojktif diorng untk racun fikiran mahasiswa ngn 
politik ........


untuk delegasi2 aman kampus...teruskan perjuangan kamu .
ingat kita berhak menentukan apa yang kita mahukan...
bukan org lain yg menentukan apa yang kita nak !!
;=)))



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: da tamatt ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::;





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...