10 October 2012

berkahwin murahkan rezeki ~



assalamualaikum sahabat2 blogger ~
rase macam nak tidor balik je pagi2 ni..
cuaca kat luar mendung je..hurmmm....

untuk hilangkan rase ngntuk rasenye ubat paling
mujarab adalah fikir sal kawen..hehehehehe
yeaahh ~ kegatalan melanda ~
ade x yg xmau kawen ?? haaa..bace  ni ye....
 
 
Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah
 satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana
sabda Baginda yang bermaksud:
“Perkahwinan itu sunnah aku.
Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia
 bukan dari kalanganku.”
(Riwayat Bukhari)
 
 

Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu suatu
perkara yang rumit n menyusahkan.Knape perkara ni boleh terjadi ?
Ramai di antara kita yg beranggapan, nak kahwin mesti ada kereta,
mesti ada wang yg banyak,mesti ada itu dan ini ..betol x?? haaa
 Cuba kita ambil iktibar dari kisah yang berlaku 
lebih kurang 1400 tahundahulu yang mana boleh kita jadikan 
panduan hidup ini. Insya-Allah …

  
Pada suatu hari Rasulullah sa.w. didatangi oleh seorang lelaki.


Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian
 ia meminta jalan keluar agar terlepas dr belnggu kemiskinan..


Rasulullah s.a.w tanpa banyak fikir lagi terus menyuruh lelaki
itu berkahwin.Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang
diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap,
maka lelaki itu berkahwin...





 

Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah

 dan mengadukan nasibnya, “Ya Rasulullah saya sudah berkahwin
tetapi masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah ?”. 
“Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.
 
Si lelaki tanpa banyak bertanya lagi. Beliau percayakan kepada
Rasulullah. Sebab tidak mungkin Rasulullah mahu menipu
 ummatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain.
 
Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada
Rasulullah dan mengadukan masalahnya : “Ya Rasulullah, isteri
saya sudah dua tapi saya masih miskin,bagaimana ya Rasulullah?
keluh lelaki itu. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.
 
Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah
Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. 

Namun setelah beberapa lama keadaan tetap juga belum berubah. 
Mulanya ia malu mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya....
 ia masih tetap miskin. Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah 
n menyampaikan masalahnya. 

“Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, 
tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?”, adu lelaki itu. 
“Berkahwinlah lagi,” kata Rasulullah.

 


Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata
Rasulullah.Ternyata isteri keempatnya ini membawa perubahan di
dalam kehidupannya.Dengan kepandaiannya menenun,ia mengajar
kemahiran tersebut kepada tiga madunya.


Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan.
 Perusahaan industrinya maju dan mampu mencukupi keperluan 
rumah tangga lelaki itu serta isteri-isterinya.

Sabda Rasulullah bermaksud : 
“Carilah rezeki dengan menikah” (Riwayat Ibnu Abbas)

Firman Allah Taala bermaksud : 
“Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, 
dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu 
yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan.

Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka 
dengan kurnia-Nya. 



Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya)



 lagi Maha Mengetahui.”

(surah an-Nur :32)

Dengan mengambill iktibar dan teladan dari kisah di atas, 
Insya-Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah,
 tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.


~ urmm .. bukan untuk kaum adam saja tau...
kaum hawa pun sama.. selain rezeki kita murah..
kita juga akan dapat menghilangkan masalah kita..
slimut pun nak kawen la...
tapi tunggu orng masuk meminang xder pun ni..
hehehe... > gatal<




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...