30 January 2013

PETUA MURAH rezeki & elak kesulitan

 
 
 
 
Seorang tokoh sufi, Abu Yazid Al Busthami pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.
 
Dengan murung lelaki itu mengadu,”Yaa syeikh, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah terlepas saya beribadah kepada Allah. Tatkala orang lain tidur lena , saya masih bermunajat. Ketika isteri saya masih belum bangun, saya sudah pun mengaji. Saya juga bukanlah seorang yang pemalas untuk mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”, tanya lelaki tersebut.
 
Abu Yazid menjawab dengan penuh berhemah. Katanya, “Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut wajahmu. Adakah kamu tahu, Rasulullah SAW adalah seorang yang miskin harta namun wajahnya tak pernah keruh, malah sentiasa ceria.
 
Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya ’salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang lain tidak senang kepadanya’” Apabila mendengar penjelasan daripada Abu Yazid, lelaki itu tertunduk.
 
Kemudian, dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya dan raut wajahnya. Mulai hari itu, wajah lelaki tersebut kelihatan senantiasa ceria dan berseri. Setiap kesedihan diterimanya dengan sabar tanpa sebarang keluhan.
 
Sejak daripada peristiwa tersebut, lelaki itu tak pernah datang lagi kepada Abu Yazid untuk mengadu tentang nasib malangnya. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum. Raut wajahnya tampak bersih berseri dan sentiasa ceria.
 
Maka tidak hairanlah Imam Hasan Al Basri berpendapat, ’Punca awal keberhasilan sesuatu pekerjaan adalah raut muka yang ceria dan penuh senyum. Malah Rasulullah SAW mengatakan, ’senyuman adalah sedekah paling murah tetapi sangat besar manfaatnya’ Demikian pulalah seorang suami atau seorang isteri.
 
Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang dan masam sesama sendiri. Begitu juga, celakanya persahabatan sekiranya dikalangan mereka saling tidak bertegur-sapa. Sesungguhnya tidak ada persoalan yang dapat diselesaikan dengan mudah melalui kemurungan dan ketegangan.
 
Sebaliknya dengan hati yang sentiasa tenang, fikiran yang lapang dan wajah yang sentiasa ceria, apapun persoalannya dan permasalahannya, Insya Allah, nescaya akan dapat diatasi. Sikap sebeginilah yang dapat membentuk keluarga dan masyarakat sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
 
 
 
 

20 January 2013

diari 2013 :: 2 bunuh diri di BESUT

 
 
 
 
Lelaki ditemui mati tergantung
MOHD TAHA YAACOB
14 Januari 2013

BESUT - Seorang bapa dikatakan mengarahkan anaknya yang berusia 9 dan 12 tahun masuk ke dalam bilik sebelum dia ditemui mati tergantung di palang bumbung rumah di Kampung Cherang Meliling dekat Jertih di sini petang kelmarin.
 
Isteri mangsa berusia 32 tahun telah ternampak suaminya yang berusia 34 tahun itu tergantung di depan pintu bilik air di tingkat atas sebuah kedai roti di situ kira-kira 1.30 petang. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai roti sebelum itu berada seorang diri di ruang tamu manakala isterinya terlena di dalam bilik.
 
Menurutnya, mangsa yang dikatakan bertindak demikian kerana mengalami masalah kemurungan dan masalah mental. “Ketika polis tiba di tempat kejadian mendapati isteri mangsa dengan bantuan jiran telah membawa suaminya ke hospital dan telah disahkan meninggal dunia,” katanya kepada media.
 
Kamaruddin berkata, hasil bedah siasat oleh pakar perubatan mendapati mangsa mati akibat menggantung diri dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut kerana tidak ada sebarang unsur jenayah.
 
 
Remaja ditemui mati tergantung
WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Januari 2013
 
BESUT - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditemui mati tergantung di rumah keluarganya di Kampung Gong Duek, Hulu Besut di sini semalam, kerana dikatakan tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya berikutan pembabitannya dalam penagihan dadah.
 
Perkara itu diketahui selepas ahli keluarganya membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) yang disimpan mangsa dalam telefon bimbitnya selepas kejadian. Kejadian itu disedari bapa mangsa yang berusia 46 tahun ketika bangun dari tidur untuk ke tandas kira-kira jam 4 pagi.
 
Difahamkan bapanya melihat mangsa sedang tergantung berhampiran bilik air lalu dibantu abang mangsa membuka simpulan tali dan menurunkannya. Bapa mangsa kemudian memaklumkan kepada polis dan mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Besut untuk bedah siasat.
 
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan kejadian dan memberitahu hasil bedah siasat mendapati tulang tengkuk mangsa patah akibat jerutan tali pada leher dan tiada kesan kecederaan lain.
 
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang lelaki pembantu kedai roti berusia 34 tahun yang dalam kemurungan juga ditemui mati tergantung di rumahnya di Kampung Cherang Meliling, Hulu Besut kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian kedua ini.
 
 
 
 
 
 
 
 

19 January 2013

Bayi Terjatuh Ke Lantai Ketika Proses Bersalin Di Hospital


 
Kasihan! Bayi Terjatuh Ke Lantai Ketika Proses Bersalin Di Hospital 
 
 
kittymaternity3



 Ketika seorang bapa menanti saat kelahiran anaknya di wad bersalin, dirinya menjadi tergamam apabila melihat bayi kecil itu terjatuh ke lantai. Bapanya mendakwa doktor dan jururawat bertugas cuai dalam menjalankan tugas.
 
Dari segi akal fikiran yang waras, mana mungkin doktor dan jururawat tersebut sengaja berbuat demikian. Kejadian yang berlaku tidak disengajakan. Bagaimanapun, hati bapa mana yang tidak sayangkan anaknya bukan. Sekadar gambar hiasan Seorang bapa trauma melihat bayinya terhempas ke lantai ketika proses kelahiran di Wad Bersalin, Hospital Serdang, Selasa lalu yang didakwanya berpunca daripada kecuaian doktor dan jururawat bertugas.
 
Zulfahmi Johari, 35, mendakwa kejadian dikhuatiri boleh menyebabkan komplikasi kesihatan anak keduanya itu untuk tempoh jangka panjang walaupun pemeriksaan doktor mengesahkan bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan setakat ini.
 
Ketika kejadian, sebahagian daripada kepala anak saya sudah keluar tetapi bahunya tersangkut menyebabkan kesukaran proses kelahiran. Dalam kesibukan doktor dan jururawat membuat persediaan berkaitan, bayi saya tiba-tiba meluncur keluar tanpa sempat disambut. Bayi saya jatuh terhempas ke lantai dari ketinggian 0.6 meter dalam keadaan mengiring, manakala tali pusat terputus. Suasana agak panik ketika itu, lebih-lebih lagi bayi saya tidak menangis sebelum bantuan kecemasan diberikan, katanya kepada pemberita, di sini semalam.
 
Beliau yang juga seorang pegawai kerajaan, berkata bayi lelakinya seberat 3.08 kilogram kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bagi rawatan lanjut sebelum keadaannya disahkan stabil tanpa sebarang kecederaan. Saya bersyukur bayi saya selamat, malah hasil pemeriksaan ultra sound menunjukkan bayi saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun, apa yang musykil tiada dokumen berkaitan bagi membuktikan keputusan pemeriksaan itu. Ini bermakna kita belum tahu sama ada bayi ini akan kekal normal pada masa depan susulan kejadian tempoh hari.
 
Berdasarkan pemantauan saya dalam tempoh 48 jam lalu, bayi saya kelihatan kurang aktif… tidak seperti bayi lain, katanya. Justeru, Zulfahmi meminta jaminan secara rasmi daripada pihak hospital, begitu juga Kementerian Kesihatan untuk bertanggungjawab sepenuhnya jika anak keduanya itu mengalami sebarang komplikasi kesihatan pada masa depan. Lebih mengecewakan, hanya doktor bertugas meminta maaf di atas kejadian itu… pihak pengurusan hospital langsung tidak berjumpa saya memohon maaf atau memberi penjelasan berhubung kecuaian mereka, katanya.

tarikh tersiar : 16 Disember 2012 .. Berita Harian






16 January 2013

interview oh interVIEw !!!!!!!






mata yg tersangat penat malam ni woooo....
dari siang lagi duk prepared untuk interview esok...
hurmmmm.... hope I can performed my best for
tomorrow ... perjalanan masih jauh lagi....
 
esok interview kat klantan..
then lusa kena p pahang lak....
then isnin plak intrview kat cyberjaya....
jangan sesekali beralah sebelum mencuba...
sekiranya kita tak mencuba... sampai bila kita
takkan mampu menilai kemampuan kita...
 
dapat ke tak ..tu semua takdir ILLahi...
seandainya dapat.. bermakna itulah rezeki kita
dan itulah yang terbaik untuk kita...
seandainya gagal.. maka itu beerti rezeki itu
bukan berpihak pada kita ....ape2 pun
kite perlu mencuba...
sesungguhnya rencan dari Allah adalah yg
terbaik .. DIAlah yang menentukan semuanya..
actually lidah dah kaku ni nak speaking...hhu..
maklumlah duk umah berzaman dah..
duk speking klate jah dumoh...huhu...
 
p/s :dah janji ngn semua orang untuk attend semua
interview tahun 2013 ni....harap2 sngat kemalasan untuk
berinterview sprti tahun 2012  lenyapppp.....
 
 
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
 
wish me best of luckk ya
for tomorrow ... n so on...!!!!!
 
 
 
 
 

14 January 2013

Jauhi AMMARAH ......

 
 
 
Kejayaan pertama orang yang bahagia ialah mereka yang dapat mengawal
emosinya. Tak kiralah marah atau sedih atau sebagainya yg lebih terarah ke
cas-cas negative. Hehe.

“Untuk apa marah, ?? lebih baik bertenang dan bermain
dengan senyuman”. Marah akan menyebabkan separuh
keintelekan hilang berganti dengan tindakan-tindakan meluru,
 bodoh dan tidak munasabah.

Jadi, apabila anda berasa marah, cuba lah beberapa tips di bawah ini:
Ingatlah bahawa Allah SWT tidak suka dengan si pemarah. Sebagai
hamba, kita tidak layak berasa marah apalagi memarahi orang tanpa sebab
munasabah. Siapa kita untuk memarahi orang lain, sedangkan kita sendiri
banyak kekurangannya.

Peranan utama marah datangnya dari syaitan. Syaitan diciptakan daripada api
 dan api hanya mampu dipadam dengan air. Oleh itu, ambillah wuduk supaya
 api syaitan terpadam dari tubuh anda. Alangkah buruknya wajah anda
tatkala marah. Lihatlah muka yang merah, hidung yang kembang
kempis dan mata yang merah menyala itu...kikiki...

 Anda ingat orang berasa takut dengan melihat keadaan anda itu?
 Bagaimana jika orang berasa lucu? Terasa hendak marah juga?
Diam sejenak. Tarik nafas, lepaskan perlahan-lahan. Anggap
 anda tiada tangan untuk bertindak dan tiada mulut untuk berkata
apa-apa. Jika ketika itu anda sedang berdiri, duduklah. Jika
sedang duduk, berbaringlah dan jika masih marah juga
beredarlah ke tempat lain. Bawa hati ke tempat yang lapang,
tengoklah keindahan alam.


Jika masih berasa marah, maka itu tandanya anda dikawal oleh emosi
 bukan anda mengawal emosi. Itu tandanya EQ bermaharajalela dalam
diri anda sedangkan anda amat memerlukan EQ yang terpantau
 dengan baik untuk menjalani kehidupan yang tenang,
damai dan bahagia. Itu juga tandanya anda memerlukan
pertolongan kerana anda sebenarnya sedang sakit tenat.
 
 

p/s"Di dunia ini lebih mudah berbuat kebaikan dari kejahatan. Tetapi manusia lebih condong berbuat kejahatan dari kebaikan. Ini disebabkan oleh nafsu lebih tua dari akal. Iblis umurnya lebih tua dari manusia. Sedangkan manusia dikepung oleh empat penjuru; kiri hawa, kanan nafsu, muka dunia, belakang syaitan.




 

12 January 2013

cara nak bezakan kedai mamak muslim dan bukan muslim

 
 
Anda peminat makanan kedai mamak?? nice...  memang kdai mamak ni sebenarnya bagus.. servis pun cepat ... tapi sejauh mana makanan yg dihidangkan tu halal ? makanan yg mengalir dalam tubuh dan seterusnya menjadi darah daging kita ... boleh tengok kesan kat entri slimut yang lepas " air tangan orang tak solat "
 
Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya.. adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.
 
 
 
 
Kenapa daging lembu? coz, tak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan “tuhan” mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka. Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yg menyamar Muslim.
 
Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan “aqidah” mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.
 
seorang sahabat pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini sahabat memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – “daging lembu” atau “daging kambing”.
 
Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim. Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, dia akn bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; “ada lauk daging tak?” Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, “kambing ada, daging lembu tiada”. Apabila mendengar jawapan tersebut, sahabat akan bertanya kembali, “kenapa tiada lauk lembu?”. Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab.
 
Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut. Antara restoran yang d dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur. Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak .. di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves.
 
Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga. Anda boleh cuba di tempat anda!
 
 
 
 
 

11 January 2013

Jom kita Qailullah ... tidur sekejap .....

 
 
Anda nak jadi lebih segar, fokus dan produktif? Cuba praktikkan sunnah Rasulullah
ini dengan istiqamah. Sabda Rasulullah SAW; ”Lakukanlah qailulah, kerana
sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah.” (Riwayat al-Tabrani)

Apa itu qailulah?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari. Bila waktu paling sesuai untuk
amalkan qailulah? Mengikut pengalaman mereka yang mengamalkan qailulah,
waktu paling OK ialah antara kul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor.
Namun boleh juga dilakukan selepas zohor.
 
 
 
 
 
Apakah kelebihan atau kebaikan qailulah?
Mengikut kajian Dr Norhissam dari IPKIM, 1 minit qailulah kualiti nya
bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita diwaktu malam. Jadi,
cukup sekadar dapat 15 minit qailulah, kita sudah boleh bangun
 solat malam tanpa rasa mengatuk, insyaAllah.
 
Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita
untuk bangun malam dan berqiamulaill. Mat salleh panggil qailulah ni
sebagai ‘nap’. . ( i want to take a nap) Kalau bagi orang putih ni,
biasanya ‘nap’ dilakukan dari pukul 2~4 petang.
 
 
 
 
 
 Hasil kajian menunjukkan amalan ‘nap’ waktu tengahari dapat mengelakkan
penyakit jantung. Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam
berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat Subuh.
Kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8
jam kita berjaga. Jadi, qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk
 dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai dengan fitrah badan manusia.
 
Menurut buku orang putih, ramai saintis bijak pandai dan orang-orang
 terkenal Barat mengamalkan qailaluh @ nap ini. Napoleon pun mengamalkan
benda ini. Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan qailulah,
sebaik bangkit dari qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit.
 Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi,
kecerdasan dan fokus. Cubalah amalkan sunnah ni. Amalan ini bukan saja baik
 untuk kecergasan, malah dapat pahala yang besar kerana mengamalkan sunnah nabi SAW. InsyaAllah, amalan ini pasti bagus untuk kita! Sudahkah anda mengamalkannya? ;)
 
 
jangan tidur sampai pagi esok sudaa...hehe...
 
 
 

08 January 2013

orang Penang tak lena tidur .. tak lalu makan dah ...

 
 
seriau plak bile dengar news ade OKT melarikan diri ni...nmpak sangat mereka ni berbahaya kan... slimut yakin rata-rata penduduk2 di area pulau pinang dan kedah tak senang duduk selagi mereka semua tak dtangkap kembali... bkn stakat xsenang duduk.. malah mandi tak basah..mkn tak lalu kot.. bahayaaaa wooooo .... but.. no need to worry.... slimut rase tak sampai seminggu je lagi confirm semua diorang ni akan dapat dtangkap balik... POLIS malaysia kita kn hebat !!!! "sepandai2 manusia berlari..akhirnya jatuh tersungkur jugak kalau tersepak kayu "... hehe
 
 
 

Anggota polis yang cedera dipukul tahanan sebelum melarikan van PDRM
 
 
Anggota polis tersebut di bawa ke balai polis untuk disoal siasat kerana cuai semasa menjalankan tugas

 
Gempar semalam apabila 9 tahanan dari Penjara Pulau Pinang melarikan diri semasa dalam perjalanan ke mahkamah. Tahanan itu dikatakan melarikan diri apabila berlakon bergaduh sesama sendiri dan kemudiannya melemparkan serbuk cili, memukul anggota polis dan seterusnya melarikan diri.
 
Walaubagaimanapun, 2 tahanan daripada 9 tahanan tersebut berjaya ditahan semula semalam. 7 tahanan yang lain berusia 20 – 30 tahun dan melarikan diri ke ladang kelapa sawit setelah berjaya membuka gari mereka. Dato’ Abdul Rahim b Hanafi, Ketua Polis Pulau Pinang mengklasifikasikan mereka sebagai sangat berbahaya dan agresif.
 
Pada awalnya, tahanan tersebut dibawa ke mahmakah untuk prosiding sebutan semula kes. Walaubagaimanapun, salah seorang Orang Kena Tuduh (OKT) berpura-pura berkelahi dengan sesama sendiri sehingga menyebabkan keadaan menjadi tak terkawal dan polis terpaksa memberhentikan kenderaan di tepi jalan.
 
Kejadian berlaku di atas lebuhraya berdekatan Pantai Bersih, Butterworth. Salah seorang tahanan kemudiannya mengambil kesempatan untuk mencampakkan serbuk cili ke anggota polis yang mengiringi mereka. Mereka kemudiannya mengambil kesempatan ini untuk memukul 4 anggota polis tersebut sehingga cedera di mata, kaki dan kepala. Tahanan tersebut memukul 4 anggota polis tersebut menggunakan gari dan tangan mereka. Anggota polis tersebut dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
 
Tahanan-tahanan tersebut juga berjaya membuka gari mereka dengan mengambil kunci dari pengiring polis yang dipukul. Abdul Rahim juga memaklumkan bahawa anggota polis yang menjadi pengiring kini dalam soal siasat dan mereka akan didakwa di bawah Seksyen 223/224 kerana cuai dan 394 Kanun Keseksaan kerana cuai semasa melaksanakan tugas.
 
Keempat-empat anggota polis tersebut dikatakan tidak memeriksa tahanan tersebut semasa mengambil mereka di Penjara Pulau Pinang. Anggota polis yang disiasat berumur 30-an.
 
 
 
                                           

07 January 2013

sebab knapa saya tak suka rebat telefon pintar RM 200 !!!

 
 
 
                                                                        
   Rebat RM 200 untuk telefon pintar ??? no...no...no...1st skali meh kite
explore dlu maksud rebat ni...rebat ni kata mudahnya adalah diskaun/
potongan harga...ok..dah jelas kan.... hurmmm...apelah nak dibanggakan
 sangat kan dengan rebat yang RM 200 ni...
 
in my opinion lah kan... announcement ni actually bukan membantu kita
anak2 muda....tetapi maybe satu pembaziran.....sebabnya telefon pintar ni bkan
 satu keperluan..tetapi KEHENDAK ... itu pndangan slimut laa sbgai seorang
blogger yg xbrape hebat ni......harap2 pandangan slimut ni tak disalah
ertikan oleh mane2 pihak yg berbaur politik.. anggaplah ini sekadar satu
pandangan belia masa hadapan ...cheewahhhh ..poyo je....
 
 
cuba tepuk dada.. tanya minda kita...bayangkan sejenak.... katakanlah..
telefon pintar yang djual tu harganya RM1200.00... then rebat RM 200...
so harganya akn jadik RM 1000...then kita pun keluarkanlah simpanan
kita sebanyak RM 1000.00 untuk pembelian itu....tak rase rugi ke?? 
sebab yang untung sebnarnya peniaga yg dibawah Pakej Komunikasi
Belia tu je.. kiranya ni pakej "clearance stock " mereka la ...
 
memang kita semua perlu ikut peredaran teknologi...tapi kita ada hak
 untuk menilai .. boleh kata smua belia-belia skarang ni dah pun mempunyai
 telefon2 yang canggih kan...so watpe nak membazir lagi dengan hanya
rebat 200...pada slimut.. telefon pintar ni penggunaannya adalah sekadar
hiburan semata-mata... bila dah namanya pintar...maka mcm2
benda kita boleh buat melalui telefon pintar ni..negatif + positif..
smua ada... TAPI  !! bagi slimut... cukuplah asas telefon tu sekadar membuat
penggilan ..mesej... internet .. camera... tak mustahil kan apabila
 telefon pintar ni diguna secara meluas... maka semakin banyak la salah laku 
nanti akan berlaku... tambah2 plak pakej ni hanya untuk belia
berumur 21 - 30 tahun.. huh !!! memang tepat laa sasarannya...
 
berdasarkan apa yg slimut belajar la kan... actually produk2 ni ade
life cylce dia.. bila dah sampai tempoh matang dia..
dlm 2tahun laa... so.. harganya akan menurun...
sama gak macam kereta..kalau u guys prasan la..
makin lama..makin turun kan harga kereta.. bila
ade je kluaran baru..kluaran lama akn menurun... so sama
la jgak dengan gadget2 ni... .. so as conclusion... kalaulah
nak sngat pakai telefon pintar ni... tunggulah 2 tahun lagi...
cnfirm harganya murah... hehe ...duit tu simpan dlu..
kumpul bnyak2 bawak p umrah... lagi afdal...;=)
 
 
tapi pandangan slimut ni akan berbeza sekiranya telefon
pintar yg dikeluarkan mempunyai function2 yang
memang memberi manfaat kepada penggunanya...seperti !!
 
1)  Telefon tu boleh djadikan sebagai dokumen pnting yg ke2...
(cnth : kad pengenalan or  lesen memandu..paspport ...
n dokumen2 penting yg lain ... )
 
2) Telefon tu boleh membuat bayaran kat mane2 pusat pembelian
(mall.. shoping complek.. restoran .. TNB..astro.)
mcm mane ??? hahaah-- dgan cara kita boleh tebus kredit dlm fon tu ...
 
 
3) Telefon tu boleh guna untuk print... faksimili..
 
4) Telefon tu boleh dijadikan sbgai security kita kat mana2 jua...
 ( cnth nya tel tu ade system current... hp dpt detect tuan dia..
then if org lain yg pegang fon tu.. so current tu akn berfungsi lah...
baru org takut nk curi.. haha..silap2 haribulan..mati terus si
pencuri tu kna current...hihi)
 
 
 
lastly... kalau lah pakej ni tak di  hadkan kepada 1.5 juta belia pun
or "siapa cepat dia dapat" sekalipun... slimut memang tak
berminat nak melabur wang membelinya.....
everyone has their own opinion and their own choice ....
everyone has their right to choose...
so... i would like to say... !! rebat rm 200 only for
people who doesnt used the good choice.....
peace no war !!!
 
 
 
 
 
 
 
 

06 January 2013

Keajaiban yg kita tak ketahui ... !!



Keajaiban Angka Dalam Al-Qur’an Satu kajian daripada Dr Tariq Al Suwaidan
 dan terbitan bukunya “The Series Of The Scientific Miracles In Qur’an
memperlihatkan kepada kita satu jujukan nombor di dalam Al-Qur’an
yang perlu kita ketahui. Jujukan ini bukanlah satu kebetulan bahkan
mukjizat Allah kepada Rasul Nya Muhammad SAW.

Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Qur’an :


                                Solat – 5 kali

                                Minda – 49 Kali : Nur – 49 kali

                                Bulan – 12 Kali : Hari – 365 Kali 
                                     
                                Zakat – 32 Kali : Berkat – 32 Kali

                                Hidup – 145 Kali : Mati – 145 Kali

                                Nafsu – 8 Kali : Ketakutan – 8 Kali

                                Lidah – 25 Kali : Sumpah – 25 Kali

                                Muslimin – 41 Kali : Jihad – 41 Kali

                                Lautan – 32 Kali : Daratan – 13 Kali

                               Dunia - 115 Kali : Akhirat – 115 Kali

                               Muhammad – 4 kali : Syariat – 4 Kali

                               Malaikat – 88 Kali : Syaitan – 88 kali

                               Faedah – 50 Kali : Kerugian – 50 Kali

                               Keajaiban – 60 Kali : Fitnah – 60 Kali

                               Lelaki – 24 Kali : Perempuan – 24 Kali

                               Ummah – 50 Kali : Penyampai – 50 Kali

                               Emas – 8 Kali : Kemurahan Hidup – 8 Kali

                               Kesusahan – 114 Kali : Kesabaran – 114 Kali

                               Bersedekah – 73 Kali : Berpuashati – 73 Kali
 
                               Bala/Musibah – 75 Kali : Bersyukur – 75 Kali
                                         
                          Bercakap di khalayak – 18 Kali : Berdakwah – 18 Kali

                       Orang Sesat – 17 Kali : Orang Meninggal Dunia – 17 Kali

              Iblis (Penghulu Syaitan)-11 Kali : Mohon Berlindung Dari Iblis – 11 Kali
                                         

                                       LAUT & DARAT : 32 + 13 = 45
                       Justeru itu peratusan Laut : 32/45 X 100 = 71.1111111 %
                       Peratus Peratusan Daratan : 13/45 X 100 = 28.8888889 %
                                   JUMLAH DARATAN + LAUTAN = 100 %

Kajian sains pula oleh manusia telah membuktikan bahawa air
meliputi 71.111 peratus daripada bumi manakala tanah meliputi
28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT.





04 January 2013

panduan & cara minum yg betul


                                                                     
 
1) Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
 
2) Bacalah ” Bismillah” sebelum minum.
 
3) Minum air dengan tiga nafas.
 
4) Minum dalam keadaan duduk.
5) Semasa meneguk air, jangan bernafas ke dalam bekas air.
 
6) Setiap kali berhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain.
 
7) Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.
 
8) Jika tidak ada tempat untuk duduk, adalah diharuskan minum sambil berdiri.
 
9)  Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain (terutamanya alim ulama) bagi mendapat berkat. Ada petua menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam yang alim lagi warak, boleh mengubati sesuatu penyakit.
 
10) Tidak digalakkan untuk terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat. cba perhatikan di sekeliling kita orng yang selalu saja minum segelas air dengan hanya sekali teguk jer (tanpa bernafas)…terutamanya lepas bersukan …adakah orang itu ade penyakit lelah @ tak dalam rekod kesihatan dia....…Samaada ini satu kebetulan, atau ia adalah kesan dari tabiat minumnya yang tak mengikut adab, itu slimut tak pasti…
 
tapi slimut yakin bahawa, setiap amalan sunnah itu tersembunyi seribu satu hikmah dan keberkatan.
Sekian, semoga kita semua dapat amal adab minum cara sunnah ini.
 
 
 
 

02 January 2013

subhanallah.. gadis kecil yg luarbiasa HEBAT !! (repost)



 

 
 
Bara’a adalah seorang gadis berusia 10 tahun milik sebuah keluarga kecil bahagia yg taat agama dari Mesir . Kedua orang tuanya adalah doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk peluang yang lebih baik.
 
Bara'a adalah gadis muda yg sangat manis dan cerdas . Di usia yg masih muda, dia berjaya menghafal semua Quran dengan tajwid yang betul. Malangnya, tragedi menimpa dan merubah kehidupan gadis muda ini.
 
Suatu hari ibunya ditimpa penyakit. Selepas beberapa ujian perubatan, ibunya didiagnosis dengan kanser yg boleh membawa maut. Lalu ibunya mulai memikirkan masa depan gadis muda ini dan bagaimana dia hendak memberitahu anaknya mengenai berita buruk itu.
 
Bagaimana Bara’a akan bangun suatu hari tanpa ibunya di sisi. Akhirnya si ibu memutuskan untuk memberitahu puterinya dan berkata: "Sayangku, mama akan pergi ke syurga tidak lama lagi" Si ibu menekankan kepada anaknya bahawa dia harus terus membaca Quran setiap hari utk melindungi dan menjaganya dalam kehidupan ini.
 
Pada ketika itu Bara’a tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang bakal di lalui di masa depan. Kemudian, dia mula memahami apabila kesihatan ibunya semakin teruk dan dirawat di hospital. Setiap hari pulang dr sekolah dia melawat ibunya di hospital dan membaca Quran di sisi katil ibunya sehingga ptg. Dia terus membaca sampai ayahnya pulang dari kerja untuk menjemputnya.
 
Suatu pagi pihak hospital menelefon ke rumah dan meminta ayah Bara’a untuk datang ke hospital dgn segera memandangkan kesihatan isterinya semakin tenat dan hampir meninggal dunia. Sang ayah tidak mahu membuatkan putrinya terkejut dgn berita mengenai ibunya itu lalu meminta putrinya tunggu di dlm kereta sementara si bapa pergi melihat keadaan ibunya.
 
Si bapa meyakinkannya bahawa dia akan kembali dalam beberapa minit. Dia melangkah keluar dari kereta dan matanya penuh dengan air mata.. bingung dari berita suram nasib isterinya. Sementara ia berjalan utk menyeberang jln, Bara’a memerhatikan ayahnya pergi.
 
Si bapa tiba2 dilanggar bas yg sedang mendatang dan mati serta merta. Bara’a berlari keluar dari keretanya sambil menjerit dan menangis. Dia meluru ke sisi ayahnya yg sudah tidak bernyawa lagi…
 
Peristiwa tragis Bara’a tidak berakhir di sini. Pihak hospital tidak memberi tahu ibu Bara’a yang sedang berjuang untuk hidupnya menganai kematian suaminya yang terjadi ketika dalam perjalanan untuk bertemu dengannya.
 
Lima hari selepas, ibu Bara’a tewas dlm pertempuran dengan penyakit kanser dan mati meninggalkan Bara’a sendirian di Arab Saudi tanpa saudara mara. Dia kehilangan ibunya dan ayah pada minggu yang sama.
 
Beberapa teman dan orang-orang baik yang tersentuh oleh tragedi cerita Bara'a berusaha untuk membantunya untuk kembali ke keluarga ibu bapa nya di Mesir. Sementara persiapan untuk menghantar pulang Bara'a sedang dibuat, tragedi lain datang lagi tapi kali ini targetnya adalah Bara’a sendiri.
 
Dia mengalami sakit mendadak dan selepas beberapa ujian perubatan, cukup meyakinkan bhw ia didiagnosis dengan bentuk yang sama kanser yang membunuh ibunya. Pada saat Bara'a diberitahu mengenai diagnosis kanser nya dia tersenyum dan berkata: “Semua pujian bagi Allah, akhirnya, saya akan bertemu Baba dan Mama.”
 
Sangat luar biasa melihat gadis cilik ini menyambut dan menerima keputusan Allah yang telah menimpa atasnya. Kisah trageik Bara’a tersebar di Arab Saudi. Seorg lelaki yg Arab yg tidak mahu dikenali memutuskan untuk menghantar Bara’a ke London bg rawatan perubatan. ..(klik link untuk fullscreen)


<iframe width="200" height="150" src="http://www.youtube.com/embed/bfogR75WbcQ?rel=0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>


 
Ketika Bara’a sedang dirawat di rumah sakit di London ia ditemubual oleh stesen TV Mesir, yang disebut al-Hafiz TV. Dia diminta untuk membacakan ayat-ayat suci Al Quran utk ditayangkan dlm program khusus untuk membaca Quran.

 
<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/PfFQ1eQFMuk?rel=0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
 
 
Pembacaan gadis cilik itu sgt hebat dan merdu serta sgt menyentuh hati sehingga membuatkan pengacara program tersebut menangis teresak2. Kanser telah menular ke tubuh Bara’a. Dia menderita dan merasai keperitan dr penyakitnya. Bara’a tinggal di hospital dan kdg2 dia pengsan dan koma. Apabila terjaga dia akan terus membaca ayat2 suci Al Quran.
 
Sebuah lagi stesyen TV menemubual Bara’a melalui telefon dan memintanya untuk membaca sajak dan menyanyikan lagu tentang ibu, ayah dan anak-anak yatim. Dia membuatkan berjuta-juta org menangis di dunia Arab saat dia menyanyi ~ (terjemahan )


<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/tHDE8V--KOo?rel=0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
 
 
 
Inilah lagu yg dinyanyikan oleh si cilik Bara’a
 
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan
 
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so who is there for me,
to throw love around me
 
O tear of the Orphan
Tell them so that I may,
Get generous hands
Get generous hands
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan
Tell them the story of the young,
Who have gone to bed without guardian,
O broken tears
O tear of the Orphan
O painful letters
My dear fathers
the speech has frozen in the mouth
And we are left with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
 
 
Hari2 yg berlalu Bara’a terus hidup menderita. Kanser tlh melarat ke kakinya.Doktor memutuskan untuk memotong kakinya dalam usaha untuk menyekat penyebaran barah.Dlm tempoh masa yg sukar ini Baraah terus membaca ayat2 suci Al Quran. Kdg2 dia koma dan apabila terjaga, dia terus membaca (mengaji) utk memberikannya semangat utk terus hidup.
.
Kanser merebak ke otak dan doktor memutuskan untuk melakukan operasi otak untuk menghilangkan sel-sel kanser. Dia baru sahaja meninggal dunia pada 26 Jun 2010..innanillahi wainna ilaihi raaji'un.. Semoga mendapat sesuatu daripada perkongsian ini.
 
Apa yang paling nyata buat kita semua ialah...
benar, KEKUATAN ITU HANYA DARI ALLAH..even when we feel like we live for nothing, we smile for nobody to see, and we cry for nobody to hear...she (Bara'a) found..the reason why she shouldn't give up..because her story, her DYING body, and her amazing voice actually give LIFE for others' hearts...
 
Wallahu'alam.
 
 
 
 
 

01 January 2013

Jauhi Cinta Palsu


 
 

USIA remaja adalah musim cinta berbunga. JadI salah satu fenomena remaja adalah menjadi pencari cinta dan mahu dicintai. Rata-rata kita dapati remaja bercinta, ada yang selamat menaiki bahtera rumah tangga malah ada juga yang karam, tenggelam dan hanyut ditelan arus cinta ganas.
 
Cinta sebenarnya satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Ia juga makhluk tidak bernyawa dan tidak berjisim, tidak berjirim, tidak punya rupa dan fizikal. Tetapi ia ajaib dan berkuasa. Ia menjalar dalam jiwa dan menggetarkan rasa.
 
Cinta dan permasalahannya menjadi perkara serius yang dihadapi umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan golongan remaja menghadapi dilema perasaan yang kronik.

Krisis cinta palsu menyebabkan remaja memusnahkan etika spiritual membunuh solidariti dan menodai sosial hingga ada yang sanggup membunuh serta membunuh diri akibat tekanan perasaan yang sukar dikawal.

Menguruskan cinta satu perkara yang amat sulit, apatah lagi kalau cinta yang didambakan itu bersalut dengan cinta nafsu, sekadar cinta monyet atau cinta sekadar untuk berseronok saja.

Apa lagi kalau cinta yang tidak ada ‘pakej’ ketuhanan dan keredaan Yang Maha Pencinta. Cinta sejati adalah seperti cinta Allah kepada hamba-Nya dan cinta Rasulullah kepada umatnya hingga yang diinginkan Allah daripada hamba-Nya hanyalah kebaikan, kesempurnaan, kemuliaan dengan membenci segala kemungkaran serta kejahatan.

Seorang Muslim tidak mengenal cinta monyet, cinta buta, cinta dusta, cinta palsu dan cinta bodoh. Ia hanya mengenal cinta suci mulia yang penuh kearifan dan kesedaran yang melahirkan cinta kepada Allah serta Rasul-Nya.

Satu ketika, seorang Arab Badwi menghadap Nabi dan bertanyakan perihal datangnya kiamat, lalu beliau balik bertanya: “Apa yang kau persiapkan?” Ia menjawab: “Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.” Beliau menyahut: “Engkau bersama siapa yang kau cintai”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Cinta kerana Allah dan benci kerana Allah menjadi ‘penyaring’ berkenaan baik buruk, sekali gus ukuran dalam mencintai sesuatu. Dengan demikian, cinta yang tulus kerana Allah yang boleh bertahan sementara cinta bermotif lain pasti cepat berubah, bersifat sementara dan membuahkan penyesalan.
 
 
Sedikit panduan kepada mereka yang ingin dan tengah meredah samudera cinta supaya lebih berhati-hati supaya mendapat cinta yang diredhai Allah:
 
  •      Jaga jangan sampai berkhalwat dan berdua-duaan kerana sabda Rasulullah: “Setiap kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, syaitan menjadi orang ketiga. Perlu juga diketahui bahawa khalwat itu bukan pada fizikal saja, tetapi juga pada hati, malah khalwat hati itu lebih terdahulu bermula kerana setiap perbuatan dan perkataan adalah hasil dari ilham hati. Khalwat jasadi (badan) hadir setelah khalwat qalbi (hati).

  •   
  • Jangan saling mengurat dan menggoda dengan bertentang mata nafsu. Bukan tak boleh tengok pasangan tapi merenung yang diikuti dengan nafsu bakal diiringi panahan syaitan.

    Seperti sabda nabi: “Pandangan itu adalah panahan beracun Iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperoleh kemanisan dalam hatinya” (Hadis riwayat at-Tabrani dan al-Hakim).


  • Jaga jangan sampai bersentuhan, tangan dan badan bergesel-gesel nanti menaikkan nafsu syahwat. Besarnya dosa bersentuhan seperti sabda Rasulullah:
    “Jika kepala kamu ditikam dengan besi, itu lebih baik daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal untuk kamu” (Hadis riwayat at Tabrani dan al Baihaqi).


  • Tidak terlalu bebas hingga menjadi pendorong kepada perbuatan zina. Surah al-Israk ayat 32 menyatakan: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”

    Berusaha menutup aurat dan menyembunyikan perhiasan serta dan kecantikan.
    Malah, bertunang juga bukan tiket untuk menghalalkan segalanya dalam perhubungan.

  •  


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...