24 February 2013

ingat meningati ~


 
 
1.Telah bersabda Rasulullah saw, barang siapa menyebut nama Allah sebelum fajar dan sebelum terbit matahari atau sebelum terbenamnya, nescaya Allah malu untuk menyeksanya dengan api neraka.
 
2.Telah bersabda Rasulullah saw, apabila engkau selesai sembahyang subuh, duduklah sehingga matahari terbit. Maka sesungguhnya Allah taala akan menulis pahala haji dan umrah atau pahala memerdekakan hamba atau bersedekah seribu dinar pada jalan Allah.
 
3.Telah bersabda Rasulullah saw, biasakan dirimu berdoa antara azan dan iqamat, sesungguhnya doa itu tidak akan ditolak.
 
4.Telah bersabda Rasulullah saw, hamba yang paling dicintai Allah ialah orang yang sujud sambil berkata dalam sujudnya…’Ya Allah,bahawasanya aku telah menzalimi diriku, maka Kau ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada apa yang mengampuni dosa melainkan Engkau.
 
5.Telah bersabda Rasulullah saw, sembahyanglah Engkau di tengah malam walau sekadar memerah susu kambing. Sesungguhnya orang yang bersembahnyang di tengah malam itu adalah secantik-cantik manusia mukanya.
 
6.Telah bersabda Rasulullah saw, sesungguhnya para malaikat akan memohon keampunan bagi manusia selagi dia berada dalam kesucian dan tidak berhadas.
 
7.Telah bersabda Rasulullah saw, lazimkanlah diri dengan sembahyang secara berjemaah kerana disisi Allah adalah seperti jalan mu mengerjakan haji dan umrah. Dan tidak ada yang bersungguh-sungguh menunaikan sembahyang jemaah melainkan orang mukmin yang dicintai oleh Allah swt.
 
8.Telah bersabda Rasulullah saw, berangsiapa yang Allah berikan nikmat kepadanya, dia bersyukur dan Allah beri dugaan, dia bersabar dan jika dia berbuat jahat dia memohon ampun,nescaya bolehlah dia masuk syurga dari pintu mana yang dikehendaki.
 
9.Telah bersabda Rasulullah saw,berangsiapa yang membaca surah At-Thaariq pada waktu malam sebelum tidur, nescaya dituliskan baginya sebanyak bilangan bintang di langit menjadi kebajikan.
 
10.Telah bersabda Rasulullah saw,berilah salam kepada orang yang engkau jumpai daripada kaum muslimin, nescaya Allah tuliskan bagi mu 20 kebajikan dan jika menyambut salam, maka Allah akan tuliskan 4o kebajikan.
 
Sumber : Muslim Diary


 
 
 
 
 

22 February 2013

hudud episod 2~ sebat !!




hurm... entry lepas slimut dah post pasal hukum hudud.... best plak bile bace pasal hukum hudud ni..that why la slimut ade kan kesinambungannya.. sekadar pengetahuan dan perkongsian buat sahabat2 juga,,,
 
 


1. Kedudukan Pesalah Zina Semasa Disebat
Jika pesalah itu lelaki maka menurut Imam Abu Hanifah, Imam As-Shafie dan Imam Ahmad, maka dia hendaklah disebat dalam keadaan berdiri.
 
Sebaliknya jika dia seorang perempuan maka dia hendaklah disebat dalam keadaan duduk untuk mengawal auratnya daripada terdedah.
 
2. Keadaan Pakaian
Menurut Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pesalah lelaki hendaklah menanggalkan pakaiannya kecuali yang menutup auratnya. Tetapi Imam Shafie dan Imam Ahmad berpendapat hendaklah pesalah lelaki dibiarkan memakai pakaian kecuali pakaian yang tebal.
 
Tetapi jika pesalah itu seorang perempuan maka pakainnnya tidak boleh dilucutkan kerana mendedahkan aurat bagi kaum wanita itu adalah haram.
 
 
3. Alat Yang Digunakan
Berdasarkan kepada amalan masyarakat Islam terawal, biasanya pesalah akan disebat dengan cemeti (al-saut) Penggunaan cemeti adalah terikat kepada beberapa syarat iaitu cmeti adalah seutas sahaja tanpa terdapat pecah-pecahannya.
Jika ia mempunyai dua pecahan maka sekali sebat dikira sebagai dua kali sebat.
Begitulah jika ia mempunyai banyak pecahannya, setiap pecahannya adalah menyamai sekali sebat.
 
 
4. Cara Menyebat
Kaedah sebat menurut undang-undang Sivil yang zalim... Adalah disyaratkan agar tukang sebat tidak meluruskan tangannya ketika menyebat pesalah, dan tidak boleh mengangkat tinggi sehingga terdedah semua bahagian ketiaknya dan dia dikehendaki segera mengangkat cemeti apabila sudah mengenai badan pesalah.
 
 
5.Bahagian Badan Yang Disebat
Tukang sebat hendaklah mengagihkan sebatannya ke seluruh badan pesalah yang meliputu dua bahunya, dua lengan dan tangannya, dua betis dan juga dua kaki. Imam Malik berpendapat bahagian badan yang disebat ialah di belakang badan pesalah dan bahagian-bahagian yang berhampiran dengannya. Tidak boleh menyebat di semua anggota yang merbahaya seperti muka, kepala, dada, perut dan kesemua anggota kemaluan dan kelahiran.
 
 
6.Tempat Perlaksanaan
Para ulama tidak berselisih pendapat dalam menentukan tempat yang terbuka ketika pelaksanaan hukuman sebat dijalankan. Kerana tujuan perlaksanaannya adalah untuk menakutkan orang ramai. Cuma terdapat larangan menggunakan masjid sebagai tempat pelaksanaan hukuman berdasarkan hadis rasulullah saw, لا تقام الحدود فى الساجد ولا يقتل بالولد الوالد
Maksudnya : Janganlah dilaksanakan hukuman hudud di dalam masjid-masjid dan janganlah dibunuh seorang bapa kerana membunuh anaknya. Ulama Mazhab Maliki dan Shafie berkata adalah sunat dihadiri oleh sekumpulan orang dan sekurang-kurangnya bilangan mereka sebanyak 4 orang. Wallahulam.
 
Rujukan,
1. Undang-Undang Jenayah Islam – Dr. Mat Saat Abd Rahman
2. Jinayah Dalam Islam – Dr. Mahfodz Mohammad
 
 
 
 

18 February 2013

Keampunan penjenayah terjamin jika hukum Allah dilaksanakan...




Kemuliaan mayat yang direjam... Biarpun mereka dihukum mati, namun di sisi Allah mereka adalah sebaik-baik manusia kerana rela mengorbankan diri dalam mematuhi perintah Allah SWT.
 
Di zaman Rasulullah saw ketika baginda melaksanakan hukuman rejam ke atas Salma Al-Ghamidiah , darah dari badan Salma terpercik lalu mengenai baju Khalid Al-Walid, menyebabkan Khalid marah dan mencacinya.
 
 Mendengar cacian Khalid, Rasulullah saw bersabda, “Jangan terlalu menghinanya kerana ia sedang menjalani hukuman Allah ” Di sampuk oleh Saidina Omar Al-Khattab, “Ya Rasulullah ! adakah tuan hamba akan menyembahyangkan jenazahnya ?” Rasulullah saw menjawab, “Jika aku bandingkan kebajikannya dengan tujuh puluh perempuan (beriman) di Madinah ini, maka luas lagi (amal) kebajikannya.
 
Tidakkah kamu mengetahui sebaik-baik manusia di sisi Allah ialah orang yang sanggup mengorbankan dirinya kepada Allah ” Dengan penjelasan Rasulullah saw itu, nyatalah hukuman Allah jika dijalankan bererti keampunan ke atas penjenayah itu terjamin dan itulah sebaik-baik yang kita kehendaki. Wallahualam.
 
 
 
 

15 February 2013

cintaku pada Allah belumpun sempurna ~

 
Belum ada teman hidup ? Belum ada pakwe? belum ade makwe ?? usah dikau risaukan...Tidak mengapa.. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya maka jauhlah perjalanan kita. .. rencana Allah tak siapa yang tahu... 
 
Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 24 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 42 tahun sekalipun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah kita gunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita itu dalam doa2 selepas sembahyang. Allah Maha Mendengar.sesungguhnya manusia itu dciptakan berpasang-pasangan dan zuriat itu tetap perlu diteruskan..
 
terlalu memilih pasangan ? YA .. itulah yg sebaik-baiknya.. kita harus memilih pasangan hidup kita dan bukan membabi buta menerima pelawaan untuk berkasih sayang ... hal ini kerana pasangan yang dipilih itu bukan untuk sehari dua atau setahun dua untuk hidup bersama..tetapi sebagai teman hidup untuk sampai ke syurga ..... TETAPI harus diingat ... bukan bererti memilih berdasarkan paras rupa... harta kekayaan ..nafsu ....tetapi pilihan biarlah atas dasar hati yang nurani .. memilih insan yang benar-benar boleh menerima segala kelebihan kita  dan dapat mengisi segala kekurangan yang ada pada diri kita....
 
 
 
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
 
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih hutang kereta tersebut sehinggakan perlu mengikat perut sendiri malah orang lain bukan setakat boleh makan mewah tetapi boleh lagi belanja rakan2..
 
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. kita  pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.? Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya ,tak perlu menadah lagi hujan. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
 
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata ~
 
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
 
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
 
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
 
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun kita perlu juga membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. 
 
Ya . .. slimut percaya pada qada dan qadar Allah swt ... kita tidak perlu menyemai rasa cinta dalam hati ini terhadap manusia jika cinta kita pada Allah belumpun sempurna ... tetapi Allah maha besar .. Dia akan menghadirkan perasaan itu apabila Dia telah menemukan kita dengan seorang insan yang boleh membantu diri ini untuk menyempurnkan cinta kita padaNya .. perasaan yang datang dengan tiba-tiba ... perasaan yang datang tanpa diundang ...  mungkin itulah perasaan cinta kurniaan Ilahi untuk hambaNya ..
 
.. “Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”
 
 
 
 
 

10 February 2013

sabar demi amanah Allah ~



 
 
Pada zaman khalifah al-Manshur, salah seorang menterinya al-Ashmu'i, melakukan perburuan. karena terlalu asyik mengejar haiwan buruan, ia terpisah dari kelompoknya dan tersesat di tengah padang sahara.
 
ketika rasa haus mulai mencekiknya, dikejauhan ia melihat sebuah kemah. terasing dan sendirian. ia memacu kudanya ke arah sana dan bertemu dengan penghuni yg memukau, wanita muda dan jelita. ia meminta air.
 
wanita itu berkata, "ada air sedikit, tetapi aku persiapkan hanya untuk suamiku. ada sisa minumanku, kalau engkau mau ambillah". tiba-tiba wanita itu tampak cemas . ia memandang kepulan debu dari kejauhan. "suamiku datang" katanya.
 
wanita itu kemudian menyiapkan air minum. lelaki yg datang itu lebih mudah disebut "bekas manusia". seorang tua yg jelek menakutkan. mulutnya tidak henti-hentinya menghardik istrinya. tapi tidak satupun perkataan keluar dari mulut wanita itu ketika diherdik si suami.
 
Namun ia tetap membersihkan kaki suaminya, menyerahkan minuman dg khidmat, dan menuntunnya dengan mesra masuk ke kemah. sebelum pergi , al-Ashmu'i bertanya, "engkau muda, cantik dan setia. kombinasi yg jarang sekali terjadi. mengapa engkau korbankan dirimu untuk melayani lelaki tua yg berakhlak buruk?"
 
Jawapan perempuan itu mengejutkan al-Ashmu'i, "Rosulullah saw bersabda : 'Agama itu terdiri dari dua bagian, syukur dan sabar'. Aku bersyukur karena ALLAH telah menganugerahkan kepadaku usia muda, kecantikan, dan perlindungan. Ia membimbingku untuk berakhlak baik. aku telah melaksanakan setengah agamaku. karena itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan setengahnya lagi, yakni bersabar".
 
 
subhanallah..hebat kan ~
 
 

08 February 2013

Hampir tergadai iman kerana 20 sen

 
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

 
 
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut. "Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur." Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam.

 Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam." Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabat slimut sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akn menganggap kita sebagai tingkap untk melihat ke dalam dunia Islam. Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.



 

07 February 2013

Rahsia disebalik HARI ~ ahad-khamis ;=)





Jumaat
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari Jumaat adalah antara hari yang mustajab doa (doa mudah dimakbulkan). Dikatakan juga Hari Jumat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.
 
Sabtu
Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.
 
Ahad
Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.
 
Isnin
Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.
 
Selasa
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.
 
Rabu
Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir’aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum ‘Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.
 
Khamis
Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.
 
 
 
 

06 February 2013

kenapa KUACI sedap rasanye ~~


Mesti ramai di antara kita yg suka makan kuaci kan ? Ape yg menyebabkan kuaci ni sedap ? sebabnya..org duk pijak2 ngn kaki camtu je ...hehe... nasib baik la slimut ni jenis yg xsuka sangat makan benda2 mcm ni....
 
 
 
 


 

 

 

 

 
 
 
 
 
 

05 February 2013

kisah benar :: cinta bukan kerana nafsu ~


Satu kisah cinta baru-baru ini keluar dari China dan langsung menyentuh seisi dunia. Kisah ini adalah kisah seorang laki-laki dan seorang wanita yang lebih tua, yang melarikan diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi dalam kedamaian selama setengah abad.


 
Laki-laki China berusia 70 tahun yang telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya (hand carved) untuk isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam goa yang selama 50 tahun terakhir menjadi tempat tinggalnya. 50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin ....

      

Seperti pada kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, teman-teman dan kerabat mereka mencela hubungan mereka karena perbedaan usia di antara mereka dan kenyataan bahwa Xu sudah punya beberapa anak.. Pada waktu itu tidak bisa diterima dan dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua.....Untuk menghindari gossip murahaan dan celaan dari lingkungannya, pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah goa di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing.
 
 
Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan karena tidak punya apa-apa, tidak ada listrik atau pun makanan. Mereka harus makan rumput-rumputan dan akar-akaran yang mereka temukan di gunung itu. Dan Liu membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka. Xu selalu merasa bahwa ia telah mengikat Liu dan ia berulang-kali bertanya,"Apakah kau menyesal?" Liu selalu menjawab, "Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik".
 
Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterimya dapat turun gunung dengan mudah. Dan ini berlangsung terus selama 50 tahun. Setengah abad kemudian, di tahun 2001, sekelompok pengembara (adventurers) melakukan explorasi ke hutan itu.

 
Mereka terheran-heran menemukan pasangan usia lanjut itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu. Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka mengatakan, "Orang tuaku sangat saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menyukakan hati ibuku, walau pun ia tidak terlalu sering turun gunung.



Pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun. Suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pingsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Karena sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya.

 

"Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai aku meninggal, sekarang kau telah mendahuluikun, bagaimana akan dapat hidup tanpamu?" Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba peti jenasah suaminya dan dengan air mata yang membasahi pipinya. Pada tahun 2006 kisah ini menjadi salah satu dari 10 kisah cinta yang terkenal di China, yang dikumpulkan oleh majalah Chinese Women Weekly. Pemerintah telah memutuskan untuk melestarikan "anak tangga cinta" itu, dan tempat kediaman mereka telah dijadikan musium agar kisah cinta ini dapat hidup terus.


01 February 2013

Ku ada kamu YA ROBBI ~~







Apabila diri semakin banyak melakukan perubahan ke arah kebaikan,
maka semakin banyaklah juga ujian yg datang mencurah-curah
menduga hati dan jiwa ini . Aku seharusnya tidak perlu bersedih,
ujian dan dugaan itu sebenarnya petanda diri ini disayangiNya.
Aku mesti sentiasa ukirkan senyuman dan terus bersabar ...
 
Ya Robbi...
betapa banyaknya rahmat dan nikmat yang telah engkau berikan
 pada hambamu ini, hamba benar-benar bersyukur padamu
Ya Allah kerana tanpa UJIAN yang melanda diri ini ,
aku tak akan pernah kenal erti kesilapan, aku tak akan
 kenal NIKMATNYA susah senang dan aku tak akan
berusaha menjadi manusia yang lebih baik .
 
 
Selalu saja dari hari-kehari engkau melipahkan rahmatMu.
Terima kasih Ya Allah... Berbekalkan iman yang tak dapat diwarisi ini
 ...Aku takut ya Allah diantara rahmat yang engkau berikan,
engkau memberikan cubaan yang mana aku tak daya dan tak
 kuat untuk menghadapinya dan aku akan berpaling darimu ...
semoga Engkau terus memberikan aku kekuatan Ya Allah Ya Rabbi....
 
Ya Robbi...
Kadang-kadang hati ini ragu dalam mengambil keputusan, aku mohon
 diarahkan hati ini biar tetap berada dalam pelukan cintamu..
Ya Rabb, langkahkan kaki ini ketempat-tempat yang benar-benar
engkau Redhai. Mudahkan langkahku dalam menempuh cita-cita ini,
sehingga tepat selesai pada waktunya. Jangan ada lagi keraguan
yang menyesak didada ini, jangan bosan memberi
pertolonganMU ya Allah..
 
Ya Robbi ...
engkau Redhailah aku dalam berbakti pada mereka yang telah
membesarkan aku dan pada mereka yang banyak berkorban untuk
 aku tanpa pernah mengungkit.. tanpa pernah merasa jemu ..
.dan tanpa pernah berputus asa..
engkau berkatilah mereka Ya Allah ...
engkau lapangkanlah rezeki mereka Ya Allah ....
dan engkau bahagiakanlah seluruh kehidupan mereka
dengan keberkatan mu dan keredhaanmu Ya Allah..
aku bersyukur kerana engkau hadirkan mereka dalam hidupku ..
sesungguhnya akulah insan yg paling bertuah dalam dunia ini...
Allahuakbar... alhamdulillah Ya Allah...
 
 
 
 
 
 
 

Wanita Pelik Ketagih Makan Bulu Kucing -




Wanita Pelik Ketagih Makan Bulu Kucing!


Detroit : Apabila menyentuh mengenai tabiat pelik, seorang wanita, Lisa, 43, dari Detroit, Michigan tidak dinafikan memang seorang yang aneh. Dia mengakui gemar memakan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing sehari.
 
Dia sudah memakan lebih 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula sejak 15 tahun lalu. “Saya ketagih makan bulu kucing,” katanya dalam musim baru program TLC My Strange Addiction. Kisah Lisa adalah satu daripada banyak siri yang sangat pelik dalam musim keempat rancangan popular itu yang akan mula ditayangkan pada 13 Februari depan.
 
Lisa menyediakan pilihan snek aneh itu dengan mengumpulkan bulu kucing dari sekitar apartmen tempat tinggalnya termasuk di lantai dan di belakang sofa, tetapi mengatakan “bulu paling sedap ialah daripada tubuh kucing itu sendiri.” Dia memanjakan haiwan peliharaannya itu dengan lidahnya seperti ibu kucing memanjakan anaknya serta menjelaskan dia tidak menjilat punggung atau celah kuku kaki haiwan itu.
 
Lisa mula menjamah hidangan bulu kucing sebagai cara untuk lebih dekat dengan haiwan peliharaannya itu dan menggelarnya ‘ikatan mesra’. Dia juga berkata bulu kucing amat menenangkan. Sementara kebanyakan daripada kita tidak boleh menerima walaupun seurat bulu anjing, Lisa ketagih ingin menikmati bulu kucing setiap dua jam.
 
Dia juga menjelaskan proses ketika mengulum bebola bulu kucing seperti sedang mengulum gula-gula getah. “Saya akan mencuitnya sedikit dan memasukkan ke dalam mulut. Saya kunyahnya sebentar, mengeluarkannya semula dan memasukkan kembali ke dalam mulut,” katanya
 
sumber :webberita
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...