16 March 2013

kehebatan matematik !!





1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
 12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
 1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

 9 x 9 + 7 = 88
 98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
 98765 x 9 + 3 = 888888
 987654 x 9 + 2 = 8888888
 9876543 x 9 + 1 = 88888888
  98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it? And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
 1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
 111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
  11111111 x 11111111 = 123456787654321
  111111111 x 111111111= 12345678987654321



skan meh kite tengok plak yang ni .. 101%
From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%? We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?
What equals 100% in life?
Here's a little mathematical formula that might help answer these questions:
If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z  Is represented as: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If: H-A-R-D-W-O- R-K 8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E- D-G-E 11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But: A-T-T-I-T-U- D-E 1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E-O-F- G-O-D 12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that: While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It's the Love of God that will put you over the top! It's up to you if you share this with your friends & loved ones just the way I did.





08 March 2013

kisah di sebalik "tak ada apa-apa"

 
 
 

Kisah Di Sebalik Ungkapan “Tak ada apa-apa” Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga!
 
Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. “Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,”katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri.
 
Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu. Saya pohon padanya, “Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?” Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini.” Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,”Tak ada apa-apa”. Saya masih tidak puas hati lagi.
 
Malam itu saya munajat denganTuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengahadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berhat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, “Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sbari tahu sabri ada buat salah, tapi mam tak nak bagitau.” Airmata sudah membasahi pipi. Tak ada apa-apa?”Tingkah mama semula.
 
Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. “Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesakali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-seddu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang.”
 
 
Saya terkedu. Mama menyambung, “Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?”
 
Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa.” Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, “Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri kan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!” Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama.
 
Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang.” Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.
 
Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalamn saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.
 
Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya.” Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon.”Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya.” Suara ellaki itu seakan sebak.
 
Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selam ini. “Syukur kamu dah insaf. Selam hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, taapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung.
 
Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata ‘órang tua bodoh. Tak ada otak’” Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Mak gosok dan lipat.
 
Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, “Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!” Akhirnya dosa si anak diampunkan.
 
Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan ‘tak ada apa-apa’ dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan ‘apa-apa’ yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.”… dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa.
 
 Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya.” An-Nisa’:36
 
 
Buat yang masih mempunyai ibu ...
Selama ini, adakah kita pernah berkasar bahasa dengan ibu, ummi, mama, mum atau mak kita??? Pernah tak kita melawan cakap mak kita?? Pernah atau tidak kita meninggikan suara dengan ibu kita?? Ada atau tidak kelakukan, perangai, tingkah laku kita sehingga menyebabkan air mata ibu kita mengalir?? Wahai sahabat semua, ingatlah bahawa “REDHA ALLAH ke atas kita adalah terletak pada REDHA IBU BAPA kita kepada kita“.
 
Kalau mak ayah kita terasa hati, kecewa dan tidak redha dengan kita, bagaimana mungkin kita boleh selamat di akhirat nanti? Jangan kata akhirat, di dunia ini lagi hidup kita tidak akan mendapat keberkatan. Jadi, marilah kita sama-sama menginsafi diri. Kalau kita ada buat salah, bersikap kurang ajar atau menyakiti hati orang tua kita, bersegeralah memohon ampun maaf dari mereka selagi hayat mereka masih dikandung badan. Marilah kita ubah sikap, tingkah laku dan perangai buruk kita mulai dari sekarang. Marilah kita berusaha untuk menjadi anak yang soleh, menghormati, dan beradab sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa kita. Sentiasa lah patuh pada mereka, merendah diri dan melayani mereka dengan sebaik mungkin.
 
Semoga kita akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Kepada yang sudah kehilangan ibu dan ayah, panjatkanlah doa buat mereka. Minta pada Allah supaya mengampunkan dosa dan merahmati mereka. Sesungguhnya doa anak-anak yang soleh, akan diterima oleh Allah sebagai amalan soleh dan pahala bagi amalan ini dapat membantu ibu bapa kita di alam sana insyaAllah.
 
 
 
 

04 March 2013

rahsia yg baru terbongkar knapa portugis tak jajah negeri2 utara ~



Fakta...
 
Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini…..
 
1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera...
 
1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana
 
Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa…
 
1512: Setahun 12 bulan kemudian
Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,…
 
Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .
 
Seminggu selepas FEB 1512,
Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah.
 
Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinangyang mempunyai beribu ribu hang..
 
Perisik 3: Betoi tu tuan…antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah dulu bapak hang,mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana…..
 
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri……ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.
 
 
 
 
 
 
 

01 March 2013

Ku bangkit kerna-MU


Assalamualaikum ~ ...
ahamdulillah .. pejam celik pejam celik...kita semua dah hmpir masuk bulan ke-3 dah untuk tahun 2013...tahun 2013 ini banyak hikmah dah rahmat Allah turunkan...terima kasih Ya Allah... syukur Alhamdulillah...tidak putus-putus rezeki Allah kurniakan pada keluarga..pada atuk..pada diri slimut juga inilah kebesaran Allah yang direncanakan tanpa pengetahuan sesiapa pun...
 
mungkin inilah juga berkat dari kesabaran kerana bersabar dengan setiap dugaan .. bersabar dengan karenah-karenah manusia disekeliling yang menjadikan harta ,duit dan kekayaan sebagai panduan hidup mereka sehingga sanggup menganiaya orang lain..
 
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar.. maha megetahui ..dan juga maha pengampun buat yang sedia bertaubat...Terima Kasih Ya Allah... terasa diri ini adalah insan yang paling bertuah
di bumimu Ya Allah...  Allahuakbar....
 
malam ini adalah malam terakhir untuk aku berkhidmat kepada insan yang paling aku sayang  dalam hidup aku...insan yang telah bnyak berjasa pada aku..insan yangsabar dengan segala karenah aku .... dan yang paling penting insan yang menerima segala kekurangan dan kelebihan aku untuk selama2nya.... itulah pengorbanan seorang atuk untuk cucunya....
 
Ya Allah Ya Rabbi.... engkau panjangkanlah umur atukku...kau pulihkanlah kesihatannya ... dan kau panjangkanlah umurku supaya masih ada banyak kesempatan untuk aku berkhidmat padanya....mungkin engkau pisahkan kami untuk seketika ini kerana Engkau ingin memberikan aku ruang untuk aku mencari jalan hidupku sendiri tanpa bergantung pada sesiapa.... dan supaya aku lebih bersedia untuk menghadapi segala dugaan yang mendatang .... Allahuakbar....
 
Ya Allah ... aku mohonkan supaya Engkau tidak memisahkan aku untuk selama-lamanya dengan insan-insan yang aku sayang di saat aku belum lagi bersedia untuk menerimanya .... Ya Allah... akulah selemah-lemah insan yang tiada daya untuk menghalang segala apa yang berlaku disekeliling dan hanya Engkaulah Ya Allah tempat aku bermohon segala perlindungan.... Amin Ya Rabbal Alamin....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...