18 June 2013

Mari kita blajor keyboard shortcuts !!



semua orang tahu camaner nak guna laptop..PC ... ... tapi tak semua yang tahu camaner nak guna shortcuts kat keyboardd tuu untuk memudahkan kerja n menjimatkan mase...so... lets together we learn on how to use keyboard shortcut.... hehehe....






Keyboard Shorcuts (Microsoft Windows)


 1. CTRL+C (Copy)

 2. CTRL+X (Cut)

 3. CTRL+V (Paste)

 4. CTRL+Z (Undo)

 5. DELETE (Delete)

 6. CTRL+A (Select all) 

 7. F2 key (Rename the selected item)

 8. F3 key (Search for a file or a folder)

 9. CTRL+ESC (Display the Start menu)

10. ALT+TAB (Switch between the open items)

11. CTRL while dragging an item (Copy the selected item)

12. ALT+ENTER (View the properties for the selected item)

13. ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)

14. ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)

15. ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)

16. CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)

17. CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)

18. CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)

19. CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)

20. CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)










15 June 2013

hadoiiii !! harga tiket bas naik plak dah 30 %




 
 
hohohoho....terbaik dari ladang ~~~~ harga tiket bas naik 30 % ??? yuhuuuuu
suke nyerr .... disaat harga kereta turun ... benda alah lain la plak yg naik .....
nasib kau lah slimutputis ..padan muka... sape suruh tak beli kete ... kuikuikui ......
okay..malas nak komen banyak ... kalau ikut ape yang terbuku dihati pasal ni..
memang 5-6 page post pun x habes lagi ....
redha aje......
 
 
 
 
♫♪♪♪♪  aku orang kecil..kau orang besar...
kau ibarat gajah..aku hanya semut merah.... ♫♪♪♪♪
ohoiiiiii ~ hehe
 
 
 



 
 
 
 
 
 

13 June 2013

Doa-Doa penyembuh sakit pada anggota badan

 
 
 
 
 
 
Doa merawat sakit-sakit tubuh
 
   letakkan tangan di tempat yg sakit ..kemudian baca bismillah 3x  dan baca doa ini 7x ----
Maksudnya
"aku berlindung dengan Allah dan kekusaaNya dari kejahatan yg
aku dapati dan yang aku takuti"
 
        
 
 
 
 
Doa merawat sakit perut
 
Baca 3x pada air dan minum air tersebut
Maksudnya
" ia menghalang dengan tiada sebab,demikian juga ia tiada dipenatkan dengannya"
 
  
 
 
 
Doa memulihkan penglihatan
 
Maksudnya
"Ya Allah ,aku memohon dan menghadap kepadaMu bersamu nabiMu ,
Nabi rahmat saw ,Ya Muhammad sesungguhnya aku mengadap bersamamu
 kepada Tuhanku kerana hajatku ini semoga dikabulkanNya untukku .
Ya Allah sembuhkanlah daku "
 
 
 
 
 
Doa mengubati sakit gigi
 
Maksudnya
"katakanlah (wahai Muhammad) : "Allah yang menciptakan kamu
(dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan
penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur,tetapi) amatlah sedikit
kamu bersyukur ". 
 
 
 
 
 
Doa menghentikan pendarahan
 
jika luka dan darah mengalir tanpa henti ,tekan tempat tersebut sambil baca surah ni..
 
Maksudnya
"binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab ,dan binasalah ia bersama .
hartanya dan segala yg diusahakannya ,tidak dpat menolongnya.
Ia akan menderita  bakaran api neraka yang marak menjulang.
Dan juga isterinya seorang perempuan pemunggah kayu api .
Di lehernya sejenis tali dari tali-tali yg dipintal .
 
 
 
 
 
 
Doa merawat sakit kepala
 
baca ayat 19 dari suah Al-waqiah ini untuk mereka yang sellau skait kepala .
 
Maksudnya
"mereka tidakbersa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya"
 
 
 

 
 


12 June 2013

SUBHANALLAH !!! Blogger cantik singapura "bertukar" wajah ~



Subhanallah .... apa yang terjadi mungkin boleh dijadikan iktibar untuk diri slimut dan sahabat-sahabat perempuan di luar sana yang mana mungkin masih tidak bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan ... Cantik ... Hodoh .. itu semua sekadar pandangan luaran ... namun pada Allah swt .. tiada istilah cantik dan hodoh ..semuanya sama rata sahaja dan apa yang membezakan hanyalah amal ibadat ....
 
sangat mengerikan apabila melihat gadis cantik ini tiba-tiba bertukar wajah setelah mengalami masalah alahan kulit selepas mencuba  produk yang didapatkannya melalui penaja secara "online" .. untuk pengetahuan semua .. gadis yang bernama BUn BUn  merupakan seorang blogger blog kecantikan dari singapura ....
 
sangat menakutkan melihat wajah gadis ini sehinggakan kita yang melihat gambar saja pun mula rasa-rasa macam gatal-gatal  pada wajah kita sendiri .. bayangkab bagaimana dia menghadapi hari-harinya ....




My-Skin-Ravaged-Allergic-Reaction-After-Facial-Experience_BEFORE-facial
gambar asal sebelum guna produk


Juli five days after the facial

My-Skin-Ravaged-Allergic-Reaction-After-Facial-Experience_day-5-night_2
 
 
My-Skin-Ravaged-Allergic-Reaction-After-Facial-Experience_day-5-night_1



My-Skin-Ravaged-Allergic-Reaction-After-Facial-Experience_day-1-after-facial_COVER-2
 
 
 
 
untuk mengetahui sendiri dengan lebih lanjut ..bolehlah sahabat2 semua layari sendiri
blog gadis ini yang mana segala pengalamannya boleh dijadikan iktibar untuk kita...
 
 
 





10 June 2013

Kelebihan bulan Sya'aban dan keistimewaanya ~~




Alhamdulillah ... harini kita dah menjengah masuk dalam bulan Syaaban ... syukur ke hadrat Illahi kerana diberi kesempatan ini dan diharapkan kita sama-sama dapat melalui Syaaban ini sebaik2nya sebelum ke Bulan Ramadhan ... ayuhh.. slimut nak ajak sahabat2 semua untuk kita sama2 menghayati apa yang boleh kita lakukan pada bulan Syaaban ini ....
 


 
 
Pengertian Sya’aban:
 
Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya. Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
 
Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.
 
 
Sabda Nabi s.a.w. :
  •  Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
  • Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s.
  • Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan terlepas daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
  • Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
  • Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).  
  • Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, 
  • Allah Ta’ala membukakan pada bulan  Sya’aban tiga ratus pintu rahmat.
  • Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.
 
************* SELAMAT BERPUASA DI BULAN SYAABAN ******************
 
 
 
 

08 June 2013

Apabila kamu berada dalam suatu JAMAAH








Wahai anakku,
Apabila kamu berada dalam sesuatu jamaah, ikutlah apa yang diputuskan oleh jamaah dan kepimpinannya kerana di situ ada keberkatannya. Redha Allah bersama jamaah. Janganlah kamu merasa hebat terhadap pandanganmu sendiri atau pandangan yang berbeza dengan keputusan jamaah, kerana engkau telah mencabut keberkatannya untuk dirimu dan mengundang kemurkaan Allah.
 
 
Wahai anakku,
Andainya engkau kecewa kerana pandanganmu tidak dihargai atau ditolak oleh jamaah, sedarlah bahawa syaitan telah menguasai perasaan dan fikiranmu. Ia berusaha agar engkau bersedih, marah dan kecewa. Syaitan akan terus menghasutmu untuk memecah-belah jamaah melalui lidah dan tanganmu. Awasilah.
 
 
Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu menjadi punca yang menghancurkan keputusan jamaah.
 
 
Wahai anakku,
Awasilah golongan yang kecewa kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah. Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini.
 
 
Wahai anakku,
Musuh ingin melihat perpecahan di kalangan kita dengan menimbulkan buruk sangka dan hilangnya hormat antara satu sama lain. Mereka gembira apabila kita hilang adab dalam memberi pandangan. Di kala itu segala pandangan baik tidak lagi menjadi kebaikan. Kerana kebaikan hanya akan lahir bila kamu berkasih sayang serta hormat yang tinggi pada seseorang. Bilamana hilang hormatmu pada mereka, maka hilanglah hormat mereka kepadamu.
 
 
Wahai anakku,
Kalau kamu dibenci kerana kamu membenci dan kalau kamu mengasihi kamu akan dikasihi. Janganlah engkau melampau dalam kasih sayang kepada seseorang melebihi apa yang diizinkan Allah. Kerana terlampau kasih dan sayang akan cepat mengundang rasa kecewa. Bersederhanalah dalam segala tindakan, kerana engkau akan lebih tenang dalam pandangan penghormatan.
 
 
 
sumber :: harakahdaily
 
 
 
 
 
 
 

06 June 2013

Allah dah bagi 99 rezeki tu ... Alhamdulillah.......syukur



 

Allah tutup satu pintu rezeki kita , tapi ada 99 lagi pintu rezeki yang Allah bukakan untuk kita ... cuma bezanya lambat @ cepat saja kita akan masuk pintu2 tersebut.....
 
Alhamdulillah ... inilah kata-kata hikmaah yang slimut tanamkan dalam diri slimut pada awal 2013 ... memandangkan ramai yang bertanya soal kerja .. tak kurang juga ada yang mnyindir sebab ade degree tapi tak kerja-kerja lagi .... slimut cuba tepiskan semua kata-kata keramat tu dengan selalu ingat bahawa Allah itu maha adil .. Allah itu maha berkuasa .. DIA yang mengaturkan segala2nya ... . dan hanya Dia sahaja yang tahu bila diri slimut ini bersedia untuk menjejakkan kaki ke alam pekerjaan ....
 
interview kesana kemari tak henti ..wang berkepuk2 habes .... berjanggut menunggu jawapan .. ade yang makan mase 2 minggu .. 1 bulan.. 2 bulan dan lebeh dari itu pun ade .. . walaubagaimana sekalipun.., syukur Alhamdulillah Allah tak pernah hadirkan rasa kecewa dan putus asa dalam diri ini walaupun toleh kanan ..toleh kiri...semua kawan2 kerja best2 je .. dan sekelumit pun perasaan dengki tu tak ada dalam jiwa ini... ...
 
kadang2 slimut sendiri pun hairan dengan diri ini ...kenapa aku tak jealous ngn member2 yang dah kerja best2? kenapa aku tak rasa tercabar ngn diorang2 smua? kenapa aku sikit pun takde perasaan nak cepat2 kerja ?? rupa2nya ...kini baru slimut tahu .. selama ini Allah sedang merencana laluan hidup yang terbaik untuk slimut ... terima kasih Ya Allah... ku bersyukur padamu ... Alhamdulillah ... sekarang tawaran-tawaran yang datang tepat pada masanya ... disaat slimut dah betul2 bersedia untuk masuk ke alam pekerjaan ...
 
terima kasih diatas pemberiaanMu ya Allah .. sesungguhnya setiap apa yang aku lakukan di dunia ini adalah kerana Mu YaAllah ... lenaku .. makanku... kerjaku ... hanya kerana Mu ... setiap langkah kaki ini adalah kerana-Mu Allah swt ...
 
Ya Allah ..ku mohonkan semoga Engkau permudahkanlah segala urusan baru ku ini .. Engkau jauhilah aku dari segala perkara-perkara yang tak diingini disaat aku pergi dan pulang dari tempat kerja .... Engkau lindungilah aku daripada segala perbuatan-perbuatan khianat manusia .. Engkau hindarilah aku dari gangguan2 makhluk lain... Engkau kuatkanlah semangat aku ...Engkau tetapkan iman aku dan Engkau tetapkanlah pendirian aku untuk terus memberikan khidmat aku disini seandainya inilah yang terbaik untuk aku ......  Aaamin Ya Rabbal Alamin.....
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...