USIA remaja adalah musim cinta berbunga. JadI salah satu fenomena remaja
adalah menjadi pencari cinta dan mahu dicintai. Rata-rata kita dapati remaja bercinta, ada yang selamat menaiki bahtera rumah
tangga malah ada juga yang karam, tenggelam dan hanyut ditelan arus cinta ganas.
Cinta sebenarnya satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Ia juga
makhluk tidak bernyawa dan tidak berjisim, tidak berjirim, tidak punya rupa dan
fizikal. Tetapi ia ajaib dan berkuasa. Ia menjalar dalam jiwa dan
menggetarkan rasa.
Cinta dan permasalahannya menjadi perkara serius yang dihadapi umat Islam
hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan
golongan remaja menghadapi dilema perasaan yang kronik.
Krisis cinta
palsu menyebabkan remaja memusnahkan etika spiritual membunuh solidariti dan menodai sosial hingga ada yang sanggup membunuh serta membunuh diri akibat
tekanan perasaan yang sukar dikawal.
Menguruskan cinta satu perkara yang
amat sulit, apatah lagi kalau cinta yang didambakan itu bersalut dengan cinta
nafsu, sekadar cinta monyet atau cinta sekadar untuk berseronok saja.
Apa lagi kalau cinta yang tidak ada ‘pakej’ ketuhanan dan keredaan Yang
Maha Pencinta. Cinta sejati adalah seperti cinta Allah kepada hamba-Nya dan
cinta Rasulullah kepada umatnya hingga yang diinginkan Allah daripada hamba-Nya
hanyalah kebaikan, kesempurnaan, kemuliaan dengan membenci segala kemungkaran
serta kejahatan.
Seorang Muslim tidak mengenal cinta monyet, cinta
buta, cinta dusta, cinta palsu dan cinta bodoh. Ia hanya mengenal cinta suci
mulia yang penuh kearifan dan kesedaran yang melahirkan cinta kepada Allah serta
Rasul-Nya.
Satu ketika, seorang Arab Badwi menghadap Nabi dan
bertanyakan perihal datangnya kiamat, lalu beliau balik bertanya: “Apa yang kau
persiapkan?” Ia menjawab: “Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.” Beliau menyahut:
“Engkau bersama siapa yang kau cintai”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Cinta kerana Allah dan benci kerana Allah menjadi ‘penyaring’ berkenaan
baik buruk, sekali gus ukuran dalam mencintai sesuatu. Dengan demikian, cinta
yang tulus kerana Allah yang boleh bertahan sementara cinta bermotif lain pasti
cepat berubah, bersifat sementara dan membuahkan penyesalan.
Sedikit
panduan kepada mereka yang ingin dan tengah meredah samudera cinta supaya lebih
berhati-hati supaya mendapat cinta yang diredhai Allah:
Jaga jangan sampai berkhalwat dan berdua-duaan kerana sabda Rasulullah:
“Setiap kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, syaitan menjadi
orang ketiga. Perlu juga diketahui bahawa khalwat itu bukan pada fizikal saja,
tetapi juga pada hati, malah khalwat hati itu lebih terdahulu bermula kerana
setiap perbuatan dan perkataan adalah hasil dari ilham hati. Khalwat jasadi
(badan) hadir setelah khalwat qalbi (hati).
Seperti sabda nabi: “Pandangan itu adalah panahan beracun Iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperoleh kemanisan dalam hatinya” (Hadis riwayat at-Tabrani dan al-Hakim).
“Jika kepala kamu ditikam dengan besi, itu lebih baik daripada kamu
menyentuh wanita yang tidak halal untuk kamu” (Hadis riwayat at Tabrani dan al
Baihaqi).
Berusaha menutup aurat dan menyembunyikan perhiasan serta dan kecantikan.
Malah, bertunang juga bukan tiket untuk menghalalkan segalanya dalam perhubungan.
No comments:
Post a Comment