06 November 2012

Allah memanggil kita 3 kali ~

 
 
 
 
  
Panggilan pertama adalah Azan.
‘Itu adalah panggilan Allah yang pertama.
Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita,
sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita
menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel,
Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita. Kadang kita terlambat,
bahkan tidak sholat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika.
Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan
 bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan AzanNya atau tidak.
Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti’.



Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya
dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ .
Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza
dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam.
Yang mempunyai wang menjadi punya wang,
yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang
merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah,
berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaik Allahuma Labaik’,
sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.
Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab,
 meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan
Haji / Umrah bagi yang mampu’.


Panggilan ke-3 adalah KEMATIAN.
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita.
Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung,
dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan.
Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh.


 marilah kite sama2 menjawab 3 panggilan Allah dengan
hati dan sikap yang Husnul Khotimah….
 …….Insya Allah syurga adalah balasannya.. ….’ Wallahualam...



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...