28 May 2013

tips tidur lena


 
 
 
 

buat sahabat2 slimut yang agak2 susah nak tidur lena tu ... boleh cuba ... insyaAllah .. slimut pun jenis yg susah tidur lena ... tp ni lah yg slimut amalkan ... Alhamdulillah .. walaupun kadangkala berkesan and kadangkalatak berkesan ... tp ade perubahan ... just try it guys !!  tapi bukan tidur siang .. tidur malam ok....heee


1 )  Minum susu panas atau suam sebelum tidur. Rasulullah s.a.w pun amalkan juga ..

2)  Tidur ikut waktu. jangan terlalu awal..jangan terlalu lewat ..

3)  Jangan terlalu aktif sebelum tidur ... (contohnya bersukan ) .. sebab bila kita terlalu penat sangat , sememangnya badan kita akan letih tapi kadar metabolisme kita semakin meningkat .. so, mata kita akn susah untuk lelap... dalam 1-2 jam lepas tu baru kita dapat lelap...

4 )  Padamkan lampu bilik dan tidur dalam gelap.

5)  Kosongkan fikiran terutama dari perkara yang boleh mengganggu perasaan (yang ni selalunya susah sikit nak buat terutama bile kita ade masalah yg tak setel2 lagi ... Tapi kena cuba lah untuk tidur yang superbbb !!…

6 ) Basuh kaki dan ambil wudhu sebelum tidur

7)  Maafkan semua orang pada kemuncak hampir2 nak lelap...


p/s : tips no 5 dan 7 paling penting ....

GOOD LUCK !!



14 May 2013

Diam ibadat yang paling hebat







Sesetengah orang petah bercakap seolah-olah semua diketahuinya. Seringkali disebabkan banyak bercakap, bercampur antara kebenaran dan kepalsuan. Orang terbabit memang kelihatan hebat, namun kadangkala membuatkan si pendengar berkecil hati.
 
Bagi sebilangan yang lain, mereka lebih suka mendiamkan diri dan bersuara apabila berasakan ada keperluan, misalnya untuk memperbetulkan kekeliruan dan menegakkan kebenaran. Mereka sangat berhati-hati apabila bercakap.
 
Golongan kedua ini nampaknya lebih baik. Sikap diam mereka lebih mulia daripada berkata-kata dengan suatu yang tidak berfaedah, lebih-lebih lagi mencarut, mengumpat, membuat tuduhan tanpa usul periksa, mencela, menghina dan menjatuhkan maruah orang lain.
 
Mengenai keutamaan diam, Nabi SAW ada bersabda maksudnya: “Solat itu tiang agama, sedang sikap diam itu lebih utama. “Sedekah itu dapat memadamkan murka Tuhan, sedang diam lebih utama. Puasa itu benteng neraka, sedang diam itu lebih utama. Jihad itu adalah puncak agama, sedangkan diam itu lebih utama.” Dalam satu lagi hadis diriwayatkan ad-Dailami daripada Abu Hurairah, sabda baginda SAW, maksudnya: “Diam adalah ibadat tahap tertinggi.”
 
Menurut ulama, istilah diam dalam konteks hadis berkenaan ialah tidak mengucapkan segala sesuatu yang tidak bermanfaat untuk agama dan dunia, juga tidak membantah orang yang menentang (kerana kejahilan).
 
Justeru, diam termasuk ibadat pada tahap tertinggi kerana kebanyakan kesalahan itu timbul daripada lisan. Namun, bagi orang yang hidup seorang diri, diamnya tidak termasuk ibadat. Memandangkan diam itu lebih mulia, ia menjadi perhiasan peribadi bagi orang yang berilmu. Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Diam itu hiasan bagi orang alim dan penutup (tabir) bagi orang bodoh.” Benar, sikap diam akan menambah kewibawaan orang berilmu, malah hal itu sebagai petanda adanya ilmu bagi orang terbabit. Orang bodoh pula tidak akan diketahui kebodohannya, jika dia tidak bercakap.
 
 
 
 

12 May 2013

rakyat malaysia yg tak berguna ~


 
 
 
Alhamdulillah ..Alhamdulillah..Alhamdulillah.... masih lagi diberi  kesempatan untuk menjengah
blog slimutputis ini yang sudah sekian lame tidak terusik ... mungkin si empunya sibuk berkempen PRU 13 agaknya ... walaupun PRU 13 dah menutup tirainya .. namun bahangnya masih lg hangat terasa ...  kekesalan yang teramat sangat apabila slimut tak dapat menunaikan tanggunjawab sebagai rakyat Malaysia untuk memilih the best leader .... walaupun ianya hanya sekadar 1 undi ...
tetapi ianya tetap berharga .... 
 
tak siapa yang tahu hati kecil ini meratap menangis seorang diri ... bertambah pedih apabila melihat jari telunjuk sanak saudara,sepupu sepapa  dicalit dakwat biru .... baru saja ingin menikmati suasana mengundi sebagai pengundi baru  .. namun apakan daya .. aku di perantauan .. demam panas selama 2 minggu tidak membenarkan aku pulang ke desa halaman .... demam yang kurasakan paling tragis dalam hidupku ...
 
para pengundi sibuk mengatur langkah ke tempat pengundian masing2 .. tak kurang hebat juga para pemuda bersiap sesegak mungkin untuk menjadi 'medium pengankutan' bagi mengankut pengundi2 yang memerlukan khidmat mereka .... aku hanya mampu merenung dan tersenyum .. terasa bangga melihat semangat masing2 yang begitu tidak sabar untuk menunaikan tanggunjawab memilih yang terbaik untuk kehidupan yang lebih baik ...
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...