Dengan murung lelaki itu mengadu,”Yaa syeikh, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah terlepas saya beribadah kepada Allah. Tatkala orang lain tidur lena , saya masih bermunajat. Ketika isteri saya masih belum bangun, saya sudah pun mengaji. Saya juga bukanlah seorang yang pemalas untuk mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”, tanya lelaki tersebut.
Abu Yazid menjawab dengan penuh berhemah. Katanya, “Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut wajahmu. Adakah kamu tahu, Rasulullah SAW adalah seorang yang miskin harta namun wajahnya tak pernah keruh, malah sentiasa ceria.
Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya ’salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang lain tidak senang kepadanya’”
Apabila mendengar penjelasan daripada Abu Yazid, lelaki itu tertunduk.
Kemudian, dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya dan raut wajahnya. Mulai hari itu, wajah lelaki tersebut kelihatan senantiasa ceria dan berseri. Setiap kesedihan diterimanya dengan sabar tanpa sebarang keluhan.
Sejak daripada peristiwa tersebut, lelaki itu tak pernah datang lagi kepada Abu Yazid untuk mengadu tentang nasib malangnya. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum. Raut wajahnya tampak bersih berseri dan sentiasa ceria.
Maka tidak hairanlah Imam Hasan Al Basri berpendapat, ’Punca awal keberhasilan sesuatu pekerjaan adalah raut muka yang ceria dan penuh senyum. Malah Rasulullah SAW mengatakan, ’senyuman adalah sedekah paling murah tetapi sangat besar manfaatnya’
Demikian pulalah seorang suami atau seorang isteri.
Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang dan masam sesama sendiri. Begitu juga, celakanya persahabatan sekiranya dikalangan mereka saling tidak bertegur-sapa.
Sesungguhnya tidak ada persoalan yang dapat diselesaikan dengan mudah melalui kemurungan dan ketegangan.
Sebaliknya dengan hati yang sentiasa tenang, fikiran yang lapang dan wajah yang sentiasa ceria, apapun persoalannya dan permasalahannya, Insya Allah, nescaya akan dapat diatasi. Sikap sebeginilah yang dapat membentuk keluarga dan masyarakat sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.