08 May 2015

luaHan seOrang cucu .....


Alhamdulillah..... alhamdulillah...Alhamdulillah.....
akhirnya dapat jgak slimut bersengkang mata kat sini 
setelah sekian lama memendam rasa yang semakin hari semakin
tak tahu ape rasanya .... mungkin kerana hati ini tak tertahan
lagi menanggung kepedihan mungkin.... maka disaat ini jugalah
tetiba boleh jadi ingat password blog ni .... huhu...

tanpa banyak bicara ...maka ... terdengarlah sebuuah kisah 
aku seorang cucu....(yuhuuuu)
sebenarnya kan ... masuk arini dah dekat 7bulan dah slimut 
tak keje ... dah resign...dulu keje kat keyyy Elll.... hati memang tak 
tenteram ...tension je memanjang... rasa mcm x sempurna je hidup..
sebab hati nurani ni sentiasa ingatkan atuk tersayang yang sakit terlantar
kat kampung.... satu satunya atuk yg slimut ada.....

so... dengan azam dan tekad yang kuat...maka pulanglah 
seorang cucu untuk menjaga atuk kat kampung ....
keje kat Kl ..gaji tiap2 bulan masuk... boleh huru hara 
sana sini...tapi rasa ketenangan jiwa tu tak sama bila balik kampung
jaga orang yg dah banyak berjasa dengan kita walaupun takde gaji 
tiap2 bulan...rasa macam tak pernah tak cukup....pelik kan ?? gaji takde 
tapi rezeki sentiasa datang ...Alhamdulilllah .... so, sekarang slimut dah jadi
surirumah sepenuh masa bersama atuk tersayang....


dan..... bukan itu yang nk slimut ceritakan ,,,,
tapi slimut nak cakap tentang manusia yang
tak tahu nak jaga adab..hati budi orang tua....bukan nak 
mengumpat..memburukkan orang ..tapi slimut nak yang korang 
baca entri slimut ni jadi manusia yang menyempurnakan akal
sebaik2nya,,, biar kita tak mampu nak bahagiakan orang ..TAPI jangan 
kita sakiti orang ..... 

slimut sangat kecewa bilamana ada manusia (manusia 1)yang datang melawat 
atuk tetiba tanya slimut knapa berenti keje .. then, paling tak tahan  , boleh
cakap sia2 je belajar tinggi2 masuk universiti bagai,last2 balik duk umah jaga 
orang tua ... .. ---dalam hati aku memberontak ingin halau keluar dr rumah ..
lebih baik rumah ni takde tetamu daripada menerima tetamu seperti itu... 
slimut kecik hati sbb depan2 atuk slimut dia boleh cakap macam tu... 
ape korang rasa kalo korang ditempat atuk slimut ???? agak2 laa wahai manusia
kami tak pernah mintak sesen pun dr kamu ... seriousss sampai bile2 slimut ingt
orang ni... kalo tak kerana atuk yg jaga selama ni...aku pun takkan masuk universiti 
laa..... sbb dia bg segala2nya lah aku bleh berjaya ... so knapa knapa aku
tak bleh nk korbankan masa dan tenaga aku untuk dia... dia segala2nya bagi aku...

huuuhuhu... itu kisah manusia pertama.... ni kisah manusia kedua...
suatu hari tu ..slimut bawak atuk p berubat kat suatu tempat ni..
kebetulan plak kat umah tukang urut tu ramai anak beranak dia 
yang ada... pastu sembang2 la ngn diorng sementara tnggu atuk 
berubat ... tetiba plak makcik tu cakap...dah awak yg jaga atuk...
atuk awak kena bg awak tanah.rumah... awak amik borang tukar nama 
cepat2... ..>>> hoiiiiii ... serius berderau darah ..nasib baik Allah 
kurniakan slimut sifat sabar ..suka hati mak bapak dia je nk cakap
mcm tu ... dia siapa ntah... setitik pun takde pertalian darah ngn aku...
pastu ... masa nak balik tu ... aku ade dengar makcik tu cakap 
kat laki dia.. suh amik nombr tepon aku ...nnti bagi kat anak dia yg bongsu
laki ... dia ckp dia ada ank bongsu laki umur tua stahun dr aku.....
>aku dalam hati ...takpelaaaa, aku pun mintak2 jauh la dpt
keluarga yg macam ni... aku ingatkan dalam drama je benda2 mcmni 
berlaku..tapi realiti pun ada... adoiii... nilah ujian dunia ....

hurmm..ni laaa antara manusia2 yang slimut hadapi ... ade lagi ..tapi 
cukuplah..mcm l;agi sakit je hati bila ingatkan mereka....
tapi dalam kehadiran manusia2 ni... tak lupa ade jugak yang memahami ....
bg sokongan moral..yang support ape yg slimut buat ni...
alhamdulillah.. mereka ni lah yang bijak guna akal fikiran mereka
.... terima kasih ..slimut takkan lupa jasa2 korang ... 

buat atuk tersayang ... selagi cik ade di dunia ni....
na sentiasa ade bersama.... Ya Allah kau bagilah aku 
kesihatan yang baik supaya aku dapat menunaikan
tanggungjawab aku dengan sempurna selagi atukku bernafas..
aamin....


16 December 2013

iman yang turun naik ....




Iman yang sentiasa turun naik ~
IMAn ... sesuatu yang payah untuk dikekalkan ...
sesuatu yang sering turun .. sering naik ...
tatkala sempat bermuhabah diri , maka waktu itulah iman naik menggunung..
TETapi kesibukan duniawi dan kelalaian telah membuatkan kita
tidak berkesempatan untuk duduk bermuhasabah , duduk menghambakan diri
kepada yang Maha Esa .. maka waktu inilah iman kita jatuh merudum....

tatkala iman dibawah inilah kita perlu berwaspada
kerana ketika iman yg lemah inilah kita cenderung untuk
melakukan segala yang terlarang dan kita sudah semestinya
 akan lupa untuk mensyukuri segala nikmatyang Allah bagi ...
 maka, apabila kita sedar situasi ini hampir menjengah ke dalam diri kita ,
 bersegeralah kita untuk  mendampingi insan-insan yang mampu
mengheret semula kita ke jalan yang benar ,ulama-ulama ,
carilah insan2 yang benar2 dipercayai , insan yang benar2 ingin
bersama-sama kita ke syurga ... apa yang penting adalah doa ...
sentiasalah kita berdoa memohon ke hadrat Illahi semoga terus diperkukuhkan dan dipertingkatkan iman kita walau apa jua  keadaan kita ...
-semoga Allah terus memberikan kita peluang untuk bertaubat ~

15 December 2013

tips mengurus pekerja ~



barisan2 orang kuat radicare HKL ~


Urus pekerja perlu bijaksana ~ Matematik , fizik ,kimia,sains …semuanya perlu menggunakan formula untuk mendapatkan hasil yang bombastic .. tapi dalam menguruskan pekerja ,tak ada formula ataupun peraturan yang dikhaskan sebagai panduan untuk mengurus pekerja terutama di pekerja yang berada di bawah seliaan kita . ..

 Kesempurnaan penyeliaan semuanya bergantung pada teknik dan profesionaliti seorang ketua .
Jika sempurna seorang ketua itu dari segi ilmunya,dari segi kepimpinannya,dari segi profesionalitinya, dari segi keadilannya, dari segi agamanya juga maka akan terbentuk lah satu organisasi yang hebat di dalam sesebuah syarikat .

Setiap tindakan yang diambil perlu ingat bahawa pekerja yang berada di bawah pimpinan kita itu bukan sekadar TENAGA KERJA tetapi mereka adalah MANUSIA seperti kita . Jangan kerana kita mempunyai pendidikan dan jawatn yang tinggi dari mereka , kita merendahkan mereka yang sebenarnya yang mempunyai pengalaman yang lebih dari kita .. Gunakanlah ilmu pendidikan kita itu untuk menjalinkan hubungan sesame manusia dan tak segan untuk menimba ilmu baru dari yang lebih berpengalaman.. Sebagai seorang ketua ,banyak perkara yang perlu difikirkan untuk mendapatkan organisasi yang hebAT




  1) INGATLAH PEKERJA KITA ADALAH MANUSIA
Dah namanya manusia , maka takkan terkecuali lahi dari insan yang mempunyai perasaan . kita perlu ingat mereka juga mempunyai keluarga tersendiri , punya perasaaan dan masalh tersendiri .agak mustahil untuk kita memisahkan kehidupan kerja dan keluarga .Berwaspadalah mereka ada kehidupan peribadi dan cuba sebaik mungkin untuk kita menjadi peka dengan situasi ini .Berikan layanan yang saksama biar apa pun kedudukan dan pangkatnya.
 


2.NYAHKAN PERKATAAN “PENGURUS”~ GANTI DENGAN PERKATAAN PEMIMPIN
Untuk menjadi pemimpin, gelaran atau promosi pangkat itu tak perlu sama sekali .pemimpin adalah pemberi motivasi dan inspirasi kepada kakitangan.
 
 
3.MENYEDARI KEKUATAN DAn KELEMAHAN
Ketahui kekuatan dan kelemahan pasukan kerja dibawah kita .berikan mereka ruang untuk peningkatan dan kemajuan kerja .
 
4.TEGAS DaLAM KEPUTUSAN
Apabila pendapat kita diminta,kita telahpun fikir masak2 dalam fikiran dan boleh mengutarakannya dengan penuh keyakinan.Kita tak perlu teragak2 apabila dipusing dengan pelbagai alasan2 lain .
 
 
5.MILIKI PELAN DAN PERANCANGAN YG JELAS
Kita perlu merancang apa yg perlu dilakukan terlebih dahulu . matlamat jangka panjang dan pendek perlu ditetapkan awal2 lagi .. kata pepatah “jika kita gagal untuk merancang bermakna kita merancang untuk gagal”.
 
 
6.NYATAKAN JANGKKAN KITA
Berkomuniksai dan pastikan pekerja tahu apa yang kita harapkan dari mereka.nytakan dalam maklumat bertulis dan mendapatkan maklumbalas dari mereka .dan ambil tahu juga apa yang mereka harapkan dari kita .Tangani segera jika timbul perselisihan jangkaan.
 
 
7.ADA PERKARA BOLEH DIUBAH DANADA PERKARA TAK BOLEH DIUBAH
Tanamkan pemahaman yg jelas di minda kita bahawa ada perkara yg boleh diubah dan tak boleh diubah.terima perkara yg tak boleh diubah dan jangan bazirkan tenaga kepada mereka ini dan fokuskan segala usaha kepada perkara yg anda boleh ubah.Manusia yg berorientasikan tindakan ‘action oriented’ akan sentiasa dirujuk dan Berjaya .
 
 
 
8.INGATLAH PERKARA BERBEZA MEMOTIVASIKAN ORANG YG BERBEZA
Lumrah manusia akan melakukan dengan insentif yg ada ,menjadi kerja kita untuk memastikan insentifnya padan serta emmenuhi matlamat yg ditetapkan .contohnya jika anda membayar bonus kepada pekerja mengikut peningkatan jumlah barangan yang dihasilkan , jangan terkejut jika kualitinya terjejas kerana adanya pekerja yg mengejar kuantiti tanpa membertakna kualiti demi insentif itu.
 
 
 
9.KEKALKAN KEPRCAYAAN SETIAP KAKITANGAN ORGANISASI
Pengurus biasanya emmpunyai akses kepada informasi berbeza kakitangan biasa.sewajarnya kita sebagai pemim-in tak mengkhianatai keyakinan dan kepercyaan yg diberi olehsyarikat,ketuam kita,rajkan sejawat dan kakitangan di bawah kita .pastikan mereka boleh meletakkna kepercayaan
 
 
 
10.KONSISTEN DALAM TINDAKAN DAN REAKSI
Tindakan dan reaksi kita perlulah konsisten .kita pasti tak mau menjadi pengurus yang terpaksa ditanya bagamanakaj ‘MOOD” kita sebelum boleh didekati ddengan isu yg tertentu .
 
 
 
 
11.FLEKSIBEL ITU PENTING TAPI JANGan  KONFLIK DENGAN SIKAP KONSISTEN
Kita juga mempunyai sikap yg fleksibel untuk mengubah arahan ,peraturan danmenukar sumber untuk menjadikannya lebih kompetitif.
 
 
 
12.FOKUS KEPADA SOLUSI BUKAN KEPADA MASALAH
Pekerja atua manusia akan lebih tertarik kepada individu atau ketua yg berorientasi atau boleh memfokuskan kepada mencari jalan penyelesaian .
 
 
 
 
 

01 November 2013

syukur alhamdulillah .. KALAU AKU ##################





 
 

manusia ... tak pernah lari dari angan-angan , impian dan cita-cita ... masing -masing mempunyai anganan tersendiri .. ada  angan2 yang tercapai ..ada yang terkubur mati ..dan ada juga yang tersangkut kat pokok .. tak salah untuk kita berangan .. tetapi haruslah berpada-pada supaya kita tidak kecewa di kemudian hari  ... jangan terlalu berimaginasi tinggi ..cukuplah sekadar yakin  setiap apa yang berlaku semuanya ditentukan oleh qada dan qadar Allah ..tetapi dalam masa yg sama kita tetap harus berusaha untuk mencapai imaginasi kita itu ....
 
kita manusia semua sama ..begitu juga slimut ... selalu juga berimaginasi ,bermonolog bersendirian ... Alhamdulillah ... Allah dah cantumkan imaginasi dan angan -angan slimut mnjadi suatu  kenyataan ... betapa gembiranya hati ini tak terkata ... betapa bersyukurnya diri ini kerana Allah telah permudahkan segala urusan ...

* sbelum dapat keje dulu slimut slalu jgak lepak2 kat ibukota umah mmber ... kalau nk kuar jalan2 ke,makan2 ke ,  msti slimut akn tnggu kat gate .. sbb slimut xblh naik kete trun parking bertingkat.. muntah kuning..huhu...sambil2 tggu mmber wat turun kete .. sempat la jgak berangan ... maklumlah dpan gate tu smua bangunan ofis tinggi2 . tengah2 kota  kan. terlintas juga di pikiran , kalaulah aku dapat keje dkat2 sini besttnyerrrr ... jalan kaki je terus msuk pintu opis ... nk balik mkn lunch kt umah pun boleh ... " tambah plak tngok bile tyme hbes keje diorng kuar opis pakai smart2... " huuuu ..mmg mase tu tinggi la cket berangan ... mmg boleh dikatakan stiap kali duk kat gate .. mmg slalu berdoa dlm hati supaya Allah murahkan rezeki aku kat sini .... (as conclusion ...syukur Alhamdulillah... mmang aku dpat keje dekat ngn umah ni.. HKL ..disebalik bangunan opis dpan umah tu saja ... wlupun dlm 30m jgak la berjalan kaki -kalau catwalk laa ) kalau jaln mcm kna kejar ngn org gila paling minimum mse yg aku pernah amik 15minit je untk smpai opis ... hurmmm.... syukur ....

* angan yg kedua ... (kalau lah aku dpt keje dkat sini, aku nk sewa jela bilik umah mmber aku ..lagipun dia duk sorang ... then nanti hari2 aku nak pergi gym ... nak kuruskan badan ... hari2 nk g swimming supaya aku pandai brenang )---- ( as a conclusion , yee..part tempat tnggal beres.. dapat juga aku duk ngn mmber aku ...tp part lain tu  hoohoho..hampehhhhh !!! pergi GYm ??? haha... ade lar dalam 5 kali pegi spanjang stengah tahun duk sini ... swimming ?? hehehe... 2 kali je kot .. ### kikiki... so as 2nd conclusion;; aku dah kurus n aku dh pandai swimming ...hihi... pandaila sangatttt ) ..

* angan angan ketiga .. kalaulah aku dpat keje kat sini bestnyerr,.. stesen lrt ..stesen monorail..  semua dkat2 ..blakang umah je ..kalau nk pegi shopping mmg xder masalah ... nasib baik aku ni jenis yg x suka bershopping ) -im workaholic okay ... im not shopaholic..huhu.. then stesen bas pun blakang umah jgak... terdetik kat hati ketika itu .. " Ya allah... sukanya aku kalau dpt keje kat sini .. nnti mudah aku nak ulang alik umah makcik aku kat Pahang ..weekend boleh aku jenguk sdara mara aku kat Pahang .. boleh aku jenguk2 atuk aku  - kat sini stesen bas ke Pahang ..(stesen bas pekeliling)  ... urmm...tp kalau nk balik trengganu pun xder masalah .. boleh pegi hentian Putra naik lrt .. 1 stesen je ...  ( as a conclusion.. memang aku dtakdirkan disini ... so, sperti yg aku angan-angankanlah ... weekend je mesti aku balik Pahang kalau tyme aku tak kna duty ... . 2 jam lebih je ngn metro bus tu ) ... so im really2 happy ... setiap apa yg terdetik dihati kita .. takkan ade sesiapa pun yg tahu kecuali Allah SWT yg maha berkuasa ... yang maha Esa .... Ya Allah ..sesungguhnya memang Engkau telah permudahkan segala urusan aku di dunia ini  .. ingatlah wahai sahabat .. setiap apa yang kita lakukan pastikan niat kita betul dan berniat lah hanya kerana Allah Taala... insyaAllah Allah permudahkan segala urusan kita ....

  

::::  setakat ini saja laah dapat dikongsi angan2 slimut ... sekadar a new introduction untuk blog slimutputis ni yg dh lama rasenyer tak dijenguk .... ::: untuk entri seterusnya .. slimut akan kongsikan kisah suka duka slimut mengharungi cabaran sehingga dapat berdiri dalam posisi yang stabil ini ..


 
 






 

19 October 2013

gadis rupawan tak berbudi~




"Si Gadis Rupawan"
kata orang ..
"bunga yang kembang dan cantik itu jarang berbau Wangi ... samalah juga dengan manusia...orang yang cantik itu jarang yang berbudi " ~ setuju dengan slimut ?? buat wanita2 di luar sana..
tepuk dada tanya diri.... jawapan smua ada pada diri kita ... Allahuakbar !
Apabila si gadis dipuji dengan kata - kata "awak ni cantiklah",maka terciptalah sebuah senyuman dibibir dan berbungalah jua hati itu ...tersipu-sipu malu dia .. Ah !!sape yang tak seronok kan bila dikatakan cantik dan lawa? begitulah  resam manusia ..seronok bile dikeji dan kecewa bila dikeji ...

wanita yang cantik selalu ditimpa 'prasan' kerana sedar dirinya punya banyak kelebihan.Kata orang lagi,wanita cantik banyak ragamnya.Andai diri seorang gadis,diri sanggup jadi tukaran dengan wang beribu.bahkan ada juga yang relamenjadi andartu.Hidup liar bak merpati,senang didekati tetapi ditangkap lari .

09 September 2013

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ...





Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa?  BERNAS!
BERNAS milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi0.
Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources,
Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Minum kopi mesti campur gula ..
Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR.
MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary .
MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sepenuhnya ..
OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk,
 mahu panaskan Guna gas stove,
Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Guna microwave oven, elektrik,
TNB beli elektrik dari siapa? = IPP.
IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff.
Malakoff milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la…
naik motor Motor Kriss, keluaran MODENAS.
Modenas milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Tak nak naik motor, naik kereta.
Kereta apa? Proton. Proton milik DRB HICOM.
DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja.
Honda Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat.
Bank Muamalat milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Kereta kena ada insurans coverage.
Insurance beli dari siapa? = Uni Asia Insurance
Uni Asia Insurance milik siapa?= Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM.
Puspakom milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang
Landasan keretapi siapa buat?= MMC.
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Sekarang, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary pun nak ambil alih KTMB
Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la… nak pergi Johor!
Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la.
Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Tanjung Pelepas Port milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Tak nak pergi Tanjung Pelepas , pergi Johor Port.
Johor Port milik siapa? = MMC.
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Ok la… I orang KL, naik MRT sahaja la… (apabila siap)
Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? = MMC.
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Macam ni la… tak nak keluar rumah langsung!
Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem!
Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary,
kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.


24 August 2013

Pengalaman slimut bersama mangsa nahas bas genting higland..






 

Pertama kali dalam hidup selama 24 tahun..inilah pengalaman yang paling manis dan mengerikan buat slimut .... dah nama pun kerja di hospital kan ... of course la terlibat dengan segala operasi-operasi hospital .. tambah2 pulak slimut incharge bahagian linen ..means semua bahagian kain2 di hospital akan melibatkan slimut ..termasuklahhhh kain kapan ....  dah name person incharge .. so I am the one who have to responsible to make sure our linen supply is enough .... termasuk lah kes kemalanagan ngeri bas masuk gaung di Genting Highlang 21 ogos lepas yg meragut nyawa 37 penumpang ... hurmm .. sangat mengerikan .... dengar je berita kemalangan berlaku ,kami bahagian operation dah bersiap sedia dengan arahan supaya pekerja2 dah pastikan kain2 yang kemungkinan diperlukan di sediakan siap2....tunggu di request dari pihak hospital sahaja ..ade plak staff yang terpaksa tidur di ofis semata2 untuk standby for urgent case.... huuuuu...nasib baik slimut ni pompuan ..so bos x kasi laa standby malam tu ... (sayang jgak bos kat saya yer)) ... mula2 cuak la jugak sebab perasaan takut terbayang mayat2 tu yg mungkin macam2 bentuk ..means ade yg kehilangn anggota badan n so on laa.... tambah2 plak slimut baru lagi keje ..mmgla takut...
 
tibanya di pagi hari ke-2 kejadian , dikhabarkan mayat2 masih ada lagi yg tiba di forensic HKL .. so untuk memastikan proses berjalan lancar ..maka slimut ditugaskan untuk bergerak ke bilik forensik bersama seorang abg senior dan memeriksa supaya staff2 membekalkan kain2 kapan , baju2 attire Doktor, blanket2  dan semua keperluan untuk proses di bilik mayat itu cukup secukup2nya .... dengan berbekalkan iman yang tak berapa nak kuat ni, dan degan ketakutan,debaran,degup jantung yg kencang, dan dengan langkah bismillah dan istigfar maka... bergeraklah ke bilik tersebut ... tangisan keluarga2 mangsa yang ada menambahkan lagi ketakutan selimut untuk terus menuju ke dalam ... huhhhuu... tapi terpaksa gagahkan jugak kaki yg melangkah ... Ya tuhan ... memang penuh dengan mayat2 ... ade yang berbungkus .. dan sebagainya .. bermacam2 keadaan dapat dilihat,.. hanya mampu istigfar je bila mlihat keadaan mereka .... memang inilah pengalaman pertama slimut berjalan  di sebelah puluhan  mayat2 dan duduk sebilik dengan mayat yang masih lg "fresh" sambil menyaksikan sendiri bagaimana proses post-moterm dilakukan terhadap mayat2 tersebut ...... 
 
memang tak pernah slimut sangka bahawa angan2 slimut slama ni untuk masuk melihat bagaimana proses post moterm tu dijalankan tercapai ... slalu tengok dalam TV dan kekadang teringin nak tengok depan mata ... memang imaginasi slimut bukan sekadar imaginasi..tetapi semuanya mnjadi kenyataan ...Alhamdulillah ..sekurang2nya itulah pengalaman yang tak semua orang dapat tapi slimut dapat ... memang perasaan takut tu ada sangat2... tapi perasaan ingin tahu tu telah menguasai perasaan takut tu ..so kerana itulah slimut tak memberi sebarang alasan kepada bos selepas diberi tugas tersebut... hurmm..tapi selesai je semua..slimut terus balik ofis , kumur2 bagai nak rak lerrr... hehehe... kejap2 kumur..kejap2 kumur... almaklumlahh x tahan dengan bau kat sana sampai terbawa2 balik ke ofis ...tapi nsib baik x melarat sangat .. bos bawak p makan sup plak lepas tu..hurmmm sambil2 tengah loya habesss semangkuk sup puyuh kena bedal ngn slimut ... hehhehe... kalau ikutkan sebenarnya xder la loya snagat ..tapi mungkin perasaan kita je kot sampai terbawa2 ... walaupun harini dah masuk hr ke-3, rasa tu ade jugak la sikit ..... tp mcm slimut ckap laa..mungkin perasaan kita je ..so the best way is buat tak taw je .... hehe...
 
alkisah balik rumah plak ... slimut takderla masuk bilik terus .... masuk je umah terus mintak kawan tlong ambilkn towel .. tak cakap banyak .. kawan dah cuak dah ..maklumlah xpernah2 balik keje tak masuk bilik , tak cakap banyak ngn diorng terus slimut masuk bilik mandi .. lepas mandi baru laaah slimut bersuara .... hehe..... pantang larang kena jaga jugak ... orng cakap beringat-ringat ... huhu..
 
ini sahaja pengalaman yang slimut dapat kongsi dengan semua ..andaikata slimut ditugaskan lagi ke sana ..maka slimut tak akan menolak ..kerana itulah suatu pengalaman yang paling berharga disamping ia lebih banyak memberikan kita yg hidup ni keinsafan dan
sedar bahawa setiap yg hidup pasti akan mati ... sekian sahaja untuk kali ini....asssalamualaikum ....












09 August 2013

senarai rumah terbuka Aidilfitri 2013 mengikut negeri ~

 
 
 
 
 
 
 
Rumah Terbuka Istana Negara
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 11 pagi - 2 petang
Tempat : Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur
 
Rumah Terbuka Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 10.30 pagi - 4 petang
Tempat : Kompleks Seri Perdana, Putrajaya
 
Rumah Terbuka Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Pekan
Tarikh : Sabtu 17 Ogos 2013
Masa : 10 pagi - 2 petang
Tempat : Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang
 
KEDAH
Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir
Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013
Masa : 11 pagi - 5 petang
Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar Seri Mentaloon, Alor Setar
 
PULAU PINANG
Rumah Terbuka Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang,
Mohd. Rashid Hasnon
Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013
Masa : 11 pagi - 2 petang
Tempat : Tapak Pesta Sungai Nibong, Bayan Baru,
 
PERAK
Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 2.30 petang - 6 petang
Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh
 
Rumah Terbuka Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013
Masa : 10 pagi - 4 petang
Tempat : Kampung Sungai Rokam, Ipoh
 
SELANGOR
Rumah Terbuka Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 11 pagi - 2 petang
Tempat : Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam
 
Rumah Terbuka Parlimen Tanjong Karang
Tarikh : Sabtu 17 Ogos 2013
Masa : 9 malam - 12 malam
Tempat : Padang Astaka, Tanjong Karang
 
 
NEGERI SEMBILAN
Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Sembilan
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 10 pagi - 2 petang
Tempat : Pekarangan Dewan Undangan Negeri, Seremban
 
Rumah Terbuka Menteri Besar Negeri Sembilan
Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013
Masa : 10 pagi - 5 petang
Tempat : No. 1 Kampung Tanjung, Rantau
 
MELAKA
Rumah Terbuka bersama Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 10.30 pagi - 4 petang
Tempat : Dewan MITC, Ayer Keroh, Melaka
 
Rumah Terbuka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
Tarikh : Ahad 11 Ogos 2013
Masa : 10 malam - 11.30 malam
Tempat : Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka
 
JOHOR
Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 10 pagi - 2 petang
Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar di Saujana, Johor Bahru
 
PAHANG
Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 10 pagi
Tempat : Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek, Kuantan
 
 
TERENGGANU
Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 10.30 pagi - 3 petang
Tempat : Seri Iman, Batu Buruk, Kuala Terengganu
 
 
KELANTAN
Rumah Terbuka Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed merangkap Ahli Parlimen Jeli
Tarikh :Sabtu 10 Ogos 2013
Masa : 11 pagi - 4 petang
Tempat : Darul Falah, Jeli
 
 
PERLIS
Rumah Terbuka Istana Perlis
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 9 pagi - 12 tengah hari
Tempat : Istana Arau Rumah Terbuka Menteri Besar, Azlan Man
 
Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013
Masa : 8.15 malam
Tempat : Pusat Khidmat Pauh, Arau
 
 
SABAH
Rumah Terbuka Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman
Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013
Masa : 9 pagi - 4 petang
Tempat : Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu
 
 
Rumah Terbuka Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tarikh : Ahad 11 Ogos 2013
Masa : 10 pagi - 4 petang

Tempat : No. 71, Lorong Kingfisher Sulaman 2, Taman Kingfisher, Kota Kinabalu
 
 
SARAWAK
Rumah Terbuka Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim
Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013
Masa : 11 pagi - 5 petang
Tempat : Pusat Konvensyen Borneo, Kuching
 
 
sumber:
 
 
 
 

08 August 2013

HARUS bergembira pada HARI RAYA PERTAMA ~



 
 
 
 
Hukum menziarahi kubur pada hari pertama Aidilfitri boleh membawa kepada haram kerana ia boleh mengundang kesedihan serta mencemar sambutan kemenangan umat Islam yang seharusnya bergembira pada hari ini.
 
Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata demikian mengulas khutbah solat Aidilfitri di semua masjid di negeri ini hari ini dengan menyifatkan perkara bida'ah berkenaan juga dilarang para ulama termasuk Rasulullah SAW sendiri.
 
Malah katanya, ada di sesetengah tempat di negara ini peniaga mengaut keuntungan dengan menjual kalungan bunga serta air mawar dan sebagainya di kawasan pintu masuk tanah perkuburan selepas berduyun manusia hadir menziarahi kubur pada hari raya pertama.
 
Menurutnya, ini perkara perlu dielak dan disedari semua pihak kerana ia boleh membawa kepada pelbagai lagi perkara haram. "Banyak kita lihat kini terutama pada hari raya pertama Aidilfitri, orang ramai mula memenuhi tanah perkuburan sehingga lupa pada tuntutan utama pada hari raya iaitu bergembira, bermaaf-maafan dan menziarahi satu sama lain.
 
"Pada hari ini juga mereka (umat Islam) seharusnya meluangkan masa bersama keluarga sebaliknya bukan hanya menziarahi kubur yang boleh membawa kesedihan sehingga bertentangan dengan matlamat hari raya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
 
Katanya, pada hari raya umat Islam seharusnya menyambung amalan ibadat dan istiqamah dalam melakukanya pada sepanjang tahun selepas berakhirnya Ramadan. "Kita seharusnya menggunakan sambutan Aidilfitri ini bagi bergembira dan meluangkan masa menziarahi kubur pada hari-hari lain selepas itu," katanya.
 
 
 
 
 
 
 

31 July 2013

kata-kata pengubat jiwa menggamit kesedaraN~ versi 1




Jika miskin di DUNIA,
masih ada yg bersimpati, masih ada yg ingin membantu.
Namun...
Jika muflis di AKHIRAT,siapalah yg hendak simpati,
siapalah yg hendak menolong kerana masing2 sibuk membebaskan diri.
P/s: KEKAYAAN apa yang sebenarnya kita perlukan??
Tepuk DADA tanya IMAN

☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺
     

Sungguh benar sahabat... "Allah tak pernah janji.
orang yg kahwin akan dapat anak.
Allah tak pernah janji orang yg kerja siang malam akan jadi kaya...
" Tapi, Sesungguhnya janji Allah itu Pasti...!
Siapa yg jaga solat, maka dia adalah orang yg BERJAYA.
 Siapa yg jaga solat, maka Allah akan angkat kesempitan hidup di dunia.
Siapa jaga solat,Allah akan angkat siksa kubur.
  Siapa jaga solat, Allah akan beri buku amal dgn tangan kanan.
Siapa jaga solat, dapat lintas titian sirat sepantas kilat.
Siapa yg jaga solat, akan masuk syurga tanpa hisab.
Janji apakah yg lebih baik daripada ini..? Allahu Akhbar..!


☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

Carilah kemuliaan di akhirat,
kerana itulah yang diingini oleh orang-orang soleh,
tetapi jika kita memperoleh kemuliaan di dunia
 ia merupa suatu kebaikan buat kita.
 Kemuliaan seperti ini adalah hasil dari ketaatan kepada-Nya.
ALLAH SWT berfirman; Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah
dia berusaha mencarinya dengan jalan mentaati ALLAH,
 kerana bagi ALLAH jualah segala kemuliaan....(Fatir 35:10)
 
 
☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺
 

Nak bahagia, cari orang yang solat.
kalau dia tak boleh jaga solat,
jangan harap dia boleh jaga cinta awak.
cari orang yang jaga waktu solat.
kalau dia tak boleh jaga waktu solat,
jangan harap dia boleh jaga janji dan tanggungjawab lain.
orang yang tak solat ni orang yang menipu Allah.
 kalau Allah dia boleh tipu, takkan manusia dia tak boleh tipu?
jadilah orang yang solat. insyaAllah kebaikan akan mendekat.
 
berdoalah seperti doa Nabi Ibrahim :
 
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang
 dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doa permohonanku." [surah Ibrahim : 40]


☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺


Sebut Subhanallah dapat pahala..
Sebut Alhamdulillah dapat pahala..
Sebut Lailahaillallah dapat pahala..
Sebut Allahu Akbar dapat pahala..
 
Rugi sape tak sebut...
 
Gersang bumi tanpa hujan..
Gersang akal tanpa ilmu..
Gersang hati tanpa iman..
Gersang jiwa tanpa amal..


☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺


Secebis kasih membuatkan kita sayang,
Seucap janji membuatkan kita percaya.
Secebis luka membuatkan kita kecewa tetapi
Secebis senyuman menjadikan kita lebih ceria dan
Keceriaan itulah yang membuatkan kita lebih bahagia.
Namun hidup tak selalunya indah,
Tapi selagi kita ikhlas kebahagiaan itu pasti menjadi milik kita,
Kata orang hargailah apa yang ada didepan mata
Kerana itu mungkin kebahagiaan kita.
Cantik dimata tak semestinya cantik di hati.
Cantik budi itulah dicari.
 
 
 
 

21 July 2013

aku di sini ~


 
 
 
Assalamualaikum.... Alhamdulillah syukur ke hadrat iLahi kerana masih diberi kesempatan dan kekuatan untuk menghadapi ramadhan kali ini ... sedar tak sedar dah masuk 11 Ramadhan dah ... moga-moga Allah swt panjangkan umur kita untuk terus menikmati Ramadhan hingga penghujung dan di masa2 akan datang .... aaaminYa Rabb ....
 
 
aihhh baru je hbes 1 perenggan dah rase lenguh2 dah jari jemari yg tak berapa nak halus mulus ni ..
almaklumlah dah almost 2 month kot slimut tak berkesempatan nak menaip ... no idea at all ...
but arini slimut nak lembutkan balik jari jmari ni nak mnaip2 cket...hehe..
 
first of all .. slimut rase bersyukur sangat2.... perjalanan hidup sebelum ni yang susah payah akhirnya berakhir dengan suatu kebahagiaan ... kesempurnaan ..dan . suatu kepuasan .... BENAR , ALLAH itu sebaik-baik perancang .... ape yang penting kita sebagia hamba jangan pernah mengeluh dan berputus asa seandainya ditimpa musibah dan dugaan tanpa henti ... please bear in our mind >> " susah mana pun kita , ade rmai lagi yg lebih susah dari kita .... banyak dugaan mana pun kita terpaksa hadapi, ingat bahawa ramai lagi orang yang lebih teruk di uji "
 
Alhamdulillah di atas berkat kesabaran .. Allah telah permudahkan segala urusan slimut setelah mndapat pekerjaan di ibukota ni ... sebuah ibukota yg penuh dengan ranjau dan duri ...dan penuh pancaroba... tetapi slimut yakin , mungkin ini satu lagi ujian yang Allah turunkan untuk menguji sejauh mana tahap keimanan slimut padaNya  .. seandainya iman ini terus kukuh dan semakin bertambah momentumnya ... insyaAllah diri yang kerdil ini tak akan hanyut mengikut arus gelombang ibukota .... itulah yang slimut sentiasa ingatkan pada diri sendiri setiap kali melangkah keluar ke tempat kerja ... semoga Allah sentiasa hadirkan insan-insan sekeliling yang boleh membantu dalam membentuk diri untuk lebih beriman dan bertaqwa kepadaNaya..semoga aku tidak lemas dalam air yang deras ....
 
hurmmm.... misi pertama nk dapatkan pekerjaan dah berjaya .... misi kedua plak ...yuhuuuuuu ...misi mencari JODOH laaaa plak .... hehhee... jodoh ????? hurmmmmmm .... poning den .... setiap naluri manusia memang ade keinginan untuk mndapatkan pasangan .. kan ??? sape yg takder naluri tu memang confirm salah satu urat saraf terputus dah ..hehe ....nak cakap soal jodoh ni slimut tak brape nk expert sngat larhhh ... naluri tu ade..tapi tak berminat sngat nak amik taw soal jodoh .... nak mencari ??? huhhh lagi larh tak .... Alhamdulillah skrang ni masih lg takder perasaan gatal nk kawen lg ...mungkin sbb belum ade yang benar2 ikhlas terhadap diri ini ... ~~~ cheeeeeeeeeeeewaaahhhhhhhhhhhhhhh ...kuikuikui...terjiwang la plak malam ni ...hadoii yaaa....
ape2 pun ... jodoh pertemuan di tangan tuhan ... semoga Allah terus menutup pintu hati ini terhdap mereka2 yang tidak mampu menerima setiap kekurangan dan kelemahan diri ini .. dan semoga Allah bukakan pintu hati ini disaat ade insan yang benar2 ikhlas menerima setiap kekurangan dan kelemahan ku ini ......  aaaaaminnnn ......

18 June 2013

Mari kita blajor keyboard shortcuts !!



semua orang tahu camaner nak guna laptop..PC ... ... tapi tak semua yang tahu camaner nak guna shortcuts kat keyboardd tuu untuk memudahkan kerja n menjimatkan mase...so... lets together we learn on how to use keyboard shortcut.... hehehe....






Keyboard Shorcuts (Microsoft Windows)


 1. CTRL+C (Copy)

 2. CTRL+X (Cut)

 3. CTRL+V (Paste)

 4. CTRL+Z (Undo)

 5. DELETE (Delete)

 6. CTRL+A (Select all) 

 7. F2 key (Rename the selected item)

 8. F3 key (Search for a file or a folder)

 9. CTRL+ESC (Display the Start menu)

10. ALT+TAB (Switch between the open items)

11. CTRL while dragging an item (Copy the selected item)

12. ALT+ENTER (View the properties for the selected item)

13. ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)

14. ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)

15. ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)

16. CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)

17. CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)

18. CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)

19. CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)

20. CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)










15 June 2013

hadoiiii !! harga tiket bas naik plak dah 30 %




 
 
hohohoho....terbaik dari ladang ~~~~ harga tiket bas naik 30 % ??? yuhuuuuu
suke nyerr .... disaat harga kereta turun ... benda alah lain la plak yg naik .....
nasib kau lah slimutputis ..padan muka... sape suruh tak beli kete ... kuikuikui ......
okay..malas nak komen banyak ... kalau ikut ape yang terbuku dihati pasal ni..
memang 5-6 page post pun x habes lagi ....
redha aje......
 
 
 
 
♫♪♪♪♪  aku orang kecil..kau orang besar...
kau ibarat gajah..aku hanya semut merah.... ♫♪♪♪♪
ohoiiiiii ~ hehe
 
 
 



 
 
 
 
 
 

13 June 2013

Doa-Doa penyembuh sakit pada anggota badan

 
 
 
 
 
 
Doa merawat sakit-sakit tubuh
 
   letakkan tangan di tempat yg sakit ..kemudian baca bismillah 3x  dan baca doa ini 7x ----
Maksudnya
"aku berlindung dengan Allah dan kekusaaNya dari kejahatan yg
aku dapati dan yang aku takuti"
 
        
 
 
 
 
Doa merawat sakit perut
 
Baca 3x pada air dan minum air tersebut
Maksudnya
" ia menghalang dengan tiada sebab,demikian juga ia tiada dipenatkan dengannya"
 
  
 
 
 
Doa memulihkan penglihatan
 
Maksudnya
"Ya Allah ,aku memohon dan menghadap kepadaMu bersamu nabiMu ,
Nabi rahmat saw ,Ya Muhammad sesungguhnya aku mengadap bersamamu
 kepada Tuhanku kerana hajatku ini semoga dikabulkanNya untukku .
Ya Allah sembuhkanlah daku "
 
 
 
 
 
Doa mengubati sakit gigi
 
Maksudnya
"katakanlah (wahai Muhammad) : "Allah yang menciptakan kamu
(dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan
penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur,tetapi) amatlah sedikit
kamu bersyukur ". 
 
 
 
 
 
Doa menghentikan pendarahan
 
jika luka dan darah mengalir tanpa henti ,tekan tempat tersebut sambil baca surah ni..
 
Maksudnya
"binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab ,dan binasalah ia bersama .
hartanya dan segala yg diusahakannya ,tidak dpat menolongnya.
Ia akan menderita  bakaran api neraka yang marak menjulang.
Dan juga isterinya seorang perempuan pemunggah kayu api .
Di lehernya sejenis tali dari tali-tali yg dipintal .
 
 
 
 
 
 
Doa merawat sakit kepala
 
baca ayat 19 dari suah Al-waqiah ini untuk mereka yang sellau skait kepala .
 
Maksudnya
"mereka tidakbersa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya"
 
 
 

 
 


12 June 2013

SUBHANALLAH !!! Blogger cantik singapura "bertukar" wajah ~



Subhanallah .... apa yang terjadi mungkin boleh dijadikan iktibar untuk diri slimut dan sahabat-sahabat perempuan di luar sana yang mana mungkin masih tidak bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan ... Cantik ... Hodoh .. itu semua sekadar pandangan luaran ... namun pada Allah swt .. tiada istilah cantik dan hodoh ..semuanya sama rata sahaja dan apa yang membezakan hanyalah amal ibadat ....
 
sangat mengerikan apabila melihat gadis cantik ini tiba-tiba bertukar wajah setelah mengalami masalah alahan kulit selepas mencuba  produk yang didapatkannya melalui penaja secara "online" .. untuk pengetahuan semua .. gadis yang bernama BUn BUn  merupakan seorang blogger blog kecantikan dari singapura ....
 
sangat menakutkan melihat wajah gadis ini sehinggakan kita yang melihat gambar saja pun mula rasa-rasa macam gatal-gatal  pada wajah kita sendiri .. bayangkab bagaimana dia menghadapi hari-harinya ....




My-Skin-Ravaged-Allergic-Reaction-After-Facial-Experience_BEFORE-facial
gambar asal sebelum guna produk


Juli five days after the facial

My-Skin-Ravaged-Allergic-Reaction-After-Facial-Experience_day-5-night_2
 
 
My-Skin-Ravaged-Allergic-Reaction-After-Facial-Experience_day-5-night_1



My-Skin-Ravaged-Allergic-Reaction-After-Facial-Experience_day-1-after-facial_COVER-2
 
 
 
 
untuk mengetahui sendiri dengan lebih lanjut ..bolehlah sahabat2 semua layari sendiri
blog gadis ini yang mana segala pengalamannya boleh dijadikan iktibar untuk kita...
 
 
 





10 June 2013

Kelebihan bulan Sya'aban dan keistimewaanya ~~




Alhamdulillah ... harini kita dah menjengah masuk dalam bulan Syaaban ... syukur ke hadrat Illahi kerana diberi kesempatan ini dan diharapkan kita sama-sama dapat melalui Syaaban ini sebaik2nya sebelum ke Bulan Ramadhan ... ayuhh.. slimut nak ajak sahabat2 semua untuk kita sama2 menghayati apa yang boleh kita lakukan pada bulan Syaaban ini ....
 


 
 
Pengertian Sya’aban:
 
Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya. Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
 
Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.
 
 
Sabda Nabi s.a.w. :
  •  Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
  • Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s.
  • Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan terlepas daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
  • Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
  • Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).  
  • Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, 
  • Allah Ta’ala membukakan pada bulan  Sya’aban tiga ratus pintu rahmat.
  • Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.
 
************* SELAMAT BERPUASA DI BULAN SYAABAN ******************
 
 
 
 

08 June 2013

Apabila kamu berada dalam suatu JAMAAH








Wahai anakku,
Apabila kamu berada dalam sesuatu jamaah, ikutlah apa yang diputuskan oleh jamaah dan kepimpinannya kerana di situ ada keberkatannya. Redha Allah bersama jamaah. Janganlah kamu merasa hebat terhadap pandanganmu sendiri atau pandangan yang berbeza dengan keputusan jamaah, kerana engkau telah mencabut keberkatannya untuk dirimu dan mengundang kemurkaan Allah.
 
 
Wahai anakku,
Andainya engkau kecewa kerana pandanganmu tidak dihargai atau ditolak oleh jamaah, sedarlah bahawa syaitan telah menguasai perasaan dan fikiranmu. Ia berusaha agar engkau bersedih, marah dan kecewa. Syaitan akan terus menghasutmu untuk memecah-belah jamaah melalui lidah dan tanganmu. Awasilah.
 
 
Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu menjadi punca yang menghancurkan keputusan jamaah.
 
 
Wahai anakku,
Awasilah golongan yang kecewa kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah. Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini.
 
 
Wahai anakku,
Musuh ingin melihat perpecahan di kalangan kita dengan menimbulkan buruk sangka dan hilangnya hormat antara satu sama lain. Mereka gembira apabila kita hilang adab dalam memberi pandangan. Di kala itu segala pandangan baik tidak lagi menjadi kebaikan. Kerana kebaikan hanya akan lahir bila kamu berkasih sayang serta hormat yang tinggi pada seseorang. Bilamana hilang hormatmu pada mereka, maka hilanglah hormat mereka kepadamu.
 
 
Wahai anakku,
Kalau kamu dibenci kerana kamu membenci dan kalau kamu mengasihi kamu akan dikasihi. Janganlah engkau melampau dalam kasih sayang kepada seseorang melebihi apa yang diizinkan Allah. Kerana terlampau kasih dan sayang akan cepat mengundang rasa kecewa. Bersederhanalah dalam segala tindakan, kerana engkau akan lebih tenang dalam pandangan penghormatan.
 
 
 
sumber :: harakahdaily
 
 
 
 
 
 
 

06 June 2013

Allah dah bagi 99 rezeki tu ... Alhamdulillah.......syukur



 

Allah tutup satu pintu rezeki kita , tapi ada 99 lagi pintu rezeki yang Allah bukakan untuk kita ... cuma bezanya lambat @ cepat saja kita akan masuk pintu2 tersebut.....
 
Alhamdulillah ... inilah kata-kata hikmaah yang slimut tanamkan dalam diri slimut pada awal 2013 ... memandangkan ramai yang bertanya soal kerja .. tak kurang juga ada yang mnyindir sebab ade degree tapi tak kerja-kerja lagi .... slimut cuba tepiskan semua kata-kata keramat tu dengan selalu ingat bahawa Allah itu maha adil .. Allah itu maha berkuasa .. DIA yang mengaturkan segala2nya ... . dan hanya Dia sahaja yang tahu bila diri slimut ini bersedia untuk menjejakkan kaki ke alam pekerjaan ....
 
interview kesana kemari tak henti ..wang berkepuk2 habes .... berjanggut menunggu jawapan .. ade yang makan mase 2 minggu .. 1 bulan.. 2 bulan dan lebeh dari itu pun ade .. . walaubagaimana sekalipun.., syukur Alhamdulillah Allah tak pernah hadirkan rasa kecewa dan putus asa dalam diri ini walaupun toleh kanan ..toleh kiri...semua kawan2 kerja best2 je .. dan sekelumit pun perasaan dengki tu tak ada dalam jiwa ini... ...
 
kadang2 slimut sendiri pun hairan dengan diri ini ...kenapa aku tak jealous ngn member2 yang dah kerja best2? kenapa aku tak rasa tercabar ngn diorang2 smua? kenapa aku sikit pun takde perasaan nak cepat2 kerja ?? rupa2nya ...kini baru slimut tahu .. selama ini Allah sedang merencana laluan hidup yang terbaik untuk slimut ... terima kasih Ya Allah... ku bersyukur padamu ... Alhamdulillah ... sekarang tawaran-tawaran yang datang tepat pada masanya ... disaat slimut dah betul2 bersedia untuk masuk ke alam pekerjaan ...
 
terima kasih diatas pemberiaanMu ya Allah .. sesungguhnya setiap apa yang aku lakukan di dunia ini adalah kerana Mu YaAllah ... lenaku .. makanku... kerjaku ... hanya kerana Mu ... setiap langkah kaki ini adalah kerana-Mu Allah swt ...
 
Ya Allah ..ku mohonkan semoga Engkau permudahkanlah segala urusan baru ku ini .. Engkau jauhilah aku dari segala perkara-perkara yang tak diingini disaat aku pergi dan pulang dari tempat kerja .... Engkau lindungilah aku daripada segala perbuatan-perbuatan khianat manusia .. Engkau hindarilah aku dari gangguan2 makhluk lain... Engkau kuatkanlah semangat aku ...Engkau tetapkan iman aku dan Engkau tetapkanlah pendirian aku untuk terus memberikan khidmat aku disini seandainya inilah yang terbaik untuk aku ......  Aaamin Ya Rabbal Alamin.....
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...