08 August 2013

HARUS bergembira pada HARI RAYA PERTAMA ~



 
 
 
 
Hukum menziarahi kubur pada hari pertama Aidilfitri boleh membawa kepada haram kerana ia boleh mengundang kesedihan serta mencemar sambutan kemenangan umat Islam yang seharusnya bergembira pada hari ini.
 
Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata demikian mengulas khutbah solat Aidilfitri di semua masjid di negeri ini hari ini dengan menyifatkan perkara bida'ah berkenaan juga dilarang para ulama termasuk Rasulullah SAW sendiri.
 
Malah katanya, ada di sesetengah tempat di negara ini peniaga mengaut keuntungan dengan menjual kalungan bunga serta air mawar dan sebagainya di kawasan pintu masuk tanah perkuburan selepas berduyun manusia hadir menziarahi kubur pada hari raya pertama.
 
Menurutnya, ini perkara perlu dielak dan disedari semua pihak kerana ia boleh membawa kepada pelbagai lagi perkara haram. "Banyak kita lihat kini terutama pada hari raya pertama Aidilfitri, orang ramai mula memenuhi tanah perkuburan sehingga lupa pada tuntutan utama pada hari raya iaitu bergembira, bermaaf-maafan dan menziarahi satu sama lain.
 
"Pada hari ini juga mereka (umat Islam) seharusnya meluangkan masa bersama keluarga sebaliknya bukan hanya menziarahi kubur yang boleh membawa kesedihan sehingga bertentangan dengan matlamat hari raya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
 
Katanya, pada hari raya umat Islam seharusnya menyambung amalan ibadat dan istiqamah dalam melakukanya pada sepanjang tahun selepas berakhirnya Ramadan. "Kita seharusnya menggunakan sambutan Aidilfitri ini bagi bergembira dan meluangkan masa menziarahi kubur pada hari-hari lain selepas itu," katanya.
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...