KISAH QABIL DAN HABIL
Menurut sesetengan ulamak , Nabi Adam dikurniakan Allah dengan anak ramai .
Dikatakan mereka mempunyai 120 orang putera puteri .
Setiap kali Siti Hawa melahirkan anak pasti akan
dikurniakan anak kembar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan .
Menurut peraturan dan syariat Nabi Adam seperti yang dikehendaki Allah ,
putera puterinya akan dijodohkan antara satu sama lain .
Kembar pertama yang dilahirkan oleh Siti Hawa ialah Qabil dan Iklima.
Kembar keduanya ialah Habil dan Damina .
Adik Qabil iaitu Iklima mempunyai rupa paras yang cantik jelita .
Namun
Damina tidak mempunyai rupa paras yang cantik seperti kakaknya .
Setelah putera puteri baginda meningkat dewasa ,
Nabi Adam mendapat satu wahyu yang sangat penting dari Allah .
Menurut wahyu tersebut Allah memerintahkan Nabi Adam menjodohkan putera puterinya secara berselang seli .
Ini bermakna Qabil mestilah berkahwin dengan Damina
&
Habil pula berkahwin dengan Iklima.
Setelah menerima wahyu itu Nabi Adam segera memberitahu putera puterinya .
Namun
puteranya Qabil tidak bersetuju dan terus membantah seraya berkata
“Ayah ! aku tidak bersetuju dengan keputusan ayah.
Akulah yang berhak berkahwin dengan Iklima kerana dia lahir bersama-sama dengan ku ” . Qabil membantah kerana cemburu dengan terhadap adiknya, Habil .
Setelah abangnya diam , Habil pula berkata “ Ayah ! Aku serahkan perkara ini kepada Allah jika demikian perintah Allah” .
Kata-kata Habil ini membuatkan abangnya itu bertambah marah .
Nabi Adam diam mendengarkan kata anaknya itu . Tapi Qabil terus membantah sambil berkata “Tidak ayah..aku tetap tidak bersetuju…kalau ayah meneruskan juga beerti ayah mengasihi Habil dan membenciku”. Nabi Adam merasa serba salah dalam menghadapi masaalah menjodohkan anaknya .
Setelah berfikir panjang , Nabi Adam pun memberi cadangan
“ Wahai putera-puteraku..kamu berdualah pergi minta keputusan
dari Allah dengan membawa korban mu masing-masing .
Barang siapa korbannya diterima Allah , maka dia lah yang benar ”
Pada keesokan harinya kedua-dua putera Nabi Adam itu
segera pergi ke tempat yang Nabi Adam sering sujud kepada Allah .
Qabil membawa sehidang buah-buahan sesuai pekerjaanya sebagai seorang petani.
Maka Habil pula membawa seekor kambing sesuai pekerjaannya sebagai pengembala . Kedua-duanya meletakkan korban masing-masing ditempat yang disediakan .
Tidak lama kemudian , turunlah api tanpa asap menyambar korban yang dipersembahkan oleh Habil .
Korban Qabil langsung tidak terusik dan berada di tempatnya .
Ini beerti Habil lah yang benar dan dialah yang patut berkahwin dengan Iklima .
Keputusan dari Allah ini tidak juga membuat Qabil berasa puas
malah dia semakin geram dan dendam terhadap adiknya .
Di saat inilah iblis mula menusukkan jarumnya .
Iblis mula menghasut Qabil agar membunuh Habil & menghapuskannya
terus dari muka bumi ini .
Akhirnya Habil telah dibunuh dengan kejamnya .
Pembunuhan ini merupakan detik pembunuhan pertama
dalam sejarah hidup dan tamaddun manusia di bumi Allah ini .
Pembunuh yang pertama ialah Qabil dan mangsa pembunuhan pertama
pula ialah Habil , adik Qabil sendiri .
Sejak itu , mulalah tercetusnya pembunuhan sesama manusia
kerana masalah wanita .
Iblis tidak hentinya menghasut dan mengajak manusia
agar melakukan kerosakan kerana Iblis memang suka melihat
manusia itu suka melakukan kerosakan di atas muka bumi ini .
Kesimpulan daripada kisah korang bace ni kn....kita dpt taw manusia adalah makhluk yang lemah dan mudah terpedaya dengan hasutan iblis .
Sejak Nabi Adam diturunkan ke dunia ini lantaran termakan buah khuldi ,
Iblis dan syaitan tanpa hentinya menghasut anak cucu Adam hingga ke hari kiamat .
Sesungguhnya , pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini ialah :
- Kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada gangguan syaitan .
- Hendaklah kita mempunyai sifat bertolak ansur dan toleransi sesama sendiri apatah lagi hidup bermasyarakat .
- Perbanyakkan amal ibadat dan selalu berzikir kerana amalan – amalan ini dapat menghindari kita dari gangguan iblis dan syaitan .
No comments:
Post a Comment