…Harap anda enjoy…!
1. Tak hormat wanita
-antara peranan wanita yang terpenting di dunia adalah
menjadi isteri dan ibu kepada insan yang bernama lelaki.
Maka, seseorang wanita itu memang berhak untuk dihormati.
Jangan sesekali menyakiti wanita baik dari segi fizikal
ataupun emosi. Dah memang peranan lelaki untuk
melindungi kaum wanita yang memiliki sikap yang lemah,
tak gitu? Ya, dari segi fizikalnya, wanita memang agak
lemah daripada lelaki, namun jangan terkejut jika
‘tangan yang disangka lembut itulah yang menghayun buaian,
mengoncang dunia dan seterusnya mencipta sejarah’….
2. Terlalu ego
– anda terlalu ego? Jangan begitu… kerana sikap ini
sebenarnya hanya akan menjauhkan wanita daripada anda!
Sikap ego boleh membawa banyak keburukan di
dalam sesuatu hubungan. Ego dalam diri seorang
lelaki itu boleh membuatkan sikap yang lemah lembut
bertukar menjadi panas baran. Ego lelaki jugak
biasanya menghalangnya daripada mengakui kebenaran
kata-kata seorang wanita. Kalau boleh, kawallah sikit
ego tu kerana wanita amat suka jika kekasihnya dapat
mengalah dalam sesuatu perkara.
3. Penakut
– bukankah seorang lelaki itu penyelamat atau hero
kepada wanita? Oleh itu wanita perlukan seorang
kekasih yang gagah yang dapat menjaga keselamatan
serta melindungi dirinya. Tapi ‘gagah’ tu bukanlah beerti
anda semua kena ada ‘6 packs’ di bahagian perut tue,
cuma memadailah jika anda tahu serba sedikit bab-bab
mempertahankan diri ker, ataupun doa-doa pelindung
diri ker…:-)… Amalkan petua ini, berani kerana benar,
takut kerana salah yer…. huhu
4. Pemarah
– wanita tak suka lelaki yang suka marah-marah.
Kalau nak marah pun, biarlah bertempat, tak gitu?
Misalnya, kalau ko dapat tau isteri ko tengah berdating
dengan lelaki lain, memang patut lah ko rasa marah.
Tapi jangan pulak anda ‘ringan-ringankan’ tangan.
Sebaliknya, ambil sikap bersabar. Mana tau kot-kot
isteri pun cari lain sebab suaminya terlalu
pemarah dan bengis… :-)
5. Sukakan lelaki
– ehem-ehem… maksudnya ‘gay’ la nie:-) Ntah nape pada zaman sekarang nie, makin ramai pulak yang sukakan
kaum sejenisnya. Mungkin terlalu ‘free minded’ ataupun
terlalu terdedah dengan budaya Barat, betul tak?
Yang pastinya, wanita boleh menganggap anda s
ebagai teman mereka, tetapi bukan sebagai teman
lelaki ataupun bakal suami la..
anyway, tak salah jika seorang lelaki itu
suka pada kawan lelaki mereka – tapi setakat ‘suka’ in
terms of friendship jer la… kalau selain daripada tue…
mintak maaflah brader… ;-)
Padanlah wanita pada zaman ini sukar
sekali untuk bertemu pasangan mereka, kan?
Bagi lelaki di luar sana pulak, khususnya kepada
mereka yang ada menyerupai ciri-ciri di atas, harap
mengambil iktibar daripada apa yang nak disampaikan
di atas, okey :-) Dan jangan ada yang terasa hati
pulak kerana ini cumalah bacaan santai jer…
No comments:
Post a Comment