31 December 2011

goodbye 2011 ~~2012 ku menanti sinarmu ~~



assalamualaikum wbt wahai  sahabat blogger semua...
smoga kite smua mendapat rahmat Allah SWT dihari2 
terakhir dlm tahun 2011 ini..
selawat dan salam kepada junjungan besar kita 
Nabi Muhammad SAW.semoga syafaat Baginda
akn kite perolehi kelak...insyaAllah....


2011 semakin melabuhkan punggungnya & 
dada 2012 bakal menghiasi kehidupan kita.....
slimut pasti pelbagai peristiwa suka duka ,pahit manis.masam,masin,
tawar dan sbgainya telah sahabat2 lalui temasuk jga slimut spnjang tahun ni..

usah la kite bcakap pasal azam yg x tercapai pd tahun 2011
tetapi mai la same2 kite bersyukur di atas segala kurniaan yang Allah
bagi kat kite selama ini,





                  Menjelang hari-hari terakhir dalam 2011 ini, kita dianjurkan untuk
 senantiasa bermuhasabah diri. Apa yang telah kita lakukan kepada 
agama, bangsa dan negara kita. Ingatlah walau sekecil
 mana pun peranan kita, percayalah bahawa kita 
sebenarnya telah menyumbang sesuatu kepada pembangunan agama,
 bangsa dan negara kita. Kita tidak perlu menjadi 
seorang menteri untuk membantu kepada pembangunan negara 
sebaliknya peranan kecil kita sebagai seorang pekerja biasa 
dan ketua atau ahli dalam sesebuah isirumah itulah yang 
banyak sumbangannya.



                          Segala-galanya bermula di rumah. Jika suasana di rumah itu kondusif,
 harmoni, positif dan sebagainya makan semua unsur ini akan dibawa ke luar sana.
 Jika di rumah kita dididik untuk senantiasa membuang sampah di dalam tong sampah
, maka di luar kita tidak akan sampai hati untuk membuka tingkap
 dan mencampak bungkusan bekas makanan keluar dari kereta kita.



            Jika di rumah kita telah dididik untuk membaca doa sebelum
        menikmati makanan,maka apabila kita makan di luar pun kita akan 
       senantiasa istiqamah untuk membaca doa sebelum menikmati makanan.


      jika di rumah kita telah dididik untuk solat di awal waktu,
  maka apabila di luar pun apabila masuk sahaja waktu solat kita 
akan cepat rasa bersalah dan mula tercari-cari surau / masjid untuk
  disinggahi bagi mengerjakan kewajiban itu.


Begitu juga apabila di rumah kita telah dididik untuk senantiasa 
menghormati ibubapa kita, maka di luar pun kita akan senantiasa
 hormat akan ibubapa orang lain ataupun orang yang lebih tua dari kita.


     Segala-galanya bermula dari diri dan keluarga kita.
 Jadi jangan sesekali menyalahkan pihak lain, jangan
 sesekali menyalahkan sistem, jangan sesekali menyalahkan itu dan ini.
 Kembalilah kepada muhasabah diri sendiri.
 Adakah kita ini aset kepada negara tercinta ini atau 
hanya liabiliti yang menyusahkan pihak lain ?



          kita hanyalah insan biasa....
yang senantiasa melakukan kesilapan demi kesilapan...
tetapi kite harus belajar dr kesilapan kita
dan memperbetulkannya
supaya kita tidak terus hanyut 
dengan kesilpaan kita.....










dikesempatan ini juga...slimut ingin memohon 
maaf kepada semua rakan2 andai 
kata slimut telah melakukan sebarang kesilapan...
semoga slimut masih diberi kesempatan untuk memperaiki
segla2nya......




~~ 2012 semoga kedatanganmu membawa
seribu rahmat kepada kami semua....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...