seriau plak bile dengar news ade OKT melarikan diri ni...nmpak sangat mereka ni berbahaya kan... slimut yakin rata-rata penduduk2 di area pulau pinang dan kedah tak senang duduk selagi mereka semua tak dtangkap kembali... bkn stakat xsenang duduk.. malah mandi tak basah..mkn tak lalu kot.. bahayaaaa wooooo .... but.. no need to worry.... slimut rase tak sampai seminggu je lagi confirm semua diorang ni akan dapat dtangkap balik... POLIS malaysia kita kn hebat !!!! "sepandai2 manusia berlari..akhirnya jatuh tersungkur jugak kalau tersepak kayu "... hehe
Gempar semalam apabila 9 tahanan dari Penjara Pulau Pinang melarikan diri semasa dalam perjalanan ke mahkamah. Tahanan itu dikatakan melarikan diri apabila berlakon bergaduh sesama sendiri dan kemudiannya melemparkan serbuk cili, memukul anggota polis dan seterusnya melarikan diri.
Walaubagaimanapun, 2 tahanan daripada 9 tahanan tersebut berjaya ditahan semula semalam. 7 tahanan yang lain berusia 20 – 30 tahun dan melarikan diri ke ladang kelapa sawit setelah berjaya membuka gari mereka. Dato’ Abdul Rahim b Hanafi, Ketua Polis Pulau Pinang mengklasifikasikan mereka sebagai sangat berbahaya dan agresif.
Pada awalnya, tahanan tersebut dibawa ke mahmakah untuk prosiding sebutan semula kes. Walaubagaimanapun, salah seorang Orang Kena Tuduh (OKT) berpura-pura berkelahi dengan sesama sendiri sehingga menyebabkan keadaan menjadi tak terkawal dan polis terpaksa memberhentikan kenderaan di tepi jalan.
Kejadian berlaku di atas lebuhraya berdekatan Pantai Bersih, Butterworth.
Salah seorang tahanan kemudiannya mengambil kesempatan untuk mencampakkan serbuk cili ke anggota polis yang mengiringi mereka. Mereka kemudiannya mengambil kesempatan ini untuk memukul 4 anggota polis tersebut sehingga cedera di mata, kaki dan kepala. Tahanan tersebut memukul 4 anggota polis tersebut menggunakan gari dan tangan mereka.
Anggota polis tersebut dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Tahanan-tahanan tersebut juga berjaya membuka gari mereka dengan mengambil kunci dari pengiring polis yang dipukul.
Abdul Rahim juga memaklumkan bahawa anggota polis yang menjadi pengiring kini dalam soal siasat dan mereka akan didakwa di bawah Seksyen 223/224 kerana cuai dan 394 Kanun Keseksaan kerana cuai semasa melaksanakan tugas.
Keempat-empat anggota polis tersebut dikatakan tidak memeriksa tahanan tersebut semasa mengambil mereka di Penjara Pulau Pinang. Anggota polis yang disiasat berumur 30-an.
Di antara wajah tahanan yang melarikan diri semalam
No comments:
Post a Comment