08 March 2013

kisah di sebalik "tak ada apa-apa"

 
 
 

Kisah Di Sebalik Ungkapan “Tak ada apa-apa” Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga!
 
Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. “Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,”katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri.
 
Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu. Saya pohon padanya, “Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?” Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini.” Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,”Tak ada apa-apa”. Saya masih tidak puas hati lagi.
 
Malam itu saya munajat denganTuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengahadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berhat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, “Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sbari tahu sabri ada buat salah, tapi mam tak nak bagitau.” Airmata sudah membasahi pipi. Tak ada apa-apa?”Tingkah mama semula.
 
Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. “Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesakali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-seddu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang.”
 
 
Saya terkedu. Mama menyambung, “Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?”
 
Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa.” Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, “Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri kan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!” Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama.
 
Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang.” Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.
 
Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalamn saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.
 
Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya.” Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon.”Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya.” Suara ellaki itu seakan sebak.
 
Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selam ini. “Syukur kamu dah insaf. Selam hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, taapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung.
 
Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata ‘órang tua bodoh. Tak ada otak’” Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Mak gosok dan lipat.
 
Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, “Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!” Akhirnya dosa si anak diampunkan.
 
Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan ‘tak ada apa-apa’ dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan ‘apa-apa’ yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.”… dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa.
 
 Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya.” An-Nisa’:36
 
 
Buat yang masih mempunyai ibu ...
Selama ini, adakah kita pernah berkasar bahasa dengan ibu, ummi, mama, mum atau mak kita??? Pernah tak kita melawan cakap mak kita?? Pernah atau tidak kita meninggikan suara dengan ibu kita?? Ada atau tidak kelakukan, perangai, tingkah laku kita sehingga menyebabkan air mata ibu kita mengalir?? Wahai sahabat semua, ingatlah bahawa “REDHA ALLAH ke atas kita adalah terletak pada REDHA IBU BAPA kita kepada kita“.
 
Kalau mak ayah kita terasa hati, kecewa dan tidak redha dengan kita, bagaimana mungkin kita boleh selamat di akhirat nanti? Jangan kata akhirat, di dunia ini lagi hidup kita tidak akan mendapat keberkatan. Jadi, marilah kita sama-sama menginsafi diri. Kalau kita ada buat salah, bersikap kurang ajar atau menyakiti hati orang tua kita, bersegeralah memohon ampun maaf dari mereka selagi hayat mereka masih dikandung badan. Marilah kita ubah sikap, tingkah laku dan perangai buruk kita mulai dari sekarang. Marilah kita berusaha untuk menjadi anak yang soleh, menghormati, dan beradab sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa kita. Sentiasa lah patuh pada mereka, merendah diri dan melayani mereka dengan sebaik mungkin.
 
Semoga kita akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Kepada yang sudah kehilangan ibu dan ayah, panjatkanlah doa buat mereka. Minta pada Allah supaya mengampunkan dosa dan merahmati mereka. Sesungguhnya doa anak-anak yang soleh, akan diterima oleh Allah sebagai amalan soleh dan pahala bagi amalan ini dapat membantu ibu bapa kita di alam sana insyaAllah.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...