12 October 2012

subhanallah ~cara ingat juzuk quran yg menakjubkan ~

 
 
assalamualaikum ~~
pejam celik pejam celik dah hari jumaat
dah kite.... kejap je kang rase,...
mungkin lepas ni kita pejam celik
pejam celik...pejam then tak celik celik lagi dah
urmm..sape taw kan ??? so same2 la kita bersyukur dengan
setiap saat kehidupan kita....
  
kawan kawan semua
mesti pernah kan bace quran.....
tapi ingat tak juzuk yang korang bace kat page mane??
x ingat kan ??? kalo ingat tahniah
slimut ucapkan...;+)
harini slimut nak share satu benda yang
mengagumkan.. tapi boleh dgunapakai untuk
alquran yg biase tu je taw...
 

 
tips1
 
Jika u olls ingin taw Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5 - 1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 after jawapan tu .
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5
bermula pada halaman 82.
;=))

tips 2
Jika anda ingin taw Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

tips 3
Jika anda ingin taw Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442


Subhanallah, memang menakjubkan kan??.
Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca
Al-Quran, bukan masuk Bintang Kecil,
bukan bercita-cita masuk Akademi Fantasia atau Mentor!!
ataupun vokal buakn sekadar rupa...hehe

 

11 October 2012

belajar ilmu ikhlas



malam2 jumaat ni meh kita blajar ilmu ~ ilmu ikhlas ~



"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"Dalam perjalanan ke pasar mereka
berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
 
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni
 yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar
 yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya
hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.


"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid
 itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang
 yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru
 dan anak murid tersebut."Agaknya, mereka hendak buat kenduri
 dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.


Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan
guni yang berisi batu-batu tadi."Oh, letih sungguh... apa yang kita
nak buat dengan batu-batu ni Tok?" "Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas.
Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji
 banyaknyabarang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan
barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
 
 
 
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung.
Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah.
Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"
 ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.


 

Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.





10 October 2012

berkahwin murahkan rezeki ~



assalamualaikum sahabat2 blogger ~
rase macam nak tidor balik je pagi2 ni..
cuaca kat luar mendung je..hurmmm....

untuk hilangkan rase ngntuk rasenye ubat paling
mujarab adalah fikir sal kawen..hehehehehe
yeaahh ~ kegatalan melanda ~
ade x yg xmau kawen ?? haaa..bace  ni ye....
 
 
Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah
 satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana
sabda Baginda yang bermaksud:
“Perkahwinan itu sunnah aku.
Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia
 bukan dari kalanganku.”
(Riwayat Bukhari)
 
 

Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu suatu
perkara yang rumit n menyusahkan.Knape perkara ni boleh terjadi ?
Ramai di antara kita yg beranggapan, nak kahwin mesti ada kereta,
mesti ada wang yg banyak,mesti ada itu dan ini ..betol x?? haaa
 Cuba kita ambil iktibar dari kisah yang berlaku 
lebih kurang 1400 tahundahulu yang mana boleh kita jadikan 
panduan hidup ini. Insya-Allah …

  
Pada suatu hari Rasulullah sa.w. didatangi oleh seorang lelaki.


Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian
 ia meminta jalan keluar agar terlepas dr belnggu kemiskinan..


Rasulullah s.a.w tanpa banyak fikir lagi terus menyuruh lelaki
itu berkahwin.Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang
diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap,
maka lelaki itu berkahwin...





 

Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah

 dan mengadukan nasibnya, “Ya Rasulullah saya sudah berkahwin
tetapi masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah ?”. 
“Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.
 
Si lelaki tanpa banyak bertanya lagi. Beliau percayakan kepada
Rasulullah. Sebab tidak mungkin Rasulullah mahu menipu
 ummatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain.
 
Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada
Rasulullah dan mengadukan masalahnya : “Ya Rasulullah, isteri
saya sudah dua tapi saya masih miskin,bagaimana ya Rasulullah?
”keluh lelaki itu. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.
 
Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah
Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. 

Namun setelah beberapa lama keadaan tetap juga belum berubah. 
Mulanya ia malu mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya....
 ia masih tetap miskin. Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah 
n menyampaikan masalahnya. 

“Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, 
tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?”, adu lelaki itu. 
“Berkahwinlah lagi,” kata Rasulullah.

 


Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata
Rasulullah.Ternyata isteri keempatnya ini membawa perubahan di
dalam kehidupannya.Dengan kepandaiannya menenun,ia mengajar
kemahiran tersebut kepada tiga madunya.


Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan.
 Perusahaan industrinya maju dan mampu mencukupi keperluan 
rumah tangga lelaki itu serta isteri-isterinya.

Sabda Rasulullah bermaksud : 
“Carilah rezeki dengan menikah” (Riwayat Ibnu Abbas)

Firman Allah Taala bermaksud : 
“Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, 
dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu 
yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan.

Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka 
dengan kurnia-Nya. 



Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya)



 lagi Maha Mengetahui.”

(surah an-Nur :32)

Dengan mengambill iktibar dan teladan dari kisah di atas, 
Insya-Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah,
 tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.


~ urmm .. bukan untuk kaum adam saja tau...
kaum hawa pun sama.. selain rezeki kita murah..
kita juga akan dapat menghilangkan masalah kita..
slimut pun nak kawen la...
tapi tunggu orng masuk meminang xder pun ni..
hehehe... > gatal<




09 October 2012

petua ajaib kempiskan perut yg boroi ~







* Lakukan selama 3 minit sehari. Anda boleh melakukannya 
ketika membuat kerja-kerja yang lain.



* Yang pentingnya di sini, menghembus / meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat.



* Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu hasilnya berbeza-beza, 
tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut.



* Menurut pakar, ketika kita bernafas, otot perut adalah lebih banyak digunakan ketika menghembus nafas daripada ketika menarik nafas.



* Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, penggunaan otot perut menjadi kan kesannya berlipat kali ganda.

Tak caya!? Cubalah!!hehee

 

(Sumber : “Ito-ken no Shokutaku” http://www.ntv.co.jp/ito-ke/ )


08 October 2012

pastikan doktor islam yg mnyambutbayi anda..






Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital,gelisah akan

keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa
jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor
berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibusudah
tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.

"Jadi bagaimana doktor ..?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapimasih ada 
harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau
menyelamatkan si bayi!"

Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata. ......

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat 
pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu,
"Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor.
Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya. 

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah
berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dandia
tahu apa yang harus dilakukannya.

------------ --------- --------- --------- --------- - 

Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh
mempengaruhi keputusan disaat genting.

Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha
menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. 

Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan
si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan
terakhir dan muktamat.


Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian? 

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa,
doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal".Manusia yang
lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus 
mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).


Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak,
agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa 
mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan
mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika
si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, 
dosanya belum sempat ditebus.


Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor
muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang
bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah 
sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan
mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh.
Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada
Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak 
dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak
menjadi orang yang tersesat.


Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk
memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada 
doktor itu.


Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap
ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.


Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal 
menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.



Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
1. Meneruskan tidur, atau bangun solat subuh?
2. Untuk lunch dulu, atau sholat zohor dahulu
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke
gerai kopi/disco dulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu? 
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.....


Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan
melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti. 


Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan
 tambahkan ilmu dengan
majlis2 ILMU. 


Mudah2an selamat kita semua di dunia & di akhirat.
Amiin..
 nasihat untk diri slimut dan sahbat-sahbat juga,,, ;=)





28 September 2012

gambar yg menakjubkan !!




special untuk sahabat2 slimut dihari jumaat yang

indah ini ~~ layannnnnnnnnnnnnnnn ~~











































jangan kita mengeluh ~



assalamualaikum~ salam hari jumaat ~


JANGAN MENGELUH ...........

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?  
QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka 
dibiarkan saja mengatakan; 
"Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka 
tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,
 maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, 
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
 



KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB:
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, 
dan boleh jadi pulakamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, 
Allah mengetahui sedang
 kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216

 

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "

- Surah Al-Baqarah ayat 286
 


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah 
org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139
 


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi
 segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , 
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, 
di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan 
di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah
 (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, 
kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
 


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan 
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah
 berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45
 


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan 
memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111
 


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya 
aku bertawakkal. "

- Surah At-Taubah ayat 129
 


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
 berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 12


Nota:
Slimut sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran.




25 September 2012

JOM kita buat terapi minda terapi kaki...hehe





selamat pagi dunia !!!! bangun2x...dah 630 am dah..
. lap ler air liur basi tu dulu haaa.....
arini sejuk yg teramat sangat..best gak kalo
sambung tido lg..hujan kat negeri perlis ni 
xhenti2 lagi dari kul 3 am tadi.....ermmm~ 


pagi2 ni rase xder pape kot nak di share..
tapi slimut nak ajak u all untuk uji 
kebijaksanaan kaki kanan u all....hehe

lets try !!!!!




1 ~ pusingkan kaki kanan u all ikut arah jam ok....
haaa.... pusing...pusing lagi...pusing........

2~ then, tuliskan  no 6 atas udara guna tangan
kanan u all .... kaki tu make sure x berhenti lagi
pusing.. teruskan je pusing...

3~ hehe..tengoklah ape yg berlaku ... secara  
automatiknya kaki u all tue akan bertukar arah..
ye dak ??????? 


___ daaa..  xpayah nak senyum sorang2....
;=)) 
enjoYY !!

    













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...