disaat kita bergembira berbuka bersama keluarga... masih ade insan yg merana mengenangkan dengan siapa perlu berbuka... apakah juadah untuk berbuka... warna baju raya .... kemana hala tuju raya ..... mungkin persoalan inilah yg bermain di minda mereka... 8 orang bekas banduan yang telah mendapat pengampunan dari sultan Johor dan dibebaskan pada 1 Ramadhan yg lepas selepas bertahun2 lamenye mereka bertapa dalam penjara yg mana segala gerak geri dikawal disana ....
mari same2 kita ikuti rencana mngenai 3 anatara 8 banduan tersebut ...
terasa hiba hati ini membaca kisah mereka ....
Episod baru tiga banduan
Oleh Mazlina Abdul Majid
mazlina.majid@kosmo.com.my
“ASSALAMUALAIKUM,
Tuan. Saya Sapuan Hanin,” ujar seorang lelaki yang separuh abad
usianya. Dia juga memperkenalkan dirinya mengikut kod seorang banduan.
“Kes
apa yang dilakukan oleh kamu semasa kamu masuk (ke penjara),” soal
Pengarah Penjara Mat Rasid Jahlih kepada lelaki bertubuh kecil yang
kudung tangan kirinya dan beruban itu.
Lelaki yang berkaca mata itu mengenakan baju dan seluar berwarna biru laut menjawab dengan nada perlahan: “Kes ganja, Tuan.”
Lelaki yang berkaca mata itu mengenakan baju dan seluar berwarna biru laut menjawab dengan nada perlahan: “Kes ganja, Tuan.”
“Kalau
ikut waran pertama, awak dihukum di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah
Berbahaya 1952 iaitu gantung sampai mati, tapi pada hari ini, Sultan
Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar memberi
pengampunan penuh dan perintah pembebasan kepada awak,” beritahu Mat
Rasid kepada Sapuan pada upacara khas pembebasan tiga banduan di Penjara
Kluang baru-baru ini.
Sapuan, 58, dengan tangan terketar-ketar kemudian menurunkan lebih lapan cap jari pada sebuah buku usang yang bersaiz A2.
Berputus asa
Pada
18 Julai lalu, satu sejarah tercipta apabila Sultan Ibrahim Ismail
berkenan memberi pengampunan penuh dan perintah pembebasan kepada lapan
orang banduan pada hari pertama umat Islam berpuasa.
Lapan
banduan dibebaskan pada 1 Ramadan lalu. Seorang daripadanya ialah
Sapuan.
Tujuh banduan lain yang dibebaskan berumur antara 41 hingga 63 tahun termasuk dua warga Indonesia dan seorang warga Singapura.
Mereka
yang menjalani hukuman penjara seumur hidup dirujuk di bawah kes Kajian
Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS) di bawah Peraturan 54,
Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Tiga banduan dari Penjara Kluang dibebaskan iaitu Sapuan, Shamsudin@Botak@Bachik Baharin, 55, dan Mohd. Ali Nordin, 63.
Tiga banduan dari Penjara Kluang dibebaskan iaitu Sapuan, Shamsudin@Botak@Bachik Baharin, 55, dan Mohd. Ali Nordin, 63.
Alkisah Sapuan
sapuan menurunkan tandtangan |
Peraturan Penjara 2000. Sepanjang
26 tahun menjadi penghuni penjara, lelaki yang berasal dari Benut,
Johor itu mempunyai gaji RM18. Namun, pegawai penjara memaklumkan Sapuan
sudah membelanjakan kesemua gajinya. “Terima
kasih Tuan, terima kasih tidak terhingga, Tuan banyak menolong saya,
terima kasih Tuan,” katanya sambil memberi tabik hormat kepada Mat
Rasid. Tekanan
pada jiwa menyebabkan dia terlupa umurnya kini. Lelaki yang sudah
menginjak usia itu sudah terlalu terpisah dengan dunia luar. Ada tembok
besar yang menghalangnya, kata lelaki bujang itu.
“Jiwa
saya betul-betul terseksa. Saya pernah berputus asa untuk hidup setelah
rayuan ketiga ditolak sehingga saya nekad untuk membunuh diri dengan
terjun dari tingkat tiga penjara,” beritahunya yang tidak menyangka
berpeluang melihat matahari, bulan dan bintang selepas lebih dua dekad
terkurung di dalam penjara.
Anak kelima daripada enam beradik itu bagaikan melepaskan lara yang terbuku.
“Saya
memegang kad Bintang Merah iaitu kategori individu yang akan digantung
sampai mati. Bilik saya terasing dengan banduan-banduan yang lain dan
dekat dengan bilik gantung.
“Saya
takut menjalani hukuman digantung kerana ada pihak menceritakan keadaan
bahawa selepas digantung ada yang leher hampir putus dan lidah terjelir
sampai saya tak lalu makan dan minum.
“Pembebasan
ini bagaikan mati hidup semula dan saya rasakan saya seperti bayi baru
dilahirkan apabila melangkah keluar dari pintu penjara ini,” cerita
Sapuan yang menerima kunjungan kakak kedua dan anak saudaranya yang
sudah terpisah lama.
Keajaiban Allah
Sapuan
dipenjarakan sejak tahun 1987 atas kesalahan mengedar 6.71 kilogram
kanabis di sebuah surau di Jalan Parit Ismail, Benut, Pontian.
Dia
yang mesra dengan panggilan Pak Wan di Penjara Kluang menghela
nafasnya. Ujar lelaki yang sedang mencongak masa depannya berkata:
“Hidup ini penuh keajaiban dan Allah itu Maha Besar.”
Sapuan
percaya, apabila bahagia mula menyapa dirinya, dia mampu meneruskan
kehidupan yang lebih sempurna. Buat sementara waktu, Sapuan menumpang
kasih di rumah anak saudara dan cucu saudaranya. Berbekalkan kemahiran
yang diperoleh daripada penjara, Sapuan bercadang untuk mengusahakan
perusahaan perabot.
“Saya
harap masyarakat memberi ruang kepada adik saya memulakan kehidupan
baru,” kata kakak kedua Sapuan yang hanya mahu dikenali sebagai Salmah,
60-an.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
alkisah Shamsudin@Botak
Selain
Sapuan, Shamsudin@Botak seorang warga Singapura turut dibebaskan. Dia
ialah banduan yang paling lama meringkuk dalam penjara iaitu selama 37
tahun.
Shamsudin
dipenjarakan sejak umurnya 19 tahun. Dia pernah menghuni Penjara Ayer
Molek, Johor Bahru, Penjara Sungai Buloh, Penjara Kajang dan Penjara
Taiping. Kata Shamsudin dengan wajah penuh keinsafan, disebabkan terlalu
lama dalam penjara sejak zaman remaja, sedikit pun tidak terlintas
dalam fikiran bahawa dia akan dibebaskan.
Kisah hidup lelaki yang berkepala botak itu sangat panjang.
“Selepas
berhenti sekolah, saya terlibat dengan kongsi gelap, apabila dipanggil
untuk Perkhidmatan Negara Singapura, saya telah berhijrah ke Johor
Bahru, Johor. Di situ saya berkenalan dengan rakan dan terlibat dengan
jenayah senjata api.
Shamsudin
dihukum penjara seumur hidup pada umur 22 tahun dengan 12 kali sebatan
oleh Mahkamah Tinggi Johor kerana menembak dua anggota polis iaitu Abdul
Ghani Abu Bakar dan Koperal Daiman Muhammad Shah.
Ketika
ditemui, lelaki yang sudah kehilangan beberapa batang gigi, rabun
tetapi masih mempunyai tubuh badan yang sihat sempat menitip warkah
perjalanan hidupnya. Kisah kehidupannya dicatatkan di atas tiga helai
kertas. Dia juga memegang sebuah buku yang penuh dengan catatan
menggunakan pen dakwat biru.
Shamsudin yang fasih berbahasa Inggeris membenarkan penulis membacanya.
Antara
yang dititipkannya dalam warkah tersebut ialah: “Semasa saya di Penjara
Sungai Buloh, kenangan paling indah bagi diri saya ialah dapat memotong
dan menjahit baju Melayu, kebaya dan blazer untuk kontingen Malaysia ke
Sukan SEA Brunei, itulah pencapaian saya yang paling tinggi dalam
bidang jahitan, walaupun saya bukan warganegara Malaysia tetapi saya
mampu menyumbang kemahiran yang saya pelajari di penjara ini.”
Ke mana Shamsudin selepas ini? Dia merancang untuk membuka kedai jahit di negara kelahirannya.
Walaupun
tiada siapa yang menyambut Shamsudin pada hari dia dibebaskan, lelaki
ini memberitahu, ada ahli keluarganya yang datang melawat dan
memberitahu perkembangan Singapura kepadanya.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Tidak
seperti Sapuan dan Shamsudin, perasaan seorang lagi bekas banduan,
Mohd. Ali Nordin, 63, bercampur-baur. Dia berasal dari Lombok,
Indonesia.
“Perasaan
saya gembira bercampur sedih. Saya mahu mencari semula dua anak saya
yang saya tinggalkan ketika mereka masih di tadika dan darjah satu.
“Wajah
anak-anak saya sentiasa di dalam fikiran selama 22 tahun saya di
penjarakan. Kini mereka dah besar dan yang pasti mereka tidak mengenali
saya tapi saya tetap mahu mencari mereka,” katanya yang kerap
mengalirkan air mata pada hari pembebasannya.
Berpegang pada al-Quran
Lebih
menyentuh perasaan, tiada siapapun yang tahu dia sudah dibebaskan
kecuali pihak kedutaan. Dia juga tidak tahu mahu tinggal di mana.
Lelaki
bertubuh kurus ini juga sudah tiada ikatan perkahwinan dengan
isterinya. Mohd. Ali yang berhijrah ke Malaysia pada zaman muda
menjadikan al-Quran sebagai panduan hidupnya sejak hidup di penjara.
“Jangan jadi seperti saya, kerana wang, saya terperangkap dan habiskan sisa usia saya di sini,” katanya yang dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat dengan enam sebatan atas kesalahan rompakan dan menunjukkan senjata api.
“Jangan jadi seperti saya, kerana wang, saya terperangkap dan habiskan sisa usia saya di sini,” katanya yang dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat dengan enam sebatan atas kesalahan rompakan dan menunjukkan senjata api.
Dia
didakwa di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Seperti Sapuan, Mohd. Ali juga mempunyai skil kemahiran membuat
perabot.
“Saya
sudah memohon untuk menjadi penduduk tetap dan insya-Allah mahu membuka
perniagaan perabot,” katanya yang masih mencatur kehidupan baharu.
Mohd.
Ali, Sapuan atau Shamsudin, mahu ucapkan selamat tinggal selama-lamanya
kepada penjara. Ketiga-tiga lelaki yang pernah hidup bersulam dosa itu
enggan mengenang peristiwa hitam yang terpahat dalam ingatan.
Satu
harapan mereka, agar masyarakat menerima mereka seadanya. Seperti kata
Mohd. Ali: “Syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk
melihat dunia semula dan dapat berpuasa serta menyambut Aidilfitri
seperti orang lain.”
sultan Johor |
akhir kata ..sebagai manusia .. aku bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana telah memberikan peluang untuk mereka menebus kekhilafan mereka yang lalu...
terima kasih Ya Allah.... Engkau yang maha berkuasa ...
buat Tuanku Sultan Johor...
DAULAT TUANKU !!!!!
semoga Tuanku juga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah s.w.t.
buat para sahabat2 blogger slimut yang inginkan rencana lanjut tentang kelapan2
banduan tersebut ... u all boleh tengok link ni ....
& jgn lupa..kita sama2 doakan supaya mereka diterima masyarakat setempat...
insYaALLAh......
No comments:
Post a Comment