19 December 2010

LAWAK hihihihi.

          


                                                              Assalamualakum

huhukk.borim giler ase arini.....
rase cam sape2 je yg lalu depan aku ni
rase cam nk makan jer....
ngeee.....;=))

jom kite nengok lawak2 ni....
maybe leh mghiburkan mane2 hati yg ngah berduka lara....


LAWAK 1

ni adalah lawak antara sorang lelaki tempatan ngn mat saleh..

pada suatu hari..mat saleh ni berjalan2 di tepi pantai..
tibe2 dia ternampak  satu benda tercicir dari beg Ali...mat saleh itu pun
mengambilnya dan memulangkan kepada Ali..

mat saleh : sir,its yours..
Ali : owh Thank you..
Mat saleh : Thank you too
ali dah xtaw nk jawab ape...memndgkan ali ni xpndai speaking...
Ali : owh,ok thank you three..
mat saleh : what are you thank you for ?
Ali : thank you five...



LAWAK 2

pada suatu hari,ali telah mencuri ayam pak mat di hujung kampung...keesokan harinya  ali ke bandar untuk menjual ayam itu dalam keadaan masih hidup.

Ali  : pak din,nk beli ayam tak ?
pak din : boleh jugak..cantik ayam ni...berapa harganya??
ali : murah je pakdin..rm 10 je...
pak din : mane kamu dapat ayam yg cantik ni ali ?
ali : owh..ni saye curi kat hujung kampung pak din..
Pak Din : ish..kamu ni Ali..kamu taw tak mencuri hak orang ni berdosa???
Ali : ye..saye taw Pak din..sebab tu saye nk jual ayam ni....


LAWAK 3

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”


LAWAK 4


Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.
“Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu…”
“Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah.”
“Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut…”


LAWAK 5

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.
Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.
*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”
*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…


LAWAK  6

Dlm satu kebakaran tingkat 3, sorang wanita dgn bayinya ter perangkap.
Datang sorang penjaga gol…
Goalkeeper : Lemparkan bayi tu.
Wanita : Takut awak terlepas!
Goalkeeper : Saya tak pernah miss sepanjang kerjaya saya!
Wanita tu pun lempar, dan goalkeeper tu dapat menangkap dengan baik sekali …
kemudian
dia meletak bayi tu ke tanah, undur beberapa langkah dan terus menendang bayi tu sejauh 60 meter.
Opsss…………..



LAWAK 7

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut
aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas
aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang
disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
“Haa, camna sekarang ?”
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, “Ok gak ler”. Kemudian suara tu bertanya lagi,
“Kau nak gi mana ni??”
Iskk… Aku mula rasa musykil… tapi aku balas, “Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit”
Lepas suara tu bertanya lagi, “Bila kau nak gerak ni??”. Aku selamba jer kata, “Lepas aku sudah ni,
habis beli aku chow la”.
Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
“Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya
soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!
Moral: jangan menyampuk time orang bercakap.



LAWAK 8

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
“Apsal kau ni asyik menggigil je?”
“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.
“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.
“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.
“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”
“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”
“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.
“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.



18 December 2010

wawawwa

                  
                                  
                                

                              Assalamualaikum...salam sejahtera salam 1 malaysiaaa !!!

erm...da lame dah x jenguk blog ...jari jemari pn dah ase kekok dah nk typr entry baru..ngeee
actullay sy dah 2mggu da cti....baki ade laa lam 2mggu lg...pjam celik,,pejam celik...kjap je sbulan..
by the way....spnjang cuti ni...
xde pape brte mnarik pn nk dkongsi.....
sbb xjoin pape xtvt pun .....

urmm...
maka..bertambahlah lemak22ku....

skan ni ngah nervous sbb results sem 3
bakal kluar x lamae lagi...
huhuhuhu.....
apelaa nasibku kali ini........

harap2 smuanya ok...
&
lbeh baek dr yg sbelum ni...
amin.......



02 December 2010

Bretton Woods..





SEJARAH MATAWANG ASING



Sejak zaman dahulu, manusia telah melakukan perdagangan dengan sekelilingnya untuk berbagai alasan dengan cara sistem barter.

Seiring dengan perkembangnya zaman dan peradaban sistem barter ini gugur kerana mempunyai banyak kelemahan sehingga ditemukan sistem – sistem pembayaran yang baru yang sampai pada akhirnya dengan menggunakan wang sebagai alat pertukaran dan pembayaran.



Sistem pembayaran dengan menggunakan uang juga mempunyai kelemahan untuk bertransaksi dengan suatu negara yang memiliki jenis mata uang yang berbeda.



Keperluan akan nilai tukar timbul kerana mata wang suatu negara biasanya tidak diterima sebagai media atau alat tukar di negara lain.

Hubungan perdagangan antarabangsa menimbulkan adanya permintaan dan penawaran terhadap beberapa mata wang.


Perkara ini kemudian menyebabkan perkembangan pada bursa pertukaran mata uang asing, sehingga diperlukan pengatur untuk berjuta-juta transaksi permintaan dan penawaran yang terjadi setiap hari, yang menuju pada penentu nilai tukar mata wang asing.



Sejarah pertukaran/perdagangan mata wang dapat dikatakan seusia wang itu sendiri dan baru mendapat perhatian yang serius oleh banyak negara pada dekad terakhir ini.



Kalau ditinjau pada dekad standard emas (1880 – pecahnya PD I), pada masa tersebut wang dijamin oleh emas tulin (murni) yang merupakan standard negara tersebut. Defisit neraca pembayaran akan ditutup dengan transfer emas, hingga mengakibatkan money supply menurun dan harga di luar negeri seakan naik, sehingga hal ini akan meningkatkan ekspor sampai defisit hilang, demikian sebaliknya. Dengan demikian, nilai mata wang relatif stabil.


Sampai Perang Dunia I, piawaian emas memungkinkan tercapainya tingkat koreksi yang tinggi terhadap neraca pembayaran. Tetapi, tidak demikian pada saat peperangan, kemungkinan besar kerana tumbuhnya syarikat-syarikat perdagangan dan perusahaan-perusahaan besar, adanya jaminan upah dan harga sehingga tidak mudah menurunkan kecenderungan tersebut, yang berdampak berkurangnya lapangan pekerjaan. Karena membengkaknya pengangguran pada awal 1930-an, piawaian emas tidak dipakai lagi.



Setelah perang dunia selesai dan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930an, dunia menginginkan suatu kestabilan ekonomi yang lebih baik.



Sehingga Pada tanggal 22 Juli 1944, atas prakarsa dari Amerika Serikat, diadakan suatu persidangan kewangan antarabangsa yang dikenali dengan : “The Bretton Woods Conference“, yang dihadiri 44 negara. Usul yang diajukan oleh delegasi Amerika Serikat (White Plan) menyusun rencana-rencana dasar yang disetujui.



Dalam persidangan tersebut, diciptakan suatu system pertukaran mata wang tetap yang disebut dengan “Fixed Exchange Rate System“, yang mempunyai beberapa persamaan dengan standard emas, di mana memuat ketentuan :



1. Tiap negara menetapkan nilai tukarnya terhadap mata wang USD;

2. Amerika menetapkan nilai USD terhadap emas (USD 35/ounce);

3. Amerika akan menjual emas dengan harga tetap kepada pemegang resmi dari mata wang USD;
4. Perubahan nilai tukar mata wang terhadap USD tidak boleh melebihi 1%, bila terpaksa boleh sampai max 10%.



Sejak itu negara – negara di dunia serta Amerika mulai tumbuh dengan pesat dan dua tahun setelah persidangan tersebut, didirikan lembaga kewangan antarabangsa & Bank Dunia yang kita kenal saat ini dengan IMF (International Monetary Fund) dan Word Bank, untuk mengawasi sistem tersebut.



Kemudian perubahan terjadi di Amerika, Pada periode tahun 1960-an, defisit neraca pembayaran Amerika memaksa negara tersebut melepaskan cadangan emasnya sebesar USD 18 billion kerana Perancis menukarkan USD-nya dengan emas dan dilanjutkan pada periode tahun 1970-an, Amerika kembali harus melepaskan cadangan emasnya sebesar USD 11 billion. Buruknya perekonomian Amerika pada waktu itu menyebabkan masyarakat dunia kurang percaya terhadap USD.



Dan di negara yang memiliki mata uang yang kuat kerana memiliki cadangan emas yang cukup seperti Swiss dan Jerman, mereka menukarkan USD-nya dengan mata wang mereka iaitu CHF dan MDK. Hal ini menyebabkan hutang jangka pendek yang hampir jatuh tempo di Amerika mencapai hampir dua kali cadangan emasnya.



Sistem Bretton Wood hanya mampu bertahan hampir mencapai 30 tahun, pada tanggal 15 Ogos 1971, Presiden Nixon mengumumkan perubahan system nilai tukar untuk USD dengan membiarkan nilai tukarnya terapung (Floating Exchange Rate System), hal ini ditegaskan kembali dalam suatu persidangan di Washington pada tanggal 17-18 Desember 1971 (SMITHSONIAN CONFERENCE), dari sinilah lahirnya nilai tukaran terapung dan berlaku sampai dengan sekarang.


Setelah Presiden Nixon menetapkan nilai terapung untuk mata wang USD, banyak negara yang memutuskan untuk mengapungkan nilai tukarnya, seperti : Jerman, Inggris, Belanda, bahkan Jepun dan tahun – tahun berikutnya banyak negara di dunia yang membiarkan nilai wangnya terapung sesuai dengan mekanisme pasar, iaitu kekuatan permintaan dan penawaran.


01 December 2010

hehe :: jom kite tengok !!!



ALHAMDULILLAH.....
TEPAT KUL 1130 MLM TD...
paper last aku amik untuk sem3 aku kt unimap niey....
2hb mlm akn mninggalkan UniMAP ....
akn ku jejak kaki ku di BESUT..terengganu.....
tempat hidup mati aku......


dah22.....
jom kite kaji something !!!


cube korang tngok 3titik kat tengah2 kalimah ALLAH ni....
tengok la dlm10 second ke.....
then,cuba alihkan pndangan korang 
kat dinding kosong ke....
ke mana2 jelah.....
tgOK dulU !!! 


KPUTUSNNYA....
korang nmpak kalimah Allah jgak kn'kat dinding...
SUBHANALLAH......
betapa Agungnya Pencipta kita...



NEXT...
YG LEN2 KORANG  tafsir sendiri erk....
sume gmbar ni fenim2....



                




















25 November 2010

SAYE xmau repeat paper. !!!!!!!!




aduhaiiii....
knapa lah ngn diri ini...........
tu laa ko suhana.....awal2 sem xmau stdy btol2 !!!
maen je taw...msuk klas pun fikiran ntah kemana....
ksian lectrer kat depan duk mgajar....
snggup dia dtg mngajar ko
wlupun dia tgh pregnant..
tapi KO????????
name je masuk klas dia
tp x paham sepatah haram...
dahla xpaham
malu plak tu nk bertnya....
ni la org kate  bodoh sombong.....

...............


tgok kesannya
skan ni.......ko dah xleh wat dah akaun
100x bace..duk page yg same je...
esok paper final internationl accounting
pe ko nk jawab sok????
lu pikirla sndiri !!!!!!

...........

tmbah mnderita lagi....
esok mlm paper akaun...
ptgnya keesoknnya plak paper 
intrnationl bsness mngement kn???
haahh....
2 paper ni paper maut kowt
ape nk jwab???


mase ni baru la nk rase nyesal...
tula sbelum ni.....
test n kuis pun men tembak je....
dahla sume subjek ni teori....
kna wat esei pnjag....
pe laa nk wat untuk pnuhkan ruang 
kosong kerta tu nnti???
nk tulis lirik lagu ke??
nk tulis entry blog ke??
boleh je ko tulis,
tapi tu yg buat ko akn boleh FAILED...

tp xtawla kan
kot2 lectrer tu kesian...
tgok ko....student yg x cerdik ni
so....at least dia bg la jgak mrkah 
1 ke 2 ke.....

urmmmmmm....
suhana..suhana........
bila nk insaf ni....
bila nk btul2 fokus ni....
bila nk capai 3.5 pointer ni.....
kate nk smbung master....
lau xdpt 3.5 xleh smbung master la 
suhana cayang.....

..........

SEDARLAH SUHANA !!!
MASE Masih ade....
belum terlambbat lagi....ko ade
3 sem lagi........
lau ko masih mcm ni.....
xtawlaaa caner,,,,
tapi lau ko ubah diri ko.......
InsyaAllah ko akn
dpt ape ko nak.......

JANGAN MUDAH PUTUS ASA 
SUHANA !!!!!!!!!!

ingatlah org yg kau syg.....
yg telah bnyak berkorban untuk 
membesarkan ko....
jgn hampakan diorng........
.........

kawan2....jgn jadi cam suhana ni yer.....
p klas blaja btol2......
jgn bnyak maen......
fikir mase depan........
itu lebeh baek..........


SAYE X MAU FAILED....
X NK CIPTA  REKOD  BARU.
FAILED DLM MANE2 EXAM BESAR....

XNAK !!!!! XNAK!!!!!!!!

from:::: suhana md nor.....
motivasi diri sndiri lbeh baek.....

23 November 2010

first tyme in my life !!!



alhamdulillah....
1st paper dah hbes.....not bad...
but..1st tyme in my life....
final exam malam....
&
balik kul 12:30 mlm bru smpai hostel..
kluar dewan kul 11:45 mlm....
prjlann ke dewan peperiksaan salah 1 fktor kowt
jauh....naek bus pn hmpir2 stengah jam....
urmmmm.....
penat sngat......

21 November 2010

exam !!!!!!!!!!

                          


                                          ...uwaaaaaa...ecok aku dah examm !!!!!!!
kwan2...doakan saye yer...smoga dtrangkan hati untuk jawab
final exam ....

zassss!!!!!!!
jom kite ushar slimutputis nyer
jadual exam...fix sngt2 taw....



TARIKH
SUBJECT
JAM

TEMPAT


Isnin
(Monday)
22 / 11 / 10

BFT205
 International Human Resource Management


8.30 malam



3 jam



DBKG


Selasa
(Tuesday)
23 / 11 / 10
EUW410
Bahasa Melayu
Universiti


2.30 petang


3 jam



D2020
DBKG


rabu
24 / 11 / 10

BFT203
 International Economics

9.00 pagi




3 jam


DKD 2
DKD 4


Jumaat
(Friday)
26 / 11 / 10


BFT201
 International Accounting



8.30 malam



3 jam


DBKG


Sabtu
(Saturday)
27 / 11 / 10

BFT202
 International Business Management


2.30 petang


3 jam


D2020


Isnin
(Monday)
29 / 11 / 10


EUW233
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)


2.30 petang


3 jam


D2020


EUW114
 Mandarin Language I


8.30 malam


3 jam


DKG 4
DKG 5


Selasa
(Tuesday)
30 / 11 / 10

BFT103
 Business Law &
Ethics


8.30 malam


3 jam


DKG 4
DKG 5






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...