15 February 2013

cintaku pada Allah belumpun sempurna ~

 
Belum ada teman hidup ? Belum ada pakwe? belum ade makwe ?? usah dikau risaukan...Tidak mengapa.. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya maka jauhlah perjalanan kita. .. rencana Allah tak siapa yang tahu... 
 
Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 24 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 42 tahun sekalipun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah kita gunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita itu dalam doa2 selepas sembahyang. Allah Maha Mendengar.sesungguhnya manusia itu dciptakan berpasang-pasangan dan zuriat itu tetap perlu diteruskan..
 
terlalu memilih pasangan ? YA .. itulah yg sebaik-baiknya.. kita harus memilih pasangan hidup kita dan bukan membabi buta menerima pelawaan untuk berkasih sayang ... hal ini kerana pasangan yang dipilih itu bukan untuk sehari dua atau setahun dua untuk hidup bersama..tetapi sebagai teman hidup untuk sampai ke syurga ..... TETAPI harus diingat ... bukan bererti memilih berdasarkan paras rupa... harta kekayaan ..nafsu ....tetapi pilihan biarlah atas dasar hati yang nurani .. memilih insan yang benar-benar boleh menerima segala kelebihan kita  dan dapat mengisi segala kekurangan yang ada pada diri kita....
 
 
 
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
 
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih hutang kereta tersebut sehinggakan perlu mengikat perut sendiri malah orang lain bukan setakat boleh makan mewah tetapi boleh lagi belanja rakan2..
 
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. kita  pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.? Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya ,tak perlu menadah lagi hujan. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
 
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata ~
 
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
 
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
 
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
 
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun kita perlu juga membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. 
 
Ya . .. slimut percaya pada qada dan qadar Allah swt ... kita tidak perlu menyemai rasa cinta dalam hati ini terhadap manusia jika cinta kita pada Allah belumpun sempurna ... tetapi Allah maha besar .. Dia akan menghadirkan perasaan itu apabila Dia telah menemukan kita dengan seorang insan yang boleh membantu diri ini untuk menyempurnkan cinta kita padaNya .. perasaan yang datang dengan tiba-tiba ... perasaan yang datang tanpa diundang ...  mungkin itulah perasaan cinta kurniaan Ilahi untuk hambaNya ..
 
.. “Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...