31 August 2012

haha.. guna najis kumbahan baru leh gerak ~




salam 1 merdeka !!! alhamdulillah kita dah pun cpai 55 thun merdeka...
hope kmerdekaan ni berkekalan..... urmm... arini slimut tertarik ngn satu artikel
kat kosmo ... dunia kita dah macam2 kan... urmm... jom tgok ape yg mnarik sngt tue....

Motosikal tandas bergerak sejauh 300 kilometer

SEORANG wanita menunggang motosikal tandas di Omiya, pinggir Tokyo kelmarin.


TOKYO - Syarikat pengeluar motosikal tandas di Jepun semalam menyatakan ia boleh bergerak sejauh 300 kilometer (km) jika diisi penuh dengan najis dan kumbahan haiwan. Ia dianggap sebagai motosikal pertama dijana dengan najis sebagai bahan bakar di dunia.

Motosikal itu mempunyai tiga roda dan mempunyai mangkuk tandas di tempat duduk.
Namun, pihak pengeluar motosikal itu, TOTO menyatakan orang yang menunggangnya tidak mengeluarkan najis untuk membolehkan ia bergerak.

"Minyak bio yang dijadikan bahan bakar itu tidak dihasilkan daripada najis manusia. "Ia adalah daripada najis dan kumbahan ternakan," kata jurucakap syarikat tersebut, Kenji Fujita. Motosikal itu dipamerkan di bilik pameran syarikat tersebut di pinggir Tokyo. Menurutnya, para pelanggan amat berminat dengan kenderaan tersebut dengan sebahagian mereka merakamkan gambar. Setakat ini motosikal itu tidak akan dijual. - AFP ::: sumber ~ kosmoonline 31 august 2012


heheh....nice kan ?? agak2 bile teknologi akn dbawa masuk ke Malaysia kite ???
so snang xyah dah p isi minyak kan untuk sape2 yg slalu p keje naik kndraan sndri tue...
so.. as preparation.. u olls kena la bela binatang banyak2 dari skarang... hehe
so .. snang la nnti bile teknologi ni masuk malaysia..kot2 laa keajaiban berlaku kan...

hahh...ape tunggu2 lg??  p la beli lembu2 ke..kambing ke.. kucing ke...bagi makan bnyak2 kat diorng...
nnti banyak la najis keluar...hek2.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...