31 July 2013

kata-kata pengubat jiwa menggamit kesedaraN~ versi 1




Jika miskin di DUNIA,
masih ada yg bersimpati, masih ada yg ingin membantu.
Namun...
Jika muflis di AKHIRAT,siapalah yg hendak simpati,
siapalah yg hendak menolong kerana masing2 sibuk membebaskan diri.
P/s: KEKAYAAN apa yang sebenarnya kita perlukan??
Tepuk DADA tanya IMAN

☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺
     

Sungguh benar sahabat... "Allah tak pernah janji.
orang yg kahwin akan dapat anak.
Allah tak pernah janji orang yg kerja siang malam akan jadi kaya...
" Tapi, Sesungguhnya janji Allah itu Pasti...!
Siapa yg jaga solat, maka dia adalah orang yg BERJAYA.
 Siapa yg jaga solat, maka Allah akan angkat kesempitan hidup di dunia.
Siapa jaga solat,Allah akan angkat siksa kubur.
  Siapa jaga solat, Allah akan beri buku amal dgn tangan kanan.
Siapa jaga solat, dapat lintas titian sirat sepantas kilat.
Siapa yg jaga solat, akan masuk syurga tanpa hisab.
Janji apakah yg lebih baik daripada ini..? Allahu Akhbar..!


☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

Carilah kemuliaan di akhirat,
kerana itulah yang diingini oleh orang-orang soleh,
tetapi jika kita memperoleh kemuliaan di dunia
 ia merupa suatu kebaikan buat kita.
 Kemuliaan seperti ini adalah hasil dari ketaatan kepada-Nya.
ALLAH SWT berfirman; Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah
dia berusaha mencarinya dengan jalan mentaati ALLAH,
 kerana bagi ALLAH jualah segala kemuliaan....(Fatir 35:10)
 
 
☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺
 

Nak bahagia, cari orang yang solat.
kalau dia tak boleh jaga solat,
jangan harap dia boleh jaga cinta awak.
cari orang yang jaga waktu solat.
kalau dia tak boleh jaga waktu solat,
jangan harap dia boleh jaga janji dan tanggungjawab lain.
orang yang tak solat ni orang yang menipu Allah.
 kalau Allah dia boleh tipu, takkan manusia dia tak boleh tipu?
jadilah orang yang solat. insyaAllah kebaikan akan mendekat.
 
berdoalah seperti doa Nabi Ibrahim :
 
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang
 dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doa permohonanku." [surah Ibrahim : 40]


☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺


Sebut Subhanallah dapat pahala..
Sebut Alhamdulillah dapat pahala..
Sebut Lailahaillallah dapat pahala..
Sebut Allahu Akbar dapat pahala..
 
Rugi sape tak sebut...
 
Gersang bumi tanpa hujan..
Gersang akal tanpa ilmu..
Gersang hati tanpa iman..
Gersang jiwa tanpa amal..


☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺


Secebis kasih membuatkan kita sayang,
Seucap janji membuatkan kita percaya.
Secebis luka membuatkan kita kecewa tetapi
Secebis senyuman menjadikan kita lebih ceria dan
Keceriaan itulah yang membuatkan kita lebih bahagia.
Namun hidup tak selalunya indah,
Tapi selagi kita ikhlas kebahagiaan itu pasti menjadi milik kita,
Kata orang hargailah apa yang ada didepan mata
Kerana itu mungkin kebahagiaan kita.
Cantik dimata tak semestinya cantik di hati.
Cantik budi itulah dicari.
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...