23 January 2011

5 ciri-ciri lelaki yang dijauhi wanita



…Harap anda enjoy…!


1.  Tak hormat wanita 

-antara peranan wanita yang terpenting di dunia adalah
 menjadi isteri dan ibu kepada insan yang bernama lelaki. 
Maka, seseorang wanita itu memang berhak untuk dihormati. 
Jangan sesekali  menyakiti wanita baik dari segi fizikal
 ataupun emosi. Dah memang peranan lelaki untuk 
melindungi kaum wanita yang memiliki sikap yang lemah, 
tak gitu?  Ya, dari segi fizikalnya, wanita memang agak
 lemah daripada lelaki, namun jangan terkejut jika
 ‘tangan yang disangka lembut itulah yang menghayun buaian, 
mengoncang dunia dan seterusnya mencipta sejarah’….


2.  Terlalu ego

  anda terlalu ego? Jangan begitu… kerana sikap ini 
sebenarnya hanya akan menjauhkan wanita daripada anda! 
Sikap ego boleh membawa banyak keburukan di 
dalam sesuatu hubungan. Ego dalam diri seorang 
lelaki itu boleh membuatkan sikap yang lemah lembut 
bertukar menjadi panas baran. Ego lelaki jugak
 biasanya menghalangnya daripada mengakui kebenaran
 kata-kata seorang wanita. Kalau boleh, kawallah sikit 
ego tu kerana wanita amat suka jika kekasihnya dapat 
mengalah dalam sesuatu perkara.



3.  Penakut 

bukankah seorang lelaki itu penyelamat atau hero 
kepada wanita? Oleh itu wanita perlukan seorang
 kekasih yang gagah yang dapat menjaga keselamatan
 serta melindungi dirinya. Tapi ‘gagah’ tu bukanlah beerti 
anda semua kena ada ‘6 packs’ di bahagian perut tue,
 cuma memadailah jika anda tahu serba sedikit bab-bab
 mempertahankan diri ker, ataupun doa-doa pelindung 
diri ker…:-)… Amalkan petua ini, berani kerana benar, 
takut kerana salah yer…. huhu
4. Pemarah

 – wanita tak suka lelaki yang suka marah-marah.
 Kalau nak marah pun, biarlah bertempat, tak gitu? 
Misalnya, kalau ko dapat  tau isteri ko tengah berdating
 dengan lelaki lain, memang patut lah ko rasa marah. 
Tapi jangan pulak anda ‘ringan-ringankan’ tangan. 
Sebaliknya, ambil sikap bersabar. Mana tau kot-kot
 isteri pun cari lain sebab suaminya terlalu
 pemarah dan bengis… :-)



5.  Sukakan lelaki 

ehem-ehem… maksudnya ‘gay’ la nie:-) Ntah nape pada zaman sekarang nie, makin ramai pulak yang sukakan
 kaum sejenisnya. Mungkin terlalu ‘free minded’ ataupun
 terlalu terdedah dengan budaya Barat, betul tak? 
Yang pastinya, wanita boleh menganggap anda s
ebagai teman mereka, tetapi bukan sebagai teman
 lelaki ataupun bakal suami la..  
anyway, tak salah jika seorang lelaki itu
 suka pada kawan lelaki mereka – tapi setakat ‘suka’ in
 terms of friendship jer la… kalau selain daripada tue…
  mintak maaflah brader… ;-)



Padanlah wanita pada zaman ini sukar
 sekali untuk bertemu pasangan mereka, kan? 
Bagi lelaki di luar sana pulak, khususnya kepada
 mereka yang ada menyerupai ciri-ciri di atas, harap 
mengambil iktibar daripada  apa yang nak disampaikan
 di atas, okey :-) Dan jangan ada yang terasa hati 
pulak kerana ini cumalah bacaan santai jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...