22 December 2012

Beza antara telefon rosak dan hati rosak...


 

KALAU telefon bimbit kita rosak, secepat kilat kita baiki. Maklumlah penting sangat  untuk berkomunikasi. Kalau rosak siang tak tunggu malam, kalau rosaknya waktu malam  tak sempat siang mesti nk baiki gak...
 
Dalam banyak perkara penting, kita lupa perkara yang tersangat penting dalam hidup kita iaitu hati. Kita lupa nak jaga dan pimpin hati. Hati di sini ialah hati rohani, iaitu  ‘al-qalb’. Hati qalbu iaitu hati nurani tempat letaknya iman dan Islam.
“Jagalah hati jangan kau kotori, jagalah hati lentera hidup kamu”. Itu antara lagu berkaitan hati. Salah satu penyakit yang merosakkan kehidupan beriman kita ialah sifat takbur aka riak .Wajib kita jaga hati supaya jangan sampai takbur merosakkan kita. Di sini slimut ingin berkongsi bahaya dan cara merawat penyakit takbur berdasarkan kata-kata dari  ustaz yang tidak asing lagi.. ust Mohd.Zawawi Jusoh ..

Sifat takbur (sombong) adalah mazmumah yang wajib sangat dikikis segera. Kalau tidak ia akan menutup semua jalan kebaikan yang mungkin dilakukan seseorang.
Hampir semua manusia ada sifat ego atau sombong. Untuk membuangnya,  amat susah sekali. Imam Ghazali berkata, bahawa sifat ego itu hampir mustahil dapat dibuang semuanya dari jiwa manusia. Bagaimanapun, kita perlu berusaha mengurangkannya. Kita mesti cuba merendah diri dengan memaksa hati merasa dan mengakui kelemahan dan kekurangan kita sebagai manusia biasa.

Dalam perselisihan pendapat atau pergaduhan kita dengan orang lain misalnya, cuba rasakan kesilapan itu di pihak kita. Atau paling tidak, akuilah bahawa kita juga turut bersalah.

Bukankah ada pepatah mengatakan, “Bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi.”Kalau kita mampu dan berani mengakui kesalahan, mampulah kita meminta maaf. Hanya dengan meminta maaf sahaja dosa kita sesama manusia akan terhapus.Oleh itu, kita perlu melatih diri melawan sifat sombong atau takbur itu. Latihan yang ebih berkesan lagi ialah biasakan diri tinggal bersama dengan orang yang dipandang rndah oleh masyarakat.

Orang susah, peminta sedekah, orang cacat dan siapa sahaja yang setaraf, kita dampingi dan gauli. Duduk, bercakap, minum dan tidur baring bersama mereka hingga kita rasa sama seperti mereka.

Waktu itu jiwa ego kita akan berasa kesal, terhina dan terseksa sekali kerana kita merasakan orang lain semua mengejek dan merendah-rendahkan kita. Biarkan. Bisikkan di hati, “Memang awak ini asalnya miskin dan hina. Berasal dari tanah dan akan menjadi tanah. Datang ke dunia dulu tanpa seurat benang dan sesen wang.”

Kalaulah amalan itu dibiasakan, Insya-Allah sifat ego sedikit demi sedikit dapat kita buang. Alah bisa tegal biasa dan yakinlah ular menyusur akar idak akan hilang bisanya.

Dan ingatlah selalu firman Allah: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dngan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka seseorang yang sombong lgi membangga diri.” (Surah Luqman ayat 18).

Allah berfirman lagi: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah satu golongan menghina golongan yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihina lebih baik dri mereka yang menghina. Dan jangan pula wanita (menghina) wanita-wanita lain kerana boleh jadi wanita yang dihina lebih baik dari wanita yang menghina.” (Surah Al Hujurat ayat 11).

Janganlah kita berjalan di muka bumi dengan sombong kerana kekayaan kita. Kekuatan kita tentu tidak dapat membelah bumi dan ketinggian kita tetap tidak dapat menyamai bukit.

Imam Syafie pernah berkata, “Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri dan tdak akan hina orang yang merendah diri.” Sifat berkasih sayang sesama manusia adalah sifat terpuji yang dituntut Allah.

Ia adalah lawan kepada sifat sombong, hasad dengki dan berdendam sesama manusia. Untuk mendapatkannya, kita kena melakukan latihan. Untuk menyayangi orang yang kita sayang itu mudah. Itu bukan latihan namanya. Untuk sayang ayah dan ibu kita, ia tidak perlukan latihan. Memang fitrah semula jadi kita sayang kepada ibu dan ayah.

Tetapi yang memerlukan latihan ialah untuk berbuat baik kepada orang yang tidak pernah berbuat baik kepada kita atau berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita.

Latihan itu sangat susah hendak dilakukan kerana ia sangat bertentangan dengan nafsu. Tetapi kita diminta juga untuk mengusahakannya. Sebab itu Rasulullah bersabda: “Hendaklah buat baik kepada orang yang buat jahat kepada kamu.” Biasanya kita hanya boleh berbuat baik dengan orang yang
 berbuat baik kepada kita sahaja.

Kalau ada kawan yang menyinggung kita, kita tidak sanggup berbuat baik kepadanya.Sebab itulah kita kena latih melawan kemahuan jahat itu. Caranya, orang yang kita tidak suka itu, kita ajak makan bersama, ajak berbual, ajak bermesra, ajak berjalan dan lain-lain lagi. Hal ini memanglah boleh membuatkan hati susah sedikit. Tidak mungkin sekali dua kita usahakan, kita terus mendapat hasilnya. Kita kena lakukan latihan itu sepanjang masa. Bila ada peluang melakukannya, teruslah bertindak.

Sanggupkah kita membuat latihan seperti yang disebutkan tadi? Kalau kita mampu berbuat, kitalah rijal. Kitalah wira kerana sanggup memerangi nafsu. Ertinya sanggup memerangi diri sendiri. Namun, ia bukannya perkara mudah.

Amat susah sekali, terseksa kita dibuatnya. Adakalanya hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat baik kepada kita pun amat susah. Betapa pula hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat jahat kepada kita. Tentu lebih sulit lagi. Namun, melalui latihan yang bersungguh-sungguh, Insya-Allah ia akan dipermudahkan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Surah Al Ankabut ayat 69).
 
buat sahabat-sahabat slimut diluar sana.. menjelang 2013 yang bakal tiba nanti..ayuh kita sama-sama perlahan-lahan bersihkan sisa-sisa hati kita yang masih kotor .. dan buat sahabat diluar sana ampun maaf dipinta dari slimut diatas segala kekhilafan diri...
 
 
 
 
 

Telinga terkulai ditetak di kelantan



mangsa terlantar dengan kecederaan di kepala,telinga dan tangan yg berbalut
 
 
KOTA BHARU – Seorang peniaga makanan haiwan hampir putus telinga kirinya akibat ditetak seorang lelaki dalam kejadian cubaan samun di Bukit Marak, Bachok, awal pagi semalam. Lebih malang, mangsa yang baru sahaja menutup kedainya itu turut cedera di kepala dan lengan kiri ketika usaha dia menyelamatkan diri.
 
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Mohd Kamaruzaman Ibrahim diserang seorang lelaki tidak dikenali dipercayai cuba menyamun hasil perniagaannya pada hari terbabit. Katanya, sebelum itu, dia yang menuju ke keretanya di hadapan kedai tidak menyedari kehadiran lelaki berkenaan. “Sampai di tepi kereta lelaki bertopi keledar itu membaling serbuk lada ke dalam mata saya. “Dalam keadaan mata yang pedih, saya lari menyelamatkan diri, bagaimanapun dikejar lelaki itu sebelum dia menetak saya dengan senjata dipercayai pedang,” katanya ditemui Sinar Harian di wad Hospital Universiti Sains Malaysia di sini, semalam.
 
Menurutnya, sejurus serangan itu, lelaki berkenaan melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal yang ditunggang seorang lagi lelaki lain. Mohd Kamaruzaman kemudian mengagah akan dirinya menandu ke hospital sejauh lapan kilometer dari tempat kejadian. “Pada masa itu, keadaan sunyi, tidak ada orang untuk saya minta tolong jadi saya terpaksa memandu sendiri dalam keadaan berlumuran darah untuk sampai ke hospital setengah jam kemudian,” katanya.
 
Akibat kejadian itu, mangsa menerima 15 jahitan. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis daerah Bachok, Deputi Superintenden Ab Rahim Che Ghani berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian.
 
sumber :
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...