16 October 2012

hadiah kereta sport merah




~ ~ seorang pemuda mengharapkan sebuah kerete sport dari ayahnya...lantas si pemuda memberitahu keinginannya itu kepada bapanya...si ayah tersenyum lebar dengan permintaan anaknya..si anak bertambah yakin jika ia mendapat kejayaan yg cemerlang dalam pengajiannya, ayahnya akan  membelikannya kereta sport itu... beberapa bulan berlalu.. ternyata si anak dengan berkat kesungguhannya memperoleh kejayaan yang cemerlang..hatinya berbunga riang ..
 
 
 
 
suatu hari..si ayah memanggil si anak ...si ayah memuji anaknya sambil menyatakan betapa bangga hatinya diatas kejayaan itu.si anak tersenyum puas dan diruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya..si ayah bagaikan mengerti kehendak si anak lalu menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik..si anak terkesima..sungguh bukan itu yang diidamkannya..dengan hati yang berat , kotak itu bertukar tangan dan matanya terarah  kepada raut wajah ayahnya yang begitu tenang... dia seolah olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang  dihati ayahnya .kemudian si anak membuka bungkusan tersebut..
 
"apa maksud semua ini ?? ..sebuah Al-Quran kecil dengan cover kulit tinta emas menghiasi tulisan..si anak memandang tepat ayahnya..terasa dirinya dipermainkan..amarahnya bangkit seiring dengan nafsu  mudanya yang mula menggelodak.. "ayah sengaja mempermainkan saya?!!  ayah bukannya sudah tahu betapa saya menyukai kereta sport merah itu !! bukannya ayah tidak mampu untuk membelinya !!sudahlah ayah ! bukan Al-quran ini yg saya mahu !! " bentaknya keras .Al-Quran itu dihempaskan ke atas meja kerja ayahnya..si anak terus meninggalkan ayahnya tanpa memberi kesempatan untuk ayahnya bersuara walau sepatah kata..pakainnya dikemaskan ke dalam  beg..lantas,dia meninggalkan rumah ayahnya..memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya...
 
10 tahun berlalu... si anak kini merupakan seorang yang berharta yang mempunyai perniagaan sendiri ..dikurniakan isteri yg cantik dan anak2 yg sihat..kehidupannnya cukup membahagiakan sehingga dirinya alpa bahawa dia masih mempunyai seorang ayah.. namun jauh disudut hatinya ,dia tersentuh..sudah 10tahun ..sejak peristiwa itu dia tidak pernah sekalipun menjenguk ayahnya ... saat dia melamunkan fikirannya mengenai masa silam..tiba tiba  telefonnya berdering dan mengkhabarkan  bahawa ayhnya meninggal dunia 2 hari yg lepas dan mewariskan semua harta kekayaan kepada si anak dan si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta... 
 
.... dan buat pertama kalinya setelah berkeluarga,,si anak pulang ..dia memerhatikan rumah ayahnya yg menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya..hatinya pilu..bertambah pilu apabila dia mendapati diatas meja kerja ayahnya ..Al-Quran yg dihempaskannya 10 tahun dulu yg masih tidak terusik...perlahan2 dia menuju ke arah itu..mengambil Al-Quran , membukanya dengan penuh keharuan..tiba-tiba , sesuatu terjatuh dariAl-Quran itu..sebuah kunci ..di muka belakang Al-Quran itu ...sebuah sampul surat ternyata diselitkan pada Al-quran tersebut..kunci itu segera dipungut..hatinya tertanya-tanya..nyata sekali didalam sampul surat itu..terdapat sekeping resit pembelian kereta sport idamannya..dibelikan pada hari ia menerima segulung ijazah... dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah. sepucuk warkah ..tulisan tangan orang yg amat dikenalinya selama ini ..'hadiah teristimewa buat putera kesayanganku"..airmata  si anak menitis deras..hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan yg amat mendalam..namun segalanya sudah terlambat....
 
 
~sekadar renungan bersama : ~
berapa banyak kita melupakan nikmat Allah swt ?
hanya kerana semata2 nikmat itu tidak "dibungkus"
didtangkan @ diberikan dalam keadaan yg kita inginkan ?? fikir2kan....
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...