24 August 2013

Pengalaman slimut bersama mangsa nahas bas genting higland..






 

Pertama kali dalam hidup selama 24 tahun..inilah pengalaman yang paling manis dan mengerikan buat slimut .... dah nama pun kerja di hospital kan ... of course la terlibat dengan segala operasi-operasi hospital .. tambah2 pulak slimut incharge bahagian linen ..means semua bahagian kain2 di hospital akan melibatkan slimut ..termasuklahhhh kain kapan ....  dah name person incharge .. so I am the one who have to responsible to make sure our linen supply is enough .... termasuk lah kes kemalanagan ngeri bas masuk gaung di Genting Highlang 21 ogos lepas yg meragut nyawa 37 penumpang ... hurmm .. sangat mengerikan .... dengar je berita kemalangan berlaku ,kami bahagian operation dah bersiap sedia dengan arahan supaya pekerja2 dah pastikan kain2 yang kemungkinan diperlukan di sediakan siap2....tunggu di request dari pihak hospital sahaja ..ade plak staff yang terpaksa tidur di ofis semata2 untuk standby for urgent case.... huuuuu...nasib baik slimut ni pompuan ..so bos x kasi laa standby malam tu ... (sayang jgak bos kat saya yer)) ... mula2 cuak la jugak sebab perasaan takut terbayang mayat2 tu yg mungkin macam2 bentuk ..means ade yg kehilangn anggota badan n so on laa.... tambah2 plak slimut baru lagi keje ..mmgla takut...
 
tibanya di pagi hari ke-2 kejadian , dikhabarkan mayat2 masih ada lagi yg tiba di forensic HKL .. so untuk memastikan proses berjalan lancar ..maka slimut ditugaskan untuk bergerak ke bilik forensik bersama seorang abg senior dan memeriksa supaya staff2 membekalkan kain2 kapan , baju2 attire Doktor, blanket2  dan semua keperluan untuk proses di bilik mayat itu cukup secukup2nya .... dengan berbekalkan iman yang tak berapa nak kuat ni, dan degan ketakutan,debaran,degup jantung yg kencang, dan dengan langkah bismillah dan istigfar maka... bergeraklah ke bilik tersebut ... tangisan keluarga2 mangsa yang ada menambahkan lagi ketakutan selimut untuk terus menuju ke dalam ... huhhhuu... tapi terpaksa gagahkan jugak kaki yg melangkah ... Ya tuhan ... memang penuh dengan mayat2 ... ade yang berbungkus .. dan sebagainya .. bermacam2 keadaan dapat dilihat,.. hanya mampu istigfar je bila mlihat keadaan mereka .... memang inilah pengalaman pertama slimut berjalan  di sebelah puluhan  mayat2 dan duduk sebilik dengan mayat yang masih lg "fresh" sambil menyaksikan sendiri bagaimana proses post-moterm dilakukan terhadap mayat2 tersebut ...... 
 
memang tak pernah slimut sangka bahawa angan2 slimut slama ni untuk masuk melihat bagaimana proses post moterm tu dijalankan tercapai ... slalu tengok dalam TV dan kekadang teringin nak tengok depan mata ... memang imaginasi slimut bukan sekadar imaginasi..tetapi semuanya mnjadi kenyataan ...Alhamdulillah ..sekurang2nya itulah pengalaman yang tak semua orang dapat tapi slimut dapat ... memang perasaan takut tu ada sangat2... tapi perasaan ingin tahu tu telah menguasai perasaan takut tu ..so kerana itulah slimut tak memberi sebarang alasan kepada bos selepas diberi tugas tersebut... hurmm..tapi selesai je semua..slimut terus balik ofis , kumur2 bagai nak rak lerrr... hehehe... kejap2 kumur..kejap2 kumur... almaklumlahh x tahan dengan bau kat sana sampai terbawa2 balik ke ofis ...tapi nsib baik x melarat sangat .. bos bawak p makan sup plak lepas tu..hurmmm sambil2 tengah loya habesss semangkuk sup puyuh kena bedal ngn slimut ... hehhehe... kalau ikutkan sebenarnya xder la loya snagat ..tapi mungkin perasaan kita je kot sampai terbawa2 ... walaupun harini dah masuk hr ke-3, rasa tu ade jugak la sikit ..... tp mcm slimut ckap laa..mungkin perasaan kita je ..so the best way is buat tak taw je .... hehe...
 
alkisah balik rumah plak ... slimut takderla masuk bilik terus .... masuk je umah terus mintak kawan tlong ambilkn towel .. tak cakap banyak .. kawan dah cuak dah ..maklumlah xpernah2 balik keje tak masuk bilik , tak cakap banyak ngn diorng terus slimut masuk bilik mandi .. lepas mandi baru laaah slimut bersuara .... hehe..... pantang larang kena jaga jugak ... orng cakap beringat-ringat ... huhu..
 
ini sahaja pengalaman yang slimut dapat kongsi dengan semua ..andaikata slimut ditugaskan lagi ke sana ..maka slimut tak akan menolak ..kerana itulah suatu pengalaman yang paling berharga disamping ia lebih banyak memberikan kita yg hidup ni keinsafan dan
sedar bahawa setiap yg hidup pasti akan mati ... sekian sahaja untuk kali ini....asssalamualaikum ....












09 August 2013

senarai rumah terbuka Aidilfitri 2013 mengikut negeri ~

 
 
 
 
 
 
 
Rumah Terbuka Istana Negara
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 11 pagi - 2 petang
Tempat : Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur
 
Rumah Terbuka Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 10.30 pagi - 4 petang
Tempat : Kompleks Seri Perdana, Putrajaya
 
Rumah Terbuka Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Pekan
Tarikh : Sabtu 17 Ogos 2013
Masa : 10 pagi - 2 petang
Tempat : Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang
 
KEDAH
Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir
Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013
Masa : 11 pagi - 5 petang
Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar Seri Mentaloon, Alor Setar
 
PULAU PINANG
Rumah Terbuka Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang,
Mohd. Rashid Hasnon
Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013
Masa : 11 pagi - 2 petang
Tempat : Tapak Pesta Sungai Nibong, Bayan Baru,
 
PERAK
Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 2.30 petang - 6 petang
Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh
 
Rumah Terbuka Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013
Masa : 10 pagi - 4 petang
Tempat : Kampung Sungai Rokam, Ipoh
 
SELANGOR
Rumah Terbuka Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 11 pagi - 2 petang
Tempat : Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam
 
Rumah Terbuka Parlimen Tanjong Karang
Tarikh : Sabtu 17 Ogos 2013
Masa : 9 malam - 12 malam
Tempat : Padang Astaka, Tanjong Karang
 
 
NEGERI SEMBILAN
Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Sembilan
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 10 pagi - 2 petang
Tempat : Pekarangan Dewan Undangan Negeri, Seremban
 
Rumah Terbuka Menteri Besar Negeri Sembilan
Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013
Masa : 10 pagi - 5 petang
Tempat : No. 1 Kampung Tanjung, Rantau
 
MELAKA
Rumah Terbuka bersama Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 10.30 pagi - 4 petang
Tempat : Dewan MITC, Ayer Keroh, Melaka
 
Rumah Terbuka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
Tarikh : Ahad 11 Ogos 2013
Masa : 10 malam - 11.30 malam
Tempat : Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka
 
JOHOR
Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 10 pagi - 2 petang
Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar di Saujana, Johor Bahru
 
PAHANG
Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 10 pagi
Tempat : Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek, Kuantan
 
 
TERENGGANU
Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 10.30 pagi - 3 petang
Tempat : Seri Iman, Batu Buruk, Kuala Terengganu
 
 
KELANTAN
Rumah Terbuka Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed merangkap Ahli Parlimen Jeli
Tarikh :Sabtu 10 Ogos 2013
Masa : 11 pagi - 4 petang
Tempat : Darul Falah, Jeli
 
 
PERLIS
Rumah Terbuka Istana Perlis
Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013
Masa : 9 pagi - 12 tengah hari
Tempat : Istana Arau Rumah Terbuka Menteri Besar, Azlan Man
 
Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013
Masa : 8.15 malam
Tempat : Pusat Khidmat Pauh, Arau
 
 
SABAH
Rumah Terbuka Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman
Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013
Masa : 9 pagi - 4 petang
Tempat : Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu
 
 
Rumah Terbuka Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan
Tarikh : Ahad 11 Ogos 2013
Masa : 10 pagi - 4 petang

Tempat : No. 71, Lorong Kingfisher Sulaman 2, Taman Kingfisher, Kota Kinabalu
 
 
SARAWAK
Rumah Terbuka Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim
Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013
Masa : 11 pagi - 5 petang
Tempat : Pusat Konvensyen Borneo, Kuching
 
 
sumber:
 
 
 
 

08 August 2013

HARUS bergembira pada HARI RAYA PERTAMA ~



 
 
 
 
Hukum menziarahi kubur pada hari pertama Aidilfitri boleh membawa kepada haram kerana ia boleh mengundang kesedihan serta mencemar sambutan kemenangan umat Islam yang seharusnya bergembira pada hari ini.
 
Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata demikian mengulas khutbah solat Aidilfitri di semua masjid di negeri ini hari ini dengan menyifatkan perkara bida'ah berkenaan juga dilarang para ulama termasuk Rasulullah SAW sendiri.
 
Malah katanya, ada di sesetengah tempat di negara ini peniaga mengaut keuntungan dengan menjual kalungan bunga serta air mawar dan sebagainya di kawasan pintu masuk tanah perkuburan selepas berduyun manusia hadir menziarahi kubur pada hari raya pertama.
 
Menurutnya, ini perkara perlu dielak dan disedari semua pihak kerana ia boleh membawa kepada pelbagai lagi perkara haram. "Banyak kita lihat kini terutama pada hari raya pertama Aidilfitri, orang ramai mula memenuhi tanah perkuburan sehingga lupa pada tuntutan utama pada hari raya iaitu bergembira, bermaaf-maafan dan menziarahi satu sama lain.
 
"Pada hari ini juga mereka (umat Islam) seharusnya meluangkan masa bersama keluarga sebaliknya bukan hanya menziarahi kubur yang boleh membawa kesedihan sehingga bertentangan dengan matlamat hari raya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
 
Katanya, pada hari raya umat Islam seharusnya menyambung amalan ibadat dan istiqamah dalam melakukanya pada sepanjang tahun selepas berakhirnya Ramadan. "Kita seharusnya menggunakan sambutan Aidilfitri ini bagi bergembira dan meluangkan masa menziarahi kubur pada hari-hari lain selepas itu," katanya.
 
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...