15 December 2013

tips mengurus pekerja ~



barisan2 orang kuat radicare HKL ~


Urus pekerja perlu bijaksana ~ Matematik , fizik ,kimia,sains …semuanya perlu menggunakan formula untuk mendapatkan hasil yang bombastic .. tapi dalam menguruskan pekerja ,tak ada formula ataupun peraturan yang dikhaskan sebagai panduan untuk mengurus pekerja terutama di pekerja yang berada di bawah seliaan kita . ..

 Kesempurnaan penyeliaan semuanya bergantung pada teknik dan profesionaliti seorang ketua .
Jika sempurna seorang ketua itu dari segi ilmunya,dari segi kepimpinannya,dari segi profesionalitinya, dari segi keadilannya, dari segi agamanya juga maka akan terbentuk lah satu organisasi yang hebat di dalam sesebuah syarikat .

Setiap tindakan yang diambil perlu ingat bahawa pekerja yang berada di bawah pimpinan kita itu bukan sekadar TENAGA KERJA tetapi mereka adalah MANUSIA seperti kita . Jangan kerana kita mempunyai pendidikan dan jawatn yang tinggi dari mereka , kita merendahkan mereka yang sebenarnya yang mempunyai pengalaman yang lebih dari kita .. Gunakanlah ilmu pendidikan kita itu untuk menjalinkan hubungan sesame manusia dan tak segan untuk menimba ilmu baru dari yang lebih berpengalaman.. Sebagai seorang ketua ,banyak perkara yang perlu difikirkan untuk mendapatkan organisasi yang hebAT




  1) INGATLAH PEKERJA KITA ADALAH MANUSIA
Dah namanya manusia , maka takkan terkecuali lahi dari insan yang mempunyai perasaan . kita perlu ingat mereka juga mempunyai keluarga tersendiri , punya perasaaan dan masalh tersendiri .agak mustahil untuk kita memisahkan kehidupan kerja dan keluarga .Berwaspadalah mereka ada kehidupan peribadi dan cuba sebaik mungkin untuk kita menjadi peka dengan situasi ini .Berikan layanan yang saksama biar apa pun kedudukan dan pangkatnya.
 


2.NYAHKAN PERKATAAN “PENGURUS”~ GANTI DENGAN PERKATAAN PEMIMPIN
Untuk menjadi pemimpin, gelaran atau promosi pangkat itu tak perlu sama sekali .pemimpin adalah pemberi motivasi dan inspirasi kepada kakitangan.
 
 
3.MENYEDARI KEKUATAN DAn KELEMAHAN
Ketahui kekuatan dan kelemahan pasukan kerja dibawah kita .berikan mereka ruang untuk peningkatan dan kemajuan kerja .
 
4.TEGAS DaLAM KEPUTUSAN
Apabila pendapat kita diminta,kita telahpun fikir masak2 dalam fikiran dan boleh mengutarakannya dengan penuh keyakinan.Kita tak perlu teragak2 apabila dipusing dengan pelbagai alasan2 lain .
 
 
5.MILIKI PELAN DAN PERANCANGAN YG JELAS
Kita perlu merancang apa yg perlu dilakukan terlebih dahulu . matlamat jangka panjang dan pendek perlu ditetapkan awal2 lagi .. kata pepatah “jika kita gagal untuk merancang bermakna kita merancang untuk gagal”.
 
 
6.NYATAKAN JANGKKAN KITA
Berkomuniksai dan pastikan pekerja tahu apa yang kita harapkan dari mereka.nytakan dalam maklumat bertulis dan mendapatkan maklumbalas dari mereka .dan ambil tahu juga apa yang mereka harapkan dari kita .Tangani segera jika timbul perselisihan jangkaan.
 
 
7.ADA PERKARA BOLEH DIUBAH DANADA PERKARA TAK BOLEH DIUBAH
Tanamkan pemahaman yg jelas di minda kita bahawa ada perkara yg boleh diubah dan tak boleh diubah.terima perkara yg tak boleh diubah dan jangan bazirkan tenaga kepada mereka ini dan fokuskan segala usaha kepada perkara yg anda boleh ubah.Manusia yg berorientasikan tindakan ‘action oriented’ akan sentiasa dirujuk dan Berjaya .
 
 
 
8.INGATLAH PERKARA BERBEZA MEMOTIVASIKAN ORANG YG BERBEZA
Lumrah manusia akan melakukan dengan insentif yg ada ,menjadi kerja kita untuk memastikan insentifnya padan serta emmenuhi matlamat yg ditetapkan .contohnya jika anda membayar bonus kepada pekerja mengikut peningkatan jumlah barangan yang dihasilkan , jangan terkejut jika kualitinya terjejas kerana adanya pekerja yg mengejar kuantiti tanpa membertakna kualiti demi insentif itu.
 
 
 
9.KEKALKAN KEPRCAYAAN SETIAP KAKITANGAN ORGANISASI
Pengurus biasanya emmpunyai akses kepada informasi berbeza kakitangan biasa.sewajarnya kita sebagai pemim-in tak mengkhianatai keyakinan dan kepercyaan yg diberi olehsyarikat,ketuam kita,rajkan sejawat dan kakitangan di bawah kita .pastikan mereka boleh meletakkna kepercayaan
 
 
 
10.KONSISTEN DALAM TINDAKAN DAN REAKSI
Tindakan dan reaksi kita perlulah konsisten .kita pasti tak mau menjadi pengurus yang terpaksa ditanya bagamanakaj ‘MOOD” kita sebelum boleh didekati ddengan isu yg tertentu .
 
 
 
 
11.FLEKSIBEL ITU PENTING TAPI JANGan  KONFLIK DENGAN SIKAP KONSISTEN
Kita juga mempunyai sikap yg fleksibel untuk mengubah arahan ,peraturan danmenukar sumber untuk menjadikannya lebih kompetitif.
 
 
 
12.FOKUS KEPADA SOLUSI BUKAN KEPADA MASALAH
Pekerja atua manusia akan lebih tertarik kepada individu atau ketua yg berorientasi atau boleh memfokuskan kepada mencari jalan penyelesaian .
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...