19 September 2012

ibarat pinJam pinggan ~





Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. 
Selang beberapa tempoh masa,



INDIVIDU PERTAMA 
memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan..
 Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..


INDIVIDU KEDUA 
pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor;
 tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih,
 kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..


INDIVIDU KETIGA
 pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. 
Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. 
Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya 
ke dlm tong sampah yg hina..







Begitulah jua halnya dgn Allah Taala..
 Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok,
 tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan 
Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. 
Iaitu syurga..


Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa,
 Allah akan ‘basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka 
sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..


Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, 
sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, 
maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita
 ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, 
ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

wallahualam ~








jom teraPi lubang hidung ~




hurmm...nak tidow xngntuk ~ slimut baru je habes tgok bola.
.arbil vs kelatan...game yg sngt best !!!
tunait, jom kite terapi same2... ;=)









Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).


Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh.


Jika anda merasa penat, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan bergili-gilir. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga paling panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin.



Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.



Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.



Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, 
tetapi efeknya akan lebih sesuai kepada orang dewasa.

selamat mencuBa !! hehe...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...