11 January 2013

Jom kita Qailullah ... tidur sekejap .....

 
 
Anda nak jadi lebih segar, fokus dan produktif? Cuba praktikkan sunnah Rasulullah
ini dengan istiqamah. Sabda Rasulullah SAW; ”Lakukanlah qailulah, kerana
sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah.” (Riwayat al-Tabrani)

Apa itu qailulah?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari. Bila waktu paling sesuai untuk
amalkan qailulah? Mengikut pengalaman mereka yang mengamalkan qailulah,
waktu paling OK ialah antara kul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor.
Namun boleh juga dilakukan selepas zohor.
 
 
 
 
 
Apakah kelebihan atau kebaikan qailulah?
Mengikut kajian Dr Norhissam dari IPKIM, 1 minit qailulah kualiti nya
bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita diwaktu malam. Jadi,
cukup sekadar dapat 15 minit qailulah, kita sudah boleh bangun
 solat malam tanpa rasa mengatuk, insyaAllah.
 
Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita
untuk bangun malam dan berqiamulaill. Mat salleh panggil qailulah ni
sebagai ‘nap’. . ( i want to take a nap) Kalau bagi orang putih ni,
biasanya ‘nap’ dilakukan dari pukul 2~4 petang.
 
 
 
 
 
 Hasil kajian menunjukkan amalan ‘nap’ waktu tengahari dapat mengelakkan
penyakit jantung. Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam
berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat Subuh.
Kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8
jam kita berjaga. Jadi, qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk
 dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai dengan fitrah badan manusia.
 
Menurut buku orang putih, ramai saintis bijak pandai dan orang-orang
 terkenal Barat mengamalkan qailaluh @ nap ini. Napoleon pun mengamalkan
benda ini. Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan qailulah,
sebaik bangkit dari qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit.
 Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi,
kecerdasan dan fokus. Cubalah amalkan sunnah ni. Amalan ini bukan saja baik
 untuk kecergasan, malah dapat pahala yang besar kerana mengamalkan sunnah nabi SAW. InsyaAllah, amalan ini pasti bagus untuk kita! Sudahkah anda mengamalkannya? ;)
 
 
jangan tidur sampai pagi esok sudaa...hehe...
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...