22 December 2012

Telinga terkulai ditetak di kelantan



mangsa terlantar dengan kecederaan di kepala,telinga dan tangan yg berbalut
 
 
KOTA BHARU – Seorang peniaga makanan haiwan hampir putus telinga kirinya akibat ditetak seorang lelaki dalam kejadian cubaan samun di Bukit Marak, Bachok, awal pagi semalam. Lebih malang, mangsa yang baru sahaja menutup kedainya itu turut cedera di kepala dan lengan kiri ketika usaha dia menyelamatkan diri.
 
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Mohd Kamaruzaman Ibrahim diserang seorang lelaki tidak dikenali dipercayai cuba menyamun hasil perniagaannya pada hari terbabit. Katanya, sebelum itu, dia yang menuju ke keretanya di hadapan kedai tidak menyedari kehadiran lelaki berkenaan. “Sampai di tepi kereta lelaki bertopi keledar itu membaling serbuk lada ke dalam mata saya. “Dalam keadaan mata yang pedih, saya lari menyelamatkan diri, bagaimanapun dikejar lelaki itu sebelum dia menetak saya dengan senjata dipercayai pedang,” katanya ditemui Sinar Harian di wad Hospital Universiti Sains Malaysia di sini, semalam.
 
Menurutnya, sejurus serangan itu, lelaki berkenaan melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal yang ditunggang seorang lagi lelaki lain. Mohd Kamaruzaman kemudian mengagah akan dirinya menandu ke hospital sejauh lapan kilometer dari tempat kejadian. “Pada masa itu, keadaan sunyi, tidak ada orang untuk saya minta tolong jadi saya terpaksa memandu sendiri dalam keadaan berlumuran darah untuk sampai ke hospital setengah jam kemudian,” katanya.
 
Akibat kejadian itu, mangsa menerima 15 jahitan. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis daerah Bachok, Deputi Superintenden Ab Rahim Che Ghani berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian.
 
sumber :
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...