15 October 2010

kisah habil & qabil

             

KISAH QABIL DAN HABIL

Menurut sesetengan ulamak , Nabi Adam dikurniakan Allah dengan anak ramai . 
Dikatakan mereka mempunyai 120 orang putera puteri . 
Setiap kali Siti Hawa melahirkan anak pasti akan
 dikurniakan anak kembar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan  . 


Menurut peraturan dan syariat Nabi Adam seperti yang dikehendaki Allah , 
putera puterinya akan dijodohkan  antara satu sama lain .
Kembar pertama yang dilahirkan oleh Siti Hawa ialah Qabil dan Iklima. 
Kembar keduanya ialah Habil dan Damina . 



Adik Qabil iaitu  Iklima mempunyai rupa paras yang cantik jelita . 

Namun

  Damina tidak mempunyai rupa paras yang cantik seperti kakaknya .

Setelah putera puteri baginda meningkat dewasa ,
 Nabi Adam mendapat satu wahyu yang sangat penting dari Allah . 
Menurut wahyu tersebut Allah memerintahkan Nabi Adam menjodohkan putera puterinya secara berselang seli .
 Ini bermakna Qabil mestilah berkahwin dengan Damina
 &
 Habil pula berkahwin dengan Iklima. 
Setelah menerima wahyu itu Nabi Adam segera memberitahu putera puterinya .

Namun

 puteranya Qabil tidak bersetuju dan terus membantah seraya berkata
 Ayah ! aku tidak bersetuju dengan keputusan  ayah.
 Akulah yang berhak berkahwin dengan Iklima kerana dia lahir bersama-sama dengan ku ” . Qabil membantah kerana  cemburu dengan terhadap adiknya, Habil . 


Setelah abangnya diam , Habil pula berkata “ Ayah ! Aku serahkan perkara ini kepada Allah jika demikian perintah Allah”
Kata-kata Habil ini membuatkan abangnya itu bertambah marah .
Nabi Adam diam mendengarkan kata anaknya itu . Tapi Qabil terus membantah sambil berkata Tidak ayah..aku tetap tidak bersetuju…kalau ayah meneruskan juga beerti ayah mengasihi Habil dan membenciku”. Nabi Adam merasa serba salah dalam menghadapi masaalah menjodohkan anaknya . 


Setelah berfikir panjang , Nabi Adam pun memberi cadangan
“ Wahai putera-puteraku..kamu berdualah pergi minta keputusan 
dari Allah dengan membawa korban mu masing-masing . 
Barang siapa korbannya diterima Allah , maka dia lah yang benar ”


Pada keesokan harinya kedua-dua putera Nabi Adam itu
 segera pergi ke tempat yang Nabi Adam sering sujud kepada Allah . 
Qabil membawa  sehidang buah-buahan sesuai pekerjaanya sebagai seorang petani.
 Maka Habil pula membawa seekor kambing sesuai pekerjaannya sebagai pengembala . Kedua-duanya meletakkan korban masing-masing ditempat yang disediakan .


Tidak lama kemudian , turunlah api tanpa asap menyambar korban yang dipersembahkan oleh Habil .
 Korban Qabil langsung tidak terusik dan berada di tempatnya .
 Ini beerti Habil lah yang benar dan dialah yang patut  berkahwin dengan Iklima .
Keputusan dari Allah ini tidak juga membuat Qabil berasa puas
 malah dia semakin geram dan dendam terhadap adiknya .


 Di saat inilah iblis mula menusukkan jarumnya . 
Iblis mula menghasut Qabil agar membunuh Habil & menghapuskannya
 terus dari muka bumi ini .


 Akhirnya Habil telah dibunuh dengan kejamnya . 
Pembunuhan ini merupakan detik pembunuhan pertama
 dalam sejarah hidup dan tamaddun manusia  di bumi Allah ini .
 Pembunuh yang pertama ialah Qabil dan mangsa pembunuhan pertama
 pula ialah Habil , adik Qabil sendiri .


Sejak itu , mulalah tercetusnya pembunuhan sesama  manusia 
kerana  masalah wanita . 
Iblis tidak hentinya menghasut dan mengajak manusia 
agar melakukan kerosakan kerana Iblis memang suka melihat
 manusia itu suka melakukan kerosakan  di atas muka bumi ini .

Kesimpulan daripada kisah korang bace ni kn....kita dpt taw  manusia adalah makhluk yang lemah dan mudah terpedaya dengan hasutan iblis . 
Sejak Nabi Adam diturunkan ke dunia ini lantaran termakan buah khuldi ,
 Iblis dan syaitan tanpa hentinya menghasut anak cucu Adam hingga ke hari kiamat .


                         Sesungguhnya , pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini ialah :

  1. Kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada gangguan syaitan .
  2. Hendaklah kita mempunyai sifat bertolak ansur dan toleransi sesama sendiri apatah lagi hidup bermasyarakat .
  3. Perbanyakkan amal ibadat dan selalu berzikir kerana amalan – amalan ini dapat menghindari kita dari gangguan iblis dan syaitan .








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...